SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Saturday 28 January 2012

♥ ESOK!!! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM =,=
SENYUM SOKMO


# cute??hehehe
  

hohohoho!!Zierah nak habaq kat korang ni..nak tahu??bukan pasal bear atas tuh lar..pasal lain..ok2,duduk leklok ye..duduk sila okey..nak duduk sipuh pom takpe..huahahahaha..pasang telinga betol2 tau..lepas ni Zierah malas nak ulang semula citer tuh..korang kena baca mula2 lar jawabnya,hek9~..aiisshhh,loyar buruk sungguh cik Zierah ni,hehehe

sebenarnya begini..esok kan ari ahad..29/1/2012 kan??ha,esok Zierah kena test dengan JPJ lar..Zierah amek lesen kereta..lesen motor Zierah dah amek..Zierah amek tahun lepas..debor siot weh!!tak tahu nak gambarkan perasaan nih..macam mana lar esok yer??lulus ke tak nih??ayoyoyo~ dah lar kena test pukul 8 pagi..pahtu boleh turn yang ke-12 pulop..awal giler tuh..kejam molek..

korang Zierah nak mintak tolong ckit..tolong doakan Zierah lulus ujian tuh esok neh >,<..bile dah lulus karang,leh lar kita pergi jalan2,hehehe..


# YA ALLAH,ENGKAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU ESOK..AMIN


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday 24 January 2012

♥ 2 PERKARA YANG SELALU MEMBUATKAN KITA TAK BERSYUKUR ♥

Views


PERTAMA : KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.
Katakanlah anda telah memiliki sebuah  rumah, kenderaan,  pekerjaan tetap, dan pasangan yang cantik .
Tetapi  anda  masih merasa kurang.  Fikiran anda dipenuhi pelbagai target dan keinginan.
Anda begitu obses dengan rumah yang besar dan  indah,  kereta mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang.
Kita ingin ini dan itu. Bila tak  berjaya mendapatkannya kita terus memikirkannya.
Tapi  anehnya,  walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati  kesenangan sesaat.
Kita tetap juga tidak puas, kita ingin  yang lebih lagi.
Jadi, betapa banyaknya harta  yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA”  dalam  erti yang sebenarnya
.
Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang  ”kaya”.
Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang  memiliki banyak perkara, tetapi orang yang dapat  menikmati segala perkara yang mereka miliki.
Kita boleh memiliki keinginan,  tetapi kita perlu menyedari bahawa inilah punca perasaan  tidak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini  dengan  berfokuskan pada apa yang sudah kita miliki.
Cubalah  lihat keadaan di sekeliling anda, fikirkan yang miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan  nikmatnya  hidup.
Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat yang baik , pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda.  Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.
Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah  dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah  orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa  syukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang datuk yang  mengeluh keranaa tidak dapat membeli selipar, padahal  seliparnya sudah lama rosak. Suatu petang dia melihat  seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi tetap ceria.  Saat itu juga si datuk itu berhenti mengeluh dan mulai  bersyukur.
.


Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah. . .


KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.
Kita merasa orang lain lebih  beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang  yang  lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih  percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .
Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau  dari rumput di pekarangan rumah  sendiri.
Ada cerita  menarik  mengenai dua orang penghuni hospital sakit jiwa.  Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil  menyebut, ‘‘Lulu, Lulu.” Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah  yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lulu.”
Pengunjung  meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus  memukul kepalanya di tembok dan berteriak,  ”Lulu,  Lulu”. ”Orang ini juga punya masalah dengan  Lulu? ” tanyanya kehairanan. Doktor kemudian  menjawab,  ”Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lulu.”
Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati  apa yang kita miliki.  Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang  tertinggi.
Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan  cerita mengenai seorang ibu yang sedang terapung di  laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia.  Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab, ”Saya  mempunyai dua anak lelaki.  Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di  tanah seberang. Kalau berhasil selamat, saya sangat  bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua  saya.  Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya juga akan  berbahagia kerana saya akan berjumpa  dengan anak  pertama saya di syurga.”

kredit: akuislam.com



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Saturday 21 January 2012

♥ HAKIKAT CINTA SEORANG PENCINTA ♥

Views



Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan.  Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa.  Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan. 
Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya.  Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya.  Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya.  Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.
Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya.  Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya.  Berkahwinlah keranaNya,  mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya.  Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah.  Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia.  Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata. 
“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,
Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,
Namun tanpa baja..tanpa dijaga,
Akar yang kukuh juga bisa rapuh,
Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,
Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,
Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,
Manakan buah hendak masak memerah”
Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak.  Buahnya meranum namun rasanya pahit.  Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.
Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari
Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa.  Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu.  Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya.  Sungguh rapuh. 
Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok  tiada suara.  Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu.  Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti. 
Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai.  Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta.  Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara. 
Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia.  Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya.  Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya.  Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim.  Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.
“ Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi ) 


Saudaraku tersayang,
Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya.Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa.  Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir.  Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.


Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Amin.

kredit: akuislam.com


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Friday 20 January 2012

♥ KURANGKAN KETAWA BANYAKKAN MENANGIS ♥

Views





Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: “Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia).” Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: “Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?”

Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.


Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti ‘Rajalawak’/'Lawaking’ yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.

Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah – Tuhan segala manusia.

Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak.

Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.”



Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:

Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.

* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.


* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.




Amanah Daripada Allah

Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.

Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.

Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.

Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti ?Jomheboh? dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.



Yang Pahit Itu..

Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat.”

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.
 

Sumber:akuislam.com



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ CONTEST BLOG PALING KEMAS ♥

Views


SENYUM SOKMO ^_^
 
 




 
nak join?? klik kat SINI




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday 18 January 2012

♥ BETUL KE PILIHAN JODOH AKU NIH?? ♥

Views


SENYUM SOKMO LAR  ^_^
 
wah9,Zierah da nak kahwin ke??hehe..aissshhh,baru umur 18 tahun nak kahwin..x mahu2 eh,nak kahwin biar dapat PHD dulu..baru Zierah kahwin..hahaha!!tak lar,jodoh tuh Zierah maksudkan program pengajian lar..opss,Zierah terlupa nak kabo yang Zierah da isi UPU 2 ari yang lalu..ni pom atas paksaan cumah dan my lovely mum suruh isi awal2..hajatnya nak isi lepas dapat result..tapi dakpe lar,kan dia bagi 3 kali peluang leh ubah semula..

ramai gak member tanya  Zierah pilih program pengajian ape eh??ok2,nak tahu??meh tengok kat bawah ni:
 

pilihan 1: DIPLOMA FISIOTERAPI--UITM
pilihan 2: DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN--UITM
pilihan 3: DIPLOMA RADIOGRAFI--UniSZA
pilihan 4: TAMHIDI PERUBATAN--USIM
pilihan 5: DIPLOMA KEJURURAWATA--UITM
pilihan 6: TAMHIDI PERGIGIAN--USIM
pilihan 7: ASASI KEJURURAWATAN--UIAM
pilihan 8--DIPLOMA MIKROBIOLOGI--UITM

mesti korang rasa pelik kan,apasal Zierah tak amek account ke??erm,sebenarnya Zierah nak jadi doktor..tu pasal lar Zierah amek program macam tuh..mak Zierah nak sangat ada jugak sorang anaknya jadi sorang doktor..dulu,cita2 mak Zierah nak jadi nurse..tapi tak kesampaian sebab dulu2 kalu nak jadi nurse tak boleh kahwin awal2..mak Zierah kahwin awal2,zaman dulu2 kan..base r tuh,hehe..so,cita2 tuh terbang di awang-awangan..hehe..sebab tu lar,Zierah nak tunaikan impian mak Zierah tuh..yela kan,doa ibu kan makbul..

mula2 masuk laman web UPU tuh,memang pening nak pilih ape..tak tahu!!Zierah pom suh lar mak pilih..tapi mak suh Zierah pilih sendiri..dia kata Zierah nak nak belajar kan, amek course yang boleh pergi..Zierah tak tahu!!Zierah pom tanya cumah dan kak cik nak amek ape..diowang yang cadangkan tapi ada gak yang mak cadangkan..hehe,tapi lepas ni nak tukar program tuh semula..lepas Zierah da tahu ape lar sikit ape kelebihan dan kekurangan MATRIKULASI,ASASI/FOUNDATION,TAMHIDI,DIPLOMA,FORM 6 dan SIJIL..tak tahu??takpe2,jangan risau..tekan HERE dan  TEKAN KAT SINI 


# tengok,budak comel ni pun pening nak pilih macam Zierah,hehe


# doakan Zierah dapat jadi doktor ye..dapat berbakti kepada kuarga dan masyarakat :)





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ NAK SAMBUNG BELAJAR KAT MANA NIH?? ♥

Views



SENYUM SOKMO  ^_^ 


# katak ni pom nak sambung belajar jugak ke??

 
ikhlas dari lubuk hati Zierah kabo yang Zierah dop tahu ape ke benda matrikulasi??asasi/foundation??diploma??tahmidi (USIM) tu gapo pulok? ok ke kalu msk FORM6?? sijil?? Zierah pasti 100% yang calon lepasan SPM 2011 pom ada lagi yang keliru..kan3?? btol?? yeah.give me five!! hehehe..

ok,Zierah pom singgah lar kat blog someone ni..waduh,rezeki Zierah lar..akhirnya segala persoalan dalam kepala hotak ni terjawab..hek9~
sebenarnya,Zierah da paham lar sikit2 ape tu .... ala,yang kat atas tuh..iye,itu sume :)
 
sebenarnya matrikulasi,asasi,diploma,tahmidi,form 6 dan sijil ada kelebihan ( PRO ) dan kekurangannya ( CONTRA )..nak tahu?? meh baca btol2
 

MATRIKULASI :
♥ di bawah kerajaan..tak perlu bayar..siap dapat elaun lagi ( PRO )
nak masuk susah ( CONTRA )
♥ cepat tamat pengajian - terus masuk degree ( PRO )
♥ kurang praktikal ( PRO )
mesti result gempak,kalu tak akan ditendang ( CONTRA )
♥ subject yang compact,pembelajaran laju ( CONTRA )
♥ anda dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh ( SUPER CONTRA )
♥ lepasan matrik tak boleh digunakan untuk dapat kerja ( CONTRA  )

ASASI / FOUNDATION
♥ kalu di bawah IPTS,kena bayar sendiri /biasiswa atau PTPTN dan MARA biasanya tak diberi (  CONTRA )
cepat tamat pengajian-terus masuk Degree ( PRO )
♥ kurang praktikal ( PRO )
♥ ken result yang gempak atau ditendang ( CONTRA )
♥ kalu lulus,tempat/course untuk Degreelebih terjamin berbanding Matrikulasi ( PRO )
♥ sijil asasi tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja ( CONTRA )

DIPLOMA
♥ masa pembelajran yang panjang---biasanya 3-4 tahun..tapi sambung Degree dengan hanya 2 tahun ( NOT SO CONTRA )
♥ lebih praktikal dari Matrikulasi,Asasi dan FORM 6 ( PRO )
♥ lebih peluang kerja--Matrikulasi + Ijazah vs Diploma + Ijazah , Diploma +Ijazah akan menang (  PRO )
♥ ilmu lebih banyak dari Matrikulasi dan Asasi - Diploma kadang2 minor course lagi banyak dari major ( PRO )
♥ pembelajaran lebih relax ( PRO )
mungkin melekakan ( CONTRA )
diploma boleh digunakan untuk dapatkan pekerjaan ( PRO )

TAMIDI (USIM)
♥ ni orang paling tak tahu maksudnya..tapi ianya sama macam Matrikulasi dan Asasi..Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin
♥ perlu power bahasa arab

FORM 6
♥ tempoh pengajian yang singkat ( PRO )
♥ pembelajaran yang sukar,cepat dan compact ( CONTRA )
♥ kalu score 4 FLATE,sure boleh masuk apa course sains yang anda mahukan ( SUPER PRO )
♥ nak fly ke mana-mana pun tidak ada masalah bila keputusan 3.5 pada aliran sains ( SUPER PRO )
♥ STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia ( PRO? CONTRA? )
♥ STPM candidates akan sentiasa didahului berbanding Matrikulasi ( PRO )
♥ STPM science stream,anda dapat pointer dalam 2.75 pun anda mungkin dapat kalahkan Matrikulasi yang pointer 3.2-3.4 ( PRO )

SIJIL
Pra-U ( CONTRA )
♥ sijil boleh digunakan untuk pekerjaan ( PRO )
♥ tempoh pengajian yang lama..ambil sijil dalam 3 tahun,then kalu nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun..then sambung Degree 2-3 tahun..tempoh pengajian 6 tahun minima ( CONTRA ) 
♥ sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang baru..contohnya,korang kelas science,then korang nak cebur bidang account,korang patut ambil Sijil Akaun
♥ tidak digalakkan ambil Sijil

jadi,korang nak pilih mana kalau nak sambung belajar??sangat berguna bagi lepasan SPM atau yang akna ambil SPM..Zierah pom masih ragu-ragu lagi nih nak pilih yang mana satu..hehe

# untuk mengetahui lebih lanjut,sila pergi kat sini--->TEKAN SINI


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Sunday 15 January 2012

♥ TIPS KUKU CANTIK BERSERI ♥

Views


SENYUM SOKMO LAR ^_*
 


Siapa tak nak kuku cantik lagi sihat berseri kan.nak??TENYEH KAT SINI..hehe Kuku yang cantik melambangkan personaliti yang sihat dan bersih. Bukan si pengotor yang asyik menikmati makanan dihujung jari. Eh, haa tak potong kuku ye... Kita ni sebagai penduduk bumi plus umat Islam lagi, kena lah jaga aspek kebersihan ye. 


Jom jaga kebersihan kuku!


1. Sebelum memotong kuku, rendamkan kuku anda dalam larutan garam dan perahan limau nipis. Kalau boleh dalam larutan air suam-suam panas. Biar benda-benda asing dan kulit mati hilang begitu saje. Setelah itu, selesai! Boleh potong kuku dengan happy :)


2. Kilatkan kuku anda dengan ubat gigi Colgate. Nak guna ubat gigi RM dua ringgit pon boleh, tapi tanggung sendiri risiko kuku tercabut. Gosokkan je pada kuku dan bilas. Taraa. Tapi jangan buat selalu ye.


3. Kalau tak nak guna colgate pon takpe. Guna je Vaseline. 


4. Kalau boleh potong kuku korang tu ikut shape yang sebenar. Janganlah potong herot-berot, senget-benget dan comot-comot. Kasi kemaslah sikit. Lepastu guna pengikis yang selesa untuk bentukkan lagi kuku tu.


5. Tak payahlah guna pengilat kuku. Bukan budaya kita. :)




6. Potong kuku sekurang-kurangnya seminggu sekali. Lagi kerap lagi bagus. Kalau boleh potong kuku mengikut sunnah Rasullullah lah. Kan elok macam tu. Benda baik kan..



Mula titik beratkan mengenai kebersihan kuku dari sekarang jika korang ambil remeh sebelum ni. Kuku bersih perspektif pertama orang pada kita. Kalau penampilan bersih atas bawah lagi bagus. Jom mulakan dengan kuku! Kalau kuku panjang dan kotor, kuman masuk dalam perut acane? Mahunya dibuat buasir sepanjang malam. Hehe.



Ps :: Kuku bentuk gelas cantik! (macam Zierah, aummm!) hahaha.
 




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Saturday 14 January 2012

♥ KENAPA LELAKI TAK PERNAH USYA SAYA ?? ♥

Views


SENYUM SOKMO LAR ^_^
 
Kepada wanita-wanita,please baca lah artikel ini..Kisah yang menarik dan penuh pengajaran.Sesungguhnya Allah menyayangi kita..Maka sayangilah diri sebagaimana Allah sayang kita.Allah jadikan setiap sesuatu tu ada hikmah di sebaliknya.
Tak pernah ada yang mengurat korang?Rasa rendah diri?Maka bacalah!!


apple tree Kenapa Lelaki Tak Pernah Usha Saya?

Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?


Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?


Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.


Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….


Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.


Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu,janganlah kau kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Dan untuk jawapan kepada  soalan Kenapa Tak Pernah Ada Yang Usha Saya adalah ,Allah jadikan Epal yang paling tinggi adalah salah satu sebab untuk menyelamatkanmu dari dosa jika kamu berada rendah pada dahan pokok yang rendah.Di dunia mungkin kamu merasa rendah diri kerana tiada lelaki yang usha kamu tapi ingatlah bahawa kamu Allah pelihara dari dosa dan maksiat..
 





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ YA ALLAH !! TAKUTNYA !! ♥

Views



SENYUM SOKMO LAR ^_*

ya Allah,takutnya!! yela,takut lar..takut nak tahu result SPM brape..bile dapat tahu result akan keluar pada 22 MAC 2012,terus berdebar jantung nih..aiiyaa!!ni gara2 kawan Zierah post dekat wall diowang r ni kat FB!!..saloh pulop baca post tu..nak elak macam da masuk kat home ak..hadoi3!!pening kepala duk mikir nih..brape A aku dapat??tercapai ke hajat ak tuh??mikir punyer pikir hal ni sampai tak lena tidow semalam..pusing kiri,pikir subjek sejarah??pusing kanan,eh macam mana sebjek biologi pulok??aiisshhh!!tak leh jadi ni..

# lain kali,jangan lar post macam tu kat FB ye sayang..takut saya dibuatnya..
 
                                                                                                                    




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Friday 13 January 2012

♥ JOM BLOGWALKING BY IEYZA AFIEYNA ♥

Views


 
SENYUM SOKMO LAR  ^_^
 
 
ad satu lagi segmen Zierah nak join..tarikh tutup ye 14 JANUARI 2012..harap2 Zierah dapat join lagi..

# berminat jugak nak join??klik kat banner tuh je..

 Zierah nak tag:









♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ " SEGMEN F,H | SANTAI BLOGGER! " ♥

Views
                                     
       SENYUM SOKMO LAR  ^_^

 hai korang..apa khabar??sihat ke tak??kalu tak sihat,cepat2 pergi jupe doktor yep..

ok,hari ni Zierah nak join SEGMEN F.H | SANTAI BLOGGER!..
 

# berminat jugak nak join??klik kat banner tu je..


 
Zierah lahir pada 11 OKTOBER 1994..uwwaaa!!lambat lagi..
 
mangsa tag:
DAK HEPI 

SI QASEH   










♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Thursday 12 January 2012

♥ APAKAH RHEUMATOID ARTHRITIS ♥

Views


 
SENYUM SOKMO LAR  ^_*
 
ptg tadi dalam pukul 3,Zierah tengok lar satu program di TV2..program tu tentang penerangan penyakit RHEUMATOID ARTHRITIS..Zierah cukup tertarik dengan penerangan oleh doktor2 pakar di Malaysia tentang penyakit ni..jom Zierah kongsi info tentang penyakit ni dengan korang ye..


# ni lar penyakit RHEUMATOID ARTHRITIS




APAKAH RHEUMAOID ARTHRITIS??

Rheumatoid arthritis (RA) adalah gangguan kronis, inflamasi sistemik yang dapat mempengaruhi banyak jaringan dan organ, tetapi terutama menyerang sendi menghasilkan sinovitis inflamasi yang sering berkembang menjadi perusakan tulang rawan artikular dan ankilosis sendi. Rheumatoid arthritis dapat juga menghasilkan peradangan menyebar di paru-paru, perikardium, pleura, dan sclera, dan juga lesi nodular, yang paling umum dalam jaringan subkutan di bawah kulit. Meskipun penyebab rheumatoid arthritis tidak diketahui, autoimunitas memainkan peran penting dalam kronisitas dan kemajuan.

 # BILA X-TRAY TANGAN
SENDI
 
Rematik sendi yang dikenal sebagai sinovitis adalah peradangan pada membran sinovial yang melapisi sendi dan tendon selubung. Sendi menjadi bengkak, lembut dan hangat, dan kekakuan membatasi gerakan mereka. Dengan waktu RA hampir selalu mempengaruhi beberapa sendi (itu adalah polyarthritis a), paling umum sendi kecil tangan, kaki dan tulang belakang leher, tapi sendi yang lebih besar seperti bahu dan lutut juga dapat terlibat. Sinovitis dapat menyebabkan penarikan jaringan dengan hilangnya gerakan dan erosi deformitas menyebabkan permukaan sendi dan hilangnya fungsi.
Rheumatoid arthritis biasanya bermanifestasi dengan tanda-tanda peradangan, dengan sendi yang terkena menjadi bengkak, hangat, nyeri dan kaku, terutama pagi-pagi bangun tidur atau setelah lama tidak aktif. Peningkatan kekakuan di pagi hari sering merupakan fitur yang menonjol dari penyakit dan dapat berlangsung selama lebih dari satu jam. Gerakan lembut bisa meringankan gejala pada tahap awal penyakit. Tanda-tanda ini membantu membedakan arthritis dari non-inflamasi masalah sendi, sering disebut sebagai osteoarthritis atau "mengenakan-dan-robek" arthritis. Pada artritis inflamasi non-penyebab, tanda-tanda peradangan dan kekakuan pagi tidak hadir, dan gerakan mendorong rasa sakit karena mengenakan-dan-robek. Pada RA, sendi sering dipengaruhi dengan cara yang cukup simetris, meskipun hal ini tidak spesifik, dan presentasi awal dapat asimetris.
Sebagai patologi berlangsung kegiatan inflamasi mengarah ke penarikan tendon dan erosi dan kerusakan permukaan sendi, yang merusak rentang pergerakan dan menyebabkan deformitas. Jari-jari mungkin menderita dari hampir cacat apapun tergantung pada sendi yang paling terlibat. Mahasiswa kedokteran diajarkan untuk belajar nama untuk cacat tertentu, seperti deviasi ulnar, boutonniere deformitas, deformitas leher angsa dan "Z-jempol," tetapi ini tidak penting lagi untuk diagnosis atau cacat dibanding varian lainnya.

KULIT
 
Nodul''''arthritis, yang sering subkutan, adalah fitur yang paling karakteristik dari rheumatoid arthritis. Proses patologis awal dalam pembentukan bintil akar tidak diketahui tetapi mungkin dasarnya sama sinovitis, karena fitur struktural serupa terjadi pada keduanya. Nodul memiliki daerah pusat nekrosis fibrinoid yang mungkin pecah-pecah dan yang sesuai dengan materi nekrotik fibrin kaya ditemukan di dalam dan sekitar ruang sinovial terpengaruh. Sekitarnya nekrosis adalah lapisan palisading makrofag dan fibroblast, sesuai dengan lapisan intimal dalam sinovium dan manset dari jaringan ikat yang mengandung kelompok limfosit dan sel plasma, sesuai dengan zona subintimal di sinovitis. Nodul arthritis khas mungkin beberapa milimeter sampai beberapa sentimeter dengan diameter dan biasanya ditemukan di prominences kurus, seperti olekranon, tuberositas kalkanealis, sendi metakarpofalangealis, atau daerah lain yang mendukung diulang stres mekanik. Nodul berhubungan dengan RF positif (faktor reumatoid) dan arthritis titer erosif parah. Jarang, ini dapat terjadi pada organ internal.
Beberapa bentuk vaskulitis''''terjadi pada rheumatoid arthritis. Suatu bentuk jinak terjadi sebagai microinfarcts sekitar nailfolds. Bentuk yang lebih parah termasuk reticularis livedo, yang merupakan jaringan (retikulum) dari eritematosa untuk keunguan perubahan warna kulit karena adanya capillaropathy obliteratif kulit.
Lain, agak jarang, terkait symtoms kulit meliputi:
  • pioderma gangrenosum, sebuah, necrotizing ulcerative, dermatosis neutrophilic tidak menular.
  • Sindrom Sweet, dermatosis neutrophilic biasanya berhubungan dengan gangguan mieloproliferatif
  • reaksi obat
  • eritema nodosum
  • lobular panniculitis
  • atrofi kulit digital
  • eritema palmar
  • difus penipisan (beras kulit kertas), dan kerapuhan kulit (sering diperparah dengan penggunaan kortikosteroid).

PARU-PARU

Fibrosis paru-paru merupakan respon diakui penyakit rematik. Ini juga merupakan konsekuensi jarang namun dikenal dengan baik terapi (misalnya dengan methotrexate dan leflunomide). Sindrom Caplan menggambarkan nodul paru-paru pada orang dengan rheumatoid arthritis dan paparan tambahan untuk debu batubara. Efusi pleura juga terkait dengan rheumatoid arthritis.

GINJAL

Amiloidosis ginjal dapat terjadi sebagai akibat dari peradangan kronis. Rheumatoid arthritis dapat mempengaruhi glomerulus ginjal langsung melalui vasculopathy atau mesangial menyusup tapi ini kurang baik didokumentasikan. Pengobatan dengan Penisilamin dan garam emas diakui penyebab membranous nephropathy.

JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH

Orang dengan rheumatoid arthritis yang lebih rentan terhadap aterosklerosis, dan risiko infark miokard (serangan jantung) dan stroke adalah nyata meningkat.
Kemungkinan komplikasi lain yang mungkin timbul meliputi: perikarditis, endokarditis, kegagalan ventrikel kiri, valvulitis dan fibrosis.

LAINNYA

Mata: mata secara langsung dipengaruhi dalam bentuk episkleritis yang bila berat dapat sangat jarang berkembang menjadi perforantes scleromalacia. Melainkan lebih umum adalah efek tidak langsung sicca keratoconjunctivitis, yang merupakan kekeringan mata dan mulut karena infiltrasi limfosit kelenjar air mata dan ludah. Ketika parah, kekeringan kornea dapat menyebabkan keratitis dan kehilangan penglihatan. Pengobatan pencegahan kekeringan berat dengan langkah-langkah seperti oklusi saluran nasolacrimal adalah penting.
Hepatic: Sitokin produksi di sendi dan / atau sel-sel hati Kupfer menyebabkan meningkatnya aktivitas hepatosit dengan peningkatan produksi protein fase akut, seperti C-reaktif protein, dan meningkatkan pelepasan enzim seperti alkalin fosfatase dalam darah. Dalam sindrom Felty, Kuppfer aktivasi sel sangat ditandai bahwa peningkatan mengakibatkan aktivitas hepatosit dikaitkan dengan hiperplasia nodular hati, yang mungkin dgn jelas diperbesar. Karena sel-sel Kuppfer tidak berada dalam parenkim hati, ada bukti sedikit atau tidak ada hepatitis. Hati keterlibatan dalam RA pada dasarnya asimtomatik.
Hematologi: Anemia adalah jauh kelainan yang paling umum dari sel-sel darah. Sel-sel merah dari ukuran normal dan warna (normositik). Sebuah darah rendah jumlah sel putih (neutropenia) atau biasanya hanya terjadi pada pasien dengan sindrom Felty dengan pembesaran hati dan limpa. Mekanisme neutropenia adalah kompleks. Sebuah jumlah trombosit meningkat (trombositosis) terjadi ketika peradangan tidak terkendali, seperti halnya anemia.
Neurologis: Neuropati perifer dan multipleks mononeuritis mungkin terjadi. Masalah yang paling umum adalah carpal tunnel syndrome karena kompresi saraf median oleh pembengkakan di sekitar pergelangan tangan. Atlanto-aksial subluksasi dapat terjadi, karena erosi dari proses yg mirip gigi dan atau / ligamen melintang di sambungan tulang belakang leher ke tengkorak. Seperti erosi (> 3mm) dapat menimbulkan vertebra tergelincir satu sama lain dan menekan sumsum tulang belakang. Kecanggungan pada awalnya berpengalaman, tapi tanpa perawatan karena ini dapat berkembang menjadi quadriplegia.
Gejala konstitusional: gejala Konstitusi termasuk kelelahan, demam ringan, malaise, kaku pagi, kehilangan nafsu makan dan kehilangan berat badan adalah manifestasi sistemik yang umum terlihat pada pasien dengan rheumatoid arthritis aktif.
Osteoporosis: osteoporosis Lokal terjadi di RA sekitar sendi meradang. Hal ini mendalilkan untuk sebagian disebabkan oleh sitokin inflamasi. Osteoporosis yang lebih umum mungkin dikontribusikan oleh imobilitas, efek sitokin sistemik, sitokin rilis lokal di sumsum tulang dan terapi kortikosteroid.
Limfoma: Insiden limfoma meningkat pada RA, meskipun masih jarang.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday 10 January 2012

♥TUTORIAL CARA NAK DAFTAR AKAUN CHURP-CHURP ♥

Views



 
SENYUM SOKMO LAR ^_^
 
hohoho!!ni Zierah nak tanya da daftar ke belum Churp-Churp??
belum lagi??ala,kenapa tak daftar??rugi tahu!!tak tahu nak daftar??meh Zierah ajarkan..
 
tapi sebelum tu,tolong Zierah dulu..please??tolong klik sume di bawah ni


terima kaseh ye!!ok,jom kita daftar Churp-Churp




 
1 .pertama sekali,korang KLIK SINI untuk daftar tau.

2 . Sign in With Facebook > Log in > Allow

3. Authorize With Facebook > Authorize With Twitter (jika ada) Jika tiada > Skip

4. Setup Your Churp-Churp Account (Isi semuanya secara detail dan betul!)

5. Tekan UPDATE !

6. Lepas tekan Update , tekan pula bahagian SETTINGS

7. Isi profile dengan betul . (Nama penuh , Alamat , No Tel)* Penting untuk Hantar Cheque*

8. Then , SAVE ! Lepas tu pergi dekat SURVEY pulak . (Tick mana korang suka) . SAVE .

9. Pergi dekat Rewards . (Untuk copy kempen/iklan untuk masukkan ke dalam blog !)
da pom siap!!hurraayy!!




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ "Segmen : Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik ]". ♥

Views

 
SENYUM SOKMO LAR  ^_*
 
Zierah nak join segmen:Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik ] lar..macam best je..
tujuan: untuk mempromosikan blog masing-masing
da join ke belum?? 
  
 
# untuk mengetahui maklumat lanjut,sila klik banner di atas =,=
 
Zierah nak tag:
Fara Diha 
Nurin Izzati  
Safiyyah


                                                                                       


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...