SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Saturday 5 April 2014

♥ HELLO HELLO HELLO ! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Lama gilerrr tak menaip blog..Rasa janggal sikit,hehe..Maaf lar den tak sempat nak update new entry sebab baru je sebulan lebih masuk sem 2..Busy yang teramat-amat busy ! Assignment yang bertengket-tengket,presentation yang buat jantung mengecil dan test yang datang tanpa diundang..Ditambah lagi dengan amanah dan tanggungjawab yang digalas di bahu ini sebagai jawatankuasa perwakilan kolej (JPK) untuk menjaga kebajikan dan keselesaan penghuni kolej..

Sementara ada masa yang senggang petang ni,dapat lar mengupdate blog..Harini study sikit sebab hari selasa ada test Orthopedic And Surgical Conditions..Subject Orthopedic ni berkaitan dengan patah-patah anggota badan tu..Berminat ? Sila mohon course Pemulihan Cara Kerja di UiTM,konfem seronok..hehehe,tak berminat ? Abaikan..hahahahaa

Sebenarnya banyak sangat nak kongsi cerita dalam blog ni tapi sibuk sangat-sangat..InsyaAllah,cuti mid-sem nanti akan diceritakan..Aishhhh,tak sabar nak cuti..tinggal seminggu je lagi,rindu nak peluk mak,kacau anak saudara,rindu nak dengar bunyi ombak dan paling penting rindu segalanya di Terengganu !


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...