SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Wednesday 13 November 2013

♥ PUASA HARI ASYURA' ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

PUASA HARI ASYURA'

ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﺎ، ﻗﺎﻟﺖ: ﻛﺎﻧﺖ ﻗﺮﻳﺶ ﺗﺼﻮﻡ ﻋﺎﺷﻮﺭاء ﻓﻲ اﻟﺠﺎﻫﻠﻴﺔ، ﻭﻛﺎﻥ ﺭﺳﻮل اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﺼﻮﻣﻪ، ﻓﻠﻤﺎ ﻫﺎﺟﺮ ﺇﻟﻰ اﻟﻤﺪﻳﻨﺔ، ﺻﺎﻣﻪ ﻭﺃﻣﺮ ﺑﺼﻴﺎﻣﻪ، ﻓﻠﻤﺎ ﻓﺮﺽ ﺷﻬﺮ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻗﺎﻝ: «ﻣﻦ ﺷﺎء ﺻﺎﻣﻪ ﻭﻣﻦ ﺷﺎء ﺗﺮﻛﻪ»
Daripada Aisyah RH berkata: adalah orang quraisy berpuasa hari Asyura' pada zaman Jahiliah dan adalah rasulullah saw berpuasa juga. Dan apabila hijrah ke madinah baginda terus berpuasa dan menyuruh kami berpuasa hari asyura'. Apabila difardukan ramadan, baginda bersabda: barangsiapa ingin puasa asyura atau pun tidak dipersilakan. HR Muslim.

ﻋﻦ ﻣﻌﺎﻭﻳﺔ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺳﻔﻴﺎﻥ ﺳﻤﻌﺖ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ - ﻟﻬﺬا اﻟﻴﻮﻡ - «ﻫﺬا ﻳﻮﻡ ﻋﺎﺷﻮﺭاء، ﻭﻟﻢ ﻳﻜﺘﺐ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﺻﻴﺎﻣﻪ، ﻭﺃﻧﺎ ﺻﺎﺋﻢ، ﻓﻤﻦ ﺃﺣﺐ ﻣﻨﻜﻢ ﺃﻥ ﻳﺼﻮﻡ ﻓﻠﻴﺼﻢ، ﻭﻣﻦ ﺃﺣﺐ ﺃﻥ ﻳﻔﻄﺮ ﻓﻠﻴﻔﻄﺮ»
Daripada muawiyah bin sufyan RH aku mendengar rasulullah saw bersabda pada hari ini (hari asyura): hari ini adalah hari asyura, Allah tidak mewajibkan puasa pada hari ini tetapi aku berpuasa pada hari ini. barangsiapa ingin puasa asyura, puasalah. Barangsiapa yg tidak berhasrat utk puasa dipersilakan. HR Muslim.

عن ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ، قاﻝ: ﺣﻴﻦ ﺻﺎﻡ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻮﻡ ﻋﺎﺷﻮﺭاء ﻭﺃﻣﺮ ﺑﺼﻴﺎﻣﻪ ﻗﺎﻟﻮا: ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺇﻧﻪ ﻳﻮﻡ ﺗﻌﻈﻤﻪ اﻟﻴﻬﻮﺩ ﻭاﻟﻨﺼﺎﺭﻯ ﻓﻘﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: «ﻓﺈﺫا ﻛﺎﻥ اﻟﻌﺎﻡ اﻟﻤﻘﺒﻞ ﺇﻥ ﺷﺎء اﻟﻠﻪ ﺻﻤﻨﺎ اﻟﻴﻮﻡ اﻟﺘﺎﺳﻊ» ﻗﺎﻝ: ﻓﻠﻢ ﻳﺄﺕ اﻟﻌﺎﻡ اﻟﻤﻘﺒﻞ، ﺣﺘﻰ ﺗﻮﻓﻲ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ.
Daripada ibnu Abbas RH berkata: tatkala rasulullah saw berpuasa dan menyuruh kami berpuasa hari asyura' lalu baginda diberitahu bahawa hari asyura adalah hari yang diagungkan oleh yahudi & kristian. Baginda bersabda: jika datang tahun depan kita akan puasa pada 9 (& 10) muharam. Belum sampai tahun depan rasulullah saw pun wafat. HR Muslim

ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻗَﺘَﺎﺩَﺓَ، ﺃَﻥَّ اﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ اﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ: «ﺻِﻴَﺎﻡُ ﻳَﻮْﻡِ ﻋَﺎﺷُﻮﺭَاءَ، ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺣْﺘَﺴِﺐُ ﻋَﻠَﻰ اﻟﻠَّﻪِ ﺃَﻥْ ﻳُﻜَﻔِّﺮَ اﻟﺴَّﻨَﺔَ اﻟَّﺘِﻲ ﻗَﺒْﻠَﻪُ»
Daripada Abi qatadah RH sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: puasa hari asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya. HR Termizi.

Berdasarkan hadis2 yg sahih di atas menunjukkan kpd kita bahawa puasa asyura pada awal islam ianya diwajibkan sehinggalah difardukan ramadan... selepas itu ianya menjadi suatu amalan sunat yg diamalkan oleh nabi dan diberi pilihan kpd sahabat utk diamalkan atau tidak. Ada pun fadilatnya bagi yg berpuasa akan dihapuskan dosa2nya setahun sebelumnya dan ianya amalan yg tidak pernah ditinggalkn oleh nabi saw sehingga baginda wafat. Hasrat baginda ingin berpuasa pada 9 & 10 muharam utk mukholafah (tidak menyerupai) yahudi & kristian. Wallahu a'lam..

Selamat berpuasa hari Asyura' pada Rabu & Khamis, 13 & 14 Nov ini. semoga dihapuskan sgl dosa2 kita setahun yg lepas.

SUMBER


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ BENDA YANG PALING SUSAH NAK JAGA --> HATI ORANG ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Susah kan nak jaga hati orang ? kalau buat macam ni takut orang tu terasa hati dengan kita, kalu buat macam ni takut dia marah..Kadang-kadang aku terfikir , "pernah ke orang tu pikir nak jaga hati kita macam mana kita jaga hati dia,tak nak dia marah dan terasa hati dengan tindakan kita"..Tu lar dilema yang aku hadapi dalam hidup ni..Mungkin aku ni terlalu sangat kot menjaga hati orang kadang-kadang diri sendiri yang sakit hati..Tapi kalu kita pikirkan hati kita je takut hubungan kita dengan orang tu renggang..Lepas tu gaduh dan gaduh..Tu lagi buat hati kita sakit bahkan jiwa pun sakit,hehe..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday 30 October 2013

♥ WORLD OCCUPATIONAL THERAPY DAY ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM 



27 OKTOBER 2013
-Tarikh ini merupakan HARI PEMULIHAN CARA KERJA SEDUNIA..Jadi,Persatuan Pemulihan Cara Kerja UiTM Puncak Alam mengadakan event di Taman Tasik Permaisuri,Cheras..Jadi,sebagai student kos OT,kami patut pergi sebab melalui event ni kami boleh perkenalkan lagi apa itu Pemulihan Cara Kerja atau dalam bahasa omputihnya Occupational Therapy ( OT )..Event ni lebih kepada kanak-kanak,memberikan pendedahan kepada ibu bapa di luar sana tentang apa masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka..Sebagai contoh lambat dalam pelajaran,susah nak fokus dalam sesuatu perkara dan banyak lagi lar..Ada pertandingan mewarna,booth2 kaunseling,jualan,akiviti cop bentuk2 atas kertas dan sebagainya..Aku ditugaskan untuk mencari dan mengajak orang-orang awam sertai event kami..Bila aku perkenalkan nama,u mana,kos apa dan beritahu event apa yang sedang kami buat,mostly tak tahu apa itu OT ? Ermmm,memang aku agak dah..Aishhh,sedih pulak rasanya..tapi takpe..berkat kesabaran yang tinggi,aku beritahu jugak apa itu OT..apa tugas kami untuk membantu masyarakat..siapa lagi yang nak explain kat masyarakat di luar sana tentang kewujudan OT kalu bukan kami..

# Persiapan tempat





 # Games hanya untuk kanak-kanak sahaja..orang dewasa hanya duduk dan tengok sahaja,hehehe




# Nampak je simple tapi budak yang slow learning keliru dan salah masukkan dalam gambar ni..

Ada sorang budak tu,dari segi fizikalnya nampak normal tapi sebenarnya dia ada masalah lain..Bila mak dia suruhnya try buat games kat atas,dia tak nak sebab katanya tak tahu..Rupa-rupanya mak budak tu bagitahu kat aku yang anaknya ada masalah slow learning..Aku dengan kawan aku pun cuba pujuk budak tu, "adik,mari duduk sini cuba buat ni..kalu ada masuk,ada hadiahnya tau..Jangan takut,akak-akak kat sini bantu adik buat ni..Mak adik pun ada kat sini ni,tolong adik jugak"..Alhamdulillah,adik tu lembut hati jugak akhirnya nak buat..Mula-mula tu,dia keliru mana satu mata mana satu mulut..Aku suruh dia tengok muka maknya tengok mata macam mana,mulut,hidung,telinga dan leher..Walaupun ada yang dia salah masukkan tapi at least dia mencuba..Takpe dik,nanti adik jumpa therapist OT yer :) 










# Therapist OT kena kreatif dan inovasi..haha,Therapist jugak ibarat pokok..We focus in the effort to enable people to live in satisfying and meaningful lives by providing help for them to actively participate in the occupations they want to do,need to do and expected to do


 # SEBAHAGIAN DARI BUDAK KELAS

Event tu bermula dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang..Sebelah pagi sehingga tengah hari,cuaca sangat ok ( panas terik )..Ramai jugak lar parents yang datang bersama dengan anak-anak mereka yang comel-comel ke event kami..Budak-budak OT dari Asia Malaysia University dan Kolej Sains Bersekutu datang jugak..Kami jugak jemput kanak-kanak istimewa dari PDK..Seronok melayan kerenah kanak-kanak ni..Sebelah petang pulak,cuaca bertukar kepada mendung dan hujan..jadi,takde sorang pun pegunjung..petang tu ada ceramah tentang kanak-kanak daripada DR ( lupa namanya tapi dia perempuan dan anaknya amek kos OT UiTM Puncak Alam ) import pulau pinang..walaupun hujan,ceramah tu tetap dijalankan dan kami yang menjadi pendengarnya..

Walaupun letih,seharian suntuk dari pukul 5.45 pagi bangun sebab kena berkumpul 6.30 pagi sehinggalah pukul 8 malam sampai kolej,aku rasa seronok dan puas hati sebab dapat membantu memberi pendedahan tentang kewujudan OT di Malaysia ni kat masyarakat di luar sana..


# Walaupun letih tapi hati tetap seronok !

# Terima kasih kerana sudi baca blog Zirah :)


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ SEGMEN PENCARIAN BOGLIST BULAN NOVEMBER ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM



Lama rasanya tak join segmen macam2 ni..bila bukak je blog dan ternampak blog abg Eraz Fazli join satu segmen ni..aku pun masuk blog akak kinah ni,ha ! tarikh tutup harini,sempat lagi ni..pastu aku rasa macam nak join jugak lar segmen akak kinah nih..mana tahu bole kenal2 blogger lain,boleh tukar2 idea ke,bole jupe betul2 ke depan-depan mata,hehe..ha,moh ler kita pakat ramai-ramai join segmen akak kinah ni..seronok bak hang ! ( terpengaruh dengan loghat kedah sebab kawan dengan budak kedah )


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday 22 October 2013

♥ BILA ABAH TELAH PERGI ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

abah

Sudah tiga bulan ini abah terbaring lemah di atas dipan bambu buatan tangannya.
Sedang Emak tak mampu menahan deraian air mata yang selama ini ia pendam.Terbuai tumpah jua air mata penanda rasa kasih sayangnya terhadap Abah.
Badan kekar Abah pun lemah tak sekuat dahulu, Badannya pun gontai tak segagah dahulu ketika ia lebih senang memanggul aku dan menggenggam ikatan tumpukan jerami sambil berjalan menuju gubuk bambu tempat kami menyambung kehidupan, berteduh dari liarnya cuaca hutan, dan berlindung dari liarya hewan hutan.
Bukanlah Muadzin lantang layaknya Bilal bin Rabbah.
Namun abah, selalu mengajarkanku melantunkan Adzan sepatah dua patah kata.
Abah pun memperbaiki cara sholatku ketika lagi-lagi badanku asyik bergerak-gerak.
Dan Abah pula mengenalkanku huruf Hijaiyah A Ba Ta Tsa… Sungguh lisanku gagap kala itu.
Selalunya ku intip Abah dari lubang bilik, Kupandangi raut wajah Abah usai sujud beralas sajadah usang.
Dibukanya Al-Qur’an lusuh tak bersampul penuh ke hati-hatian. Maklumlah… hanya Al-Qur’an tua itu yang kami punya.
Ku dekati ia seraya bertanya,”Abah… kenapa menagis?!”
Sontak Abah terdiam sejenak,”Karena Abah hanya Hamba nak… Abah hanya memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar kita semua terbebas dari siksaan api neraka.”
“Abah…” Ucapku lirih.
Abah sudah bergegas mengangsu air dalam kendi, mempersiapkan untukku mandi.
Abah pulalah yang membantuku memakaikan baju. Aku cacat, Jari jemariku tak lengkap layaknya anak lelaki pada umumnya.
Sedang Emak pun mengalami asam urat dan tak lagi kuat bekerja terlalu keras.
Kali ini, ku tengok tubuh Abah terbaring di temani Emak yang sedari tadi memijat perlahan kakinya.
“Abah…” Sesekali ku panggil ia dengan lirih tepat di daun telinganya.
Ia tatap wajahku. Tatapan khas dengan senyuman terukir memancarkan kasih sayang yang teramat dalam.
“Ya Allah..Abah nazak!”
Spontan tangan kanannya menggenggam erat tanganku.
Tatapan matanya mulai kosong.
Dengan rasa duka, ku titah ia melafadzkan kalimat Tauhid.
“LAA…ILLAAHA…ILLALLAH…”
Pelukan erat Emak seakan terasa berat melepaskan orang yang di cinta, seorang pemimpin dan pembimbing kala suka maupun duka dalam menghadapi rintangan hidup sekaligus Bapak dari Anak semata wayangnya.. Aku.
Abah.. jasamu kan selalu ku kenang.
Kini, Kusiapkan air terakhir untuk memandikan tubuh tuamu.
Kini, bergantilah aku yang memandikan tubuh tuamu.
Kini, Aku pakaikan engkau kain putih bersih… kain kafan yang akan menutupi tubuh tua mu..
Kini, Ku panggul jenazahmu dalam keranda, menghantarkanmu ke tempat dimana akupun bersemayam nanti.
Semoga Allah mempertemukan kita kembali..


Abah sudah udzur, putihnya uban di kepala pun seakan menandakan usianya tak lagi muda.
Ingatanku tertuju 20 tahun yang lalu, ketika aku belum kenal riuhnya gemerlap cahaya metropolitan.
Abah…
Beranjak malam..
Sesekali dari bibirnya mengeluarkan bunyi isak. Matanya menatap tiang-tiang langit dari luar jendela yang terbuka. Entah apa yang ia sembunyikan di dalam hatinya.
Tak terasa bulir-bulir air matanya pu menerobos wajah tuanya.
Belum juga sinar pagi menerobos rimbunnya pohon jati.
Abah jualah yang memandikan aku,
Setiap harinya, hanya nasi gaplek bertabur garam jadi makanan khas keluarga kecil kami. Aku tak kenal makanan enak khas makanan anak kecil zaman sekarang.
Renungan itu pun menyadarkanku.
Badan Abah semakin sejuk… sejuk sekali..
Namun.. tiba-tiba tubuh abah semakin sejuk dengan nafas tersengal.
Perlahan tangannya melemas, sungguh kali ini kurasakan detik-detik pemergiannnya.
“Innalllahi wa inna ilayhi roji’un…”
Abah.. dahulu engkau menyiapkan air untukku mandi,
Abah… dahulu engkau mandikan aku.
Abah… dahulu engkau bantu aku memakaikan pakaian karena aku cacat dan tak pandai memakai baju.
Abah… dahulu kau gendong aku, kau dukung aku bermain sambil berlari-lari.
Abah.. ilmu Al-Qur’an yang engkau ajarkan kepadaku, menjadi bekal sebagai bukti bakti mu menjalankan Amanah Allah dalam mendidik aku mengenal Robb-nya.
Do’a yang selama ini kau ajarkan. Membuatku memohon kepada Allah agar engkau di tempatkan di tempat yang terindah, Syurganya…
Bekal ilmu agama yang kau ajarkan kini, membuatku mampu mengaji dan mengkaji Al-Qur’an.
Abah… sampai bertemu di akhirat sana.
Abah…
***
CREDIT : akuislam.com
# sayu bila baca post ni,jadi nak share kat orang lain..teringat kat arwah aboh..Semoga beliau tenang dan rohnya dicucuri olehNya..Al-fatihah :'(


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Saturday 12 October 2013

♥ I'M NOW 19 YEARS ! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah,semalam 11/10/2013 merupakan tarikh yg menjadikan umurku genap 19 tahun..Kupanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana masih lagi panjangkan umurku sampai arini..Masih lagi diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaanNya,masih lagi diberikan peluang untuk merasai nikmatNya..Masih lagi diberikan peluang untuk merasai nikmat kasih sayang ibu,kuarga dan orang-orang di sekeliling..

# amek muka besar gedabak mcm bola,hahaha

Terima kasih kat adik-beradik dan bonda sebab ingat jugak besday anakmu yang berada jauh di perantauan *harini baru sampai ganu kiter..hehehe

Terima kasih jugak kat housemate sebab sanggup habiskan bedak semata-mata untuk aku malam tuh..Tolong wangikan bilik dan katil aku dengan bedak yer..Mujur aku bawa cadar lebih,kalu tak memang malam tuh aku terpaksa lar tidur sekali dengan bedak..Tapi aku terharu sangat-sangat sebab sanggup tunggu aku balik rumah nak wish birthday sampai pukul 1.30 pagi..Sebenarnya aku nak lari sebab itu ler tapi tetap kena jugak..Haissshhh ~



Terima kasih jugak dekat kawan-kawan yang wish birthday sama ada melalui facebook,twitter dan mesej..Minta maaf lar banyak-banyak tak balas mesej sebab telefon hilang,sedih den :'( ..

# budak kelas panggil aku kak zirah sebab dia kata muka aku ni matang biar kenyataannya umur aku dengan dia sama je..tapi hakikatnya hati masih muda..hahaha



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday 2 October 2013

♥ MAP OT SCORE 2013 ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM


*Walaupun MAP OT SCORE dah lepas,baru ada mood nak update..hehe

Minggu lepas,kos OT buat kongres..nama kongres tuh ialah MALAYSIA ASIA PACIFIC OCCUPATIONAL THERAPY STUDENT CONGRESS 2013 (MAP OT SCORE)..Kongres ni berlangsung selama 4 hari (Isnin-Khamis)..Speakernya terdiri daripada OT Therapist dari US,Fillipina,India,Jepun,Malaysia..Participants pulak ada dari Korea,budak2 dari U swasta,sukarelawan dari hospital private..


                                     

Ni first program aku join..Lagipun kami ni baru budak part 1,so memang wajib lar join jawabnya..Program ni memang bagus lar sebab banyak mende baru aku belajar..Aku belajar tentang jenis penyakit dan kesannya,macam mana nak rawatnya..Kat Malaysia ni,masih lagi ramai yang tak tahu apa benda OT ni ? Ada orang kata OT ni kerja pejabat..ok,tanggapan anda semua salah..nak tahu lebih lanjut sila baca POST ni dan ke LAMAN WEB ni..Kalu kat luar negara,OT sangat2 famous cuma kat Malaysia je yang ketinggalan sebab pendedahan tentang kos OT ni tak meluas..


SURGEONS GIVES LIVES BUT OCCUPATIONAL THERAPY GIVES THE MEANING OF LIFES

# INI TRADEMARK OT IMPORT DARI FILLIPINA..

Melalui program ini juga,aku dapat kenal lebih rapat dengan classmates..yelah,awal2 masuk memang malu-malu kucing tapi bila dah kenal memang takdenya kucing tuh..Kelas aku bergabung dengan akak post diploma..Jadi kami sama-sama junior,hahaha..Tapi aku still panggil akak sebagai tanda hormat sebab diorang lebih tua kan..



# PART OF MY CLASSMATES


Malam Rabu pulak,kelas aku kena buat persembahan ala-ala tradisional untuk Malam Gala Dinner..OH TIDAKKKK ! Ni first time aku menari tarian tradisional..Kami hanya berlatih menari tu selama 3 hari sahaja sebelum Malam Gala Dinner tu sebab maklumat betul yang sampai kat kami sampai lewat..Mungkin mengalami kesesakkan lalu lintas kot..Memang gila berlatih selama 3 hari sahaja sebab aku ni bukannya pandai sangat menari,lenggokkan tangan dan badan macam robot..Mujur ada akak2 post diploma dan sorang budak laki dalam kelas aku pandai menari..Boleh lar akak2 post diploma tolong ajarkan jalan yang lurus macam mana buat tarian yang betul..



# PENARI YANG PROFESIONAL KECUALI AKU..AKU MENGHANCURKAN LAGI TARIAN ADA LAR,HAHA

















♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Monday 16 September 2013

♥ LUAHAN HATI ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Selama seminggu bergelar student sarjana muda dan menjalani kehidupan sebagai student,masuk keluar kuliah,aku mendapati satu kepelikan berlaku pada diriku..amende yang peliknya ? yang pertama,jadual kelas tidak sepack mcm kat matrik..yang kedua,takde kelas malam..yang ketiga,aku kena bljr dan faham subjek yang tough2x..yang keempat,lecture ajar in fully english..zaman matrik dulu lecture ajar separuh bm separuh bi..ada yang fully bm..yang kelima,nota2x dan buku yang tebal panjang berjela dalam english..Ada yang aku faham dan ada yang buat aku blurr..Nanti assignment2 akan menyusul..

Mungkin ini lar suasana sebagai student sarjana muda yang wajib aku tempuhi walaupun susah mane pun..semuanya kena berdikari..Nak berjaya kena usaha diri sendiri,kena cari buku rujukan tambahan sendiri..Kena banyak membaca dan menghafal *benda yang paling aku tak suka..Sem 1 aku wajib amek 7 subjek :


  1. ANATOMY AND PHYSIOLOGY I
  2. INTRODUCTION TO PSYCHOLOGY
  3. INTRODUCTION TO OCCUPATIONAL THERAPY
  4. THERAPEUTIC ACTIVITIES IN OCCUPATIONAL THERAPY
  5. ISLAM AND ASIAN CIVILIZATION
  6. PREPARATORY COLLEGE ENGLISH
  7. RED CRESCENT SOCIETY I



Mengikut kata-kata senior,subjek anatomy and physiologi susah..subjek ni kena betul2 rajin membaca dan menghafal..aku ni kalu bab2 menghafal lemoh sikit tapi kalu bab2 mengira jangan dicabar..tapi takpe kita akan lihat nanti sama ada subjek anatomy and physiologi ni yang tersungkur dulu atau aku yang akan tersungkur..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday 10 September 2013

♥ LOVE OCCUPATIONAL THERAPY BECAUSE .. ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM :)




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Saturday 7 September 2013

♥ MINGGU DESTINI SISWA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah,dapatku harungi MDS dengan jayanya.yeahhh ! jangan nak seronok sangat zirah yer,hehe..kalu kat uitm,minggu orientasi kami panggil Minggu Destini Siswa atau singkatannya MDS..UiTM PALAM special sikit,MDS kami hanya 4 hari sahaja..start hari ahad (1/9) baru ni sampai hari rabu (4/9)..kalu kat u lain ada yang 6 hari,7 hari..8 hari pun ada..ikut atas pihak atasan u tu lar kan..suka hati dia lar nak buat brapa lama pun tapi yang seksanya ialah kami (siswa/siswi)..yedok ??

HARI PERTAMA :



-Aku sampai kat UiTM PALAM dalam kol 12 tgh hari sebab aku tolak dari rumah kak teh dalam kol 10.30 pagi..Sampai-sampai je aku terus daftar kolej dengan member aku dari Kelantan yang sama kos dengan aku sebab kami pakat nak duduk bilik sama..konon-konon boleh lar study sama..ceh ! poyo,hahaha..selepas selesai daftar,aku terus angkat barang-barang naik ke bilik..mujur lar ada kak teh dan kak cik aku tolong angkat sama,kalu tak pengsan aku nak angkat barang banyak sangat..tu lar,mari lagi daftar lewat..padan muka boleh rumah kat tingkat atas..kolej aku macam apartment,ada 4 bilik,1 bilik air tapi ada 2 shower dan 2 tandas..satu bilik 2 orang,so total 8 orang satu rumah..kira ok lar tuh biar tak seluas dan sebaik macam kat matrik dulu tapi ada jugak tempat berteduh..

# HOUSEMATE BARU SEM 1..5 ORANG DAK FARMASI,2 DAK OT DAN SORANG DAK BUSINESS..MUKA SUCI MURNI SEBAB PAKAI CAMERA 360

MDS start pukul 4 ptg,kami semua kena pergi ke RSU ( Ruang Solat Utama ) kat Angsana..Solat Asar berjemaah pahtu sesi berkenalan dengan Pembantu Mahasiswa ( PM ) dan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )..Makan,Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah..Lepas selesai solat,ada taklimat pasal pendaftaran fakulti,borang apa yang patut kena bawak esok..balik bilik dalam pukul 12..

HARI KEDUA :
-Kami kena kumpul depan blok pkul 5.15 pagi..Tunggu budak lain turun,5.30 pagi baru settle..PM disiplin bagi warning sebab tak tepati masa..Esok kena kumpul pukul 5.00 pagi..Aduh ! Lagi awal..Pergi RSU utk solat subuh berjemaah,berzikir dan nyanyian Asmaul-Husna..Lepas tu,pergi makan pagi..Kumpul balik pahtu bergerak ke fakulti untuk pendaftaran fakulti..Fakulti yang ada kat UiTM PALAM ni ada 4-Fakulti Health Science ,Fakulti Pharmacy,Fakulti Art and Design dan Fakulti Business Management..ok,time ini sumpah letih..Nak pergi fakulti tu kena naik turun tangga..Tangga ni bukan sebarang tangga okey ! semuanya ada dlm 200 anak tangga,macam kat tangga batu caves tu..turun bole tahan lagi tapi bila naik tu,sempuk ! habis cabut skru-skru kaki,ketar weh kaki..

#TANGGA NI JUGAK DIKENALI SEBAGAI TANGGA KEJAYAAN..APA PENDAPAT HANGPA SUME ?? 

Lepas selesai mendaftar fakulti barulah kami officially became student in UiTM PALAM..Fuhhh,lega ! Settle sume borang-borang.. Kami naik balik tangga kejayaan tuh sampai sempuk plus ketar lutut..Sampai kat khemah makan,sumenya terus isi air dalam perut dahulu sebab pancit..haha ! Solat Zuhur berjemaah..Then,ada ujian fardhu ain..Ni tanya pasal solat dan bagaimana ambik wudhu sebab diorang nak kenal pasti budak muslim mana yang lemah dalam bab tersebut,nanti bole lar nak bimbing dan perbetulkan balik..Bagi aku bagus lar ada program macam ini,nanti kita bole perbetulkan apa yang kurang dalam solat kita supaya solat kita sah..Lepas tu,solat Asar berjemaah..lepas selesai,sesi bermain games dengan abang MPP,abang Hazree..Makan,solat Maghrib dan Isya’ berjemaah..Malam ni pulak,kami diajarkan oleh abang MPP,abang jimmy lagu UiTM – UiTM DIHATIKU,WAWASAN SETIA WARGA UiTM dan MINGGU DESTINI SISWA untuk dinyanyikan masa taklimat esok dan majlis perasmian MDS nanti..Sebelum sesi taklimat dari HEP,keselamatan dan lain-lain,kena nyanyi lagu tu okey..Al-maklumlah majlis rasmi..

HARI KETIGA :
-Seperti yang disuruh oleh PM disiplin kena kumpul pukul 5.00..Tapi malangnya,ada jugak budak yang turun lambat dalam 5.05..Terus abang Din dan Kak Diba tahan diorang..Macam biasa lar,bermulalah sesi marah-marah..blablablablabla and then abang Din suruh esok kumpul kol 4.30..Oh My God ! Ni giler,lagi awal..erm,redha jela..orang lain yang lambat semuanya kena..Biasa lar,disiplin kan..Aku faham perasaan abang dan akak PM tuh sebab aku pun jugak ada pengalaman jadi pembantu pelajar masa budak matrik KMPh masuk tahun ni..AJK DISIPLIN okey ! orang kata sangat sesuai dengan aku jawatan tu,kurang asam..Kalu budak turun lambat nanti program yang seterusnya terbantut lar kan dan nak ajar budak tu biar disiplin sikit dengan masa..Amboi,macam aku pulak jadi PM sini..ok,macam biasa solat Subuh berjemaah,berzikir dan nyanyian Asmaul-Husna..Makan pagi,kumpul dan gerak ke Fakulti Pharmacy,jumpa dan dating dengan tangga tu lagi..Hari ini penuh dengan taklimat,so memang ngantuk..kalu tidur,abang dan akak PM amek gmbr buat video..jahat permainan diorang..walaupun ngantuk masih lagi aku tahan tapi takde lar sampai tersenguk-senguk..Makan,solat Zuhur berjemaah,taklimat,solat Asar berjemaah..Sesi bermain games dengan abang MPP,makan,solat Maghrib dan Isya’ berjemaah..Lepas tu sesi bermain games dengan kak sofea,MPP..Kami main karipap,lagu potong lalang tu..Banyak games yang kami main tapi aku lupa apa ke bende namanya..Ha ! Kami kena cipta satu binatang dengan menggunakan straw dalam berkumpulan yang besar dalam masa setengah jam..Group aku buat gajah dan group yang satu lagi buat ziraffah..

# AKU TAK TAHU SPESIES APA GAJAH NI..AKU CUMA TOLONG SAMBUNGKAN STRAW SAHAJA..

 # NAMPAK TAK KEGANGGUAN ABANG PM ? SUKA HATI DIA JE NAK HANCURKAN GAJAH KITORANG BUAT..

Disebabkan kitorang enjoy the games dan sporting,tiba-tiba abang Din baik hati suruh kumpul esok pukul 5 pagi balik..Terima kasih abang Din ! Lepas tu masuk bilik tidur..

Last Day :
-Kumpul kol 5 pagi,kena pakai baju putih,kain hitam,kasut kulit hitam dan tudung UiTM untuk siswi..mujur lar zaman sek menengah dulu aku join koir,ada jugak kain hitam..mujur muat lagi,baju putih aku mintak dengan member sek aku yang masuk form 6..Aku dulu pakai baju kuning sebab pengawas sek..Mana lar ada baju putih..untuk siswa kena pakai baju kemeja putih,seluar slack hitam,kasut kulit hitam dan tali leher UiTM..Pakaian ni sume kena pakai sebab ada majlis penutup hari tu..Lepas tu,solat Subuh berjemaah,makan dan kumpul balik..Pergi ke Fakulti Pharmacy untuk majlis perasmian MDS dan amanat Naib Canselor tgk kat screen live kat UiTM Shah Alam..kelas kau jah ! Sekali lagi dating dengan tangga tu balik,kali ni kurang sikit sempuknya..hahaha ! Selesai dalam tengah hari..Abang dan akak PM,MPP puas hati dengan nyanyian kitorang masa majlis penutup tu..Siap kata batch kitorang ni awesome,super,duperb ! Kembang hidung sorang-sorang

 # SATU FAKULTI DENGAN AKU,SCIENCE HEALTH..DARI DEPAN : MIRA (OT),FAS (OPTOMETRIS),ABAIKAN (OT) DAN RAIHANA (OT)

# HOUSEMATE BERSAMA DENGAN MPP,ABANG FARIS

Makan,naik bilik salin pakaian sukan,turun ke RSU utk solat Zuhur berjemaah..Selesai sume,PM bahagikan group utk program tanam menanam pokok..Turun balik ikut tangga kejayaan tu buat kali kedua..Sampai je tempat parking kete,ada sesi demo dulu..Group aku kena buat pembiakan pokok semula..Nampak je senang tapi nak ke cabut pokok asal dari pasu tu hanya Allah je tahu macam mana perasaan kami..kerjasama masa ni sangat-sangat penting !

# DARI YANG BESAR MENJADI KECIK..MACAM MANE TU ??

Ada sesi penyampaian hadiah dan group aku hanya dapat saguhati je..takpe lar,biar tak menang pun asalkan ilmu dan pengalaman tu penting..Abih gatal tangan aku sebab main dengan tanah walaupun dah pakai gloves..Naik bilik,mandi,solat Asar dalam bilik..Turun makan pahtu pergi ke RSU untuk solat Maghrib dan Isya’ berjemaah..Lepas tu bergerak ke Kolej Rafflesia untuk Malam Aspirasi Seni,macam malam kebudayaan..Sume akak dan abang MPP dari UiTM PALAM,PERDANA DAN SHAH ALAM datang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut..cewaaahhh ! hahaha..Persembahan dari abang dan akak PM,persembahan dari pelajar baru pun ada..tayangan video sepanjang MDS,tangkap gambar ikut fakulti dan tamat riwayat MDS..hohohoho !

# AKAK PM YANG SPORTING !


# MDS terbaik..akak dan abang MPP dan PM UiTM PALAM awesome ! UiTM DIHATIKU ~


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday 28 August 2013

♥ SEMAKIN HARI SEMAKIN TIBA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar semua ? Harap-harap semuanya sihat yer..hurm ! hari ni da 28/9..esok 29/9..kejap je masa..jap-jap,maknanya esok hari terakhir duk dumah..30/9 kena terbang ke selangor dah sebab 1/9 kena daftar kat UiTM PALAM tuh..adoi ~ beratnya hati nak tinggal mok dumah..tak boleh dah main dengan anak sedara yang comel lotte..erm,takpe Zierah..demi berjuang untuk mendapatkan ilmu yang berguna untuk dunia dan akhirat,kena ikhlaskan hati tuh..kang dop berkat pulok ! hahaha

Setakat sini saja lar warkah untuk kali ini..mungkin kita bersua seminggu kemudian sebab mungkin aku busy dengan minggu destinasi siswa/siswi atau pada kata pendeknya MDS tuh..Kalu rajin aku update amende terjadi masa MDS tuh yer..InsyaAllah..

#Harap2 senior yang handle MDS tuh sporting..jangan bekeng sangat deh ~ hehe


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Monday 19 August 2013

♥ PEMULIHAN CARA KERJA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM


Sebulan yang lepas,keputusan UPU untuk lepasan matrikulasi,asasi,stpm dan diploma keluar..dan aku sebagai lepasan matrikulasi pun check lar UPU tuh..Alhamdulillah,dengan perasaan nervous masa check tuh,tiba-tiba pap ! Anda telah berjaya dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM PUNCAK ALAM,kos PEMULIHAN CARA KERJA..

Sebenarnya aku minat kos medik sebab cita-cita dulu nak jadi doktor..Bila tahu dapat tawaran kos tuh,entah..aku macam takde perasaan..sedih pun tidak,gembira pun tidak..Pointer aku masa matrik dulu 3.66 je..memang takde harapan lar nak amek medik,dalam mimpi jela..Memang aku mintak kos tuh tapi pilihan yang ke-6..Mujur lar aku tak dapat kos lelong ~

Lepas dapat tahu result tu,aku pun beritahu mak..Mak pulak gembira sebab dari dulu lagi mak harap aku sambung belajar dalam bidang tu..Mak kata kalu kerja Pemulihan Cara Kerja ni ikut office hour..Kalu kerja Medik tuh kena standby on call sokmo..Aku rasa mungkin Mak nak aku jaga adik bongsu lepas dia takde nanti..Adik bongsu aku sakit sendi,so 2 or 3 bulan sekali dia ada temu janji fisioterapi dan cara kerja..Oppss ! Lupa nak bagitahu..Sebenarnya masa aku lepasan SPM dulu,aku dapat tawaran kos tuh jugak..kos yang sama dan tempat pun sama..tapi lepas aku buat sembahyang istikarah , aku pergi matrik dan abaikan diploma tuh..Mungkin ada hikmahnya..Allah dah tetapkan rezeki aku dalam kos tuh..

Bila orang tanya dapat sambung kat mana ? aku pun jawab lar bla bla bla..amende pulok pemulihan cara kerja tuh ? Kerja kat pejabat ke ? Macam pelik je kos tuh..Hahaha !

Okey,meh aku beritahu..Mungkin ramai yang tak tahu pasal kos ni..Jurusan Pemulihan Carakerja ini termasuk dalam fakulti Sains Kesihatan bergandingan dengan Pemulihan Fizikal (fisioterapi), optometri, pengimejan perubatan, teknologi makmal perubatan, keselamatan persekitaran, nutrisi dan diet, kejururawatan, pemulihan pertuturan dan lain-lain. 

Ianya merupakan gabungan antara sains dan kesihatan kiranya akan belajar pasal apa-apa yang berkait dengan kesihatan manusia lah ya. Selalunya msyarakat lebih mengenali doktor dan misi, kalau yang pemulihan ni,, fisiolah orang lebih kenal. 


Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian (activities of daily living), produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti riadah (leisure).

Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedik, medikal, pediatrik, geriatrik dan psikiatrik. Ahli terapi carakarja perlu kreatif dan inovatif dalam mengadaptasikan setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam kehidupan.

PROSPEK KERJAYA TERAPI CARAKERJA
Pelatih yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Terapi Carakerja mempunyai pelbagai pilihan kerjaya sama ada dalam sektor perkhidmatan awam mahupun swasta. Antara organisasi yang memerlukan perkhidmatan terapi carakerja adalah seperti berikut:
o Hospital-hospital, klinik-klinik dan pusat kesihatan kerajaan dan swasta.
o Pusat Pemulihan orang kurang upaya.
o Sekolah Pendidikan Khas
o Pusat Pemulihan dalam Komuniti di seluruh Malaysia
o Pusat Rehabilitasi Badan bukan kerajaan
o Penjara
o Amalan Persendirian


# Bln 9 ini bermulalah kembali sebagai seorang penuntut ilmu..InsyaAllah,4 tahun akan datang bakal menjadi ahli therapist..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Thursday 8 August 2013

♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah,cukup sebulan kita berpuasa..Harap-harap kita semua dapat lagi berjumpa Ramadhan yang akan datang..Semua duk sibuk dengan persiapan raya kan3 ? sama lar dengan kita..selepas siap semuanya,baru ada masa nak menaip..kesian laptop aku duk terbuka tanpa tuannya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri,minta maaf banyak-banyak dekat semua pembaca blog yang tak seberapa ni kalau ada terasa hati dengan post2 aku yer..ha,tu jela kot..mata da ngantuk,letih,lapar dan seangkatannya..hehe



# tahun yang kelima beraya tanpa aboh..sumpah,mood raya hilang..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Friday 26 July 2013

♥ CUP CAKES / KEK COKLAT LEMBAB ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Hari tu,aku join satu program ni..namanya siri seminar peluang-peluang perniagaan dan lawatan sambil belajar anjuran kelab maya sahabat Ar-Rahnu (KELAB MASA) di Pusat Latihan IKS,Sepang Selangor..program ini khas untuk Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN)..Bukannya SOPAN SANTUN yer,aku lastik telinga sape kata gitu..aaiissshhh ~ dan aku sebenarnya salah seorang dari keluarga SANTUN tu,batch 7..bangga dan bersyukur sangat2 dapat jadi salah seorang daripadanya..SANTUN ni sebenarnya under Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM)..

Aku sebulat hati untuk memilih kluster kek dan pastri..macam-macam jenis kek dan roti yang aku belajar..seronok ! lepas balik dari program tu,kebetulan ada serbuk koko dalam almari dapur tu..apalagi,aku pun buat lar cup cakes dan mak,adik dan anak sedara aku yang kecik cakap sedap..kembang hidung kejap,hehe..ok, hari ini aku nak kongsikan dengan korang resepi tu..orang kata ilmu yang kita ada kena kongsi dengan orang lain jugak..yedok ?? ^_^

BAHAN A :
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

BAHAN B :
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan air panas

CARA-CARA :
-Gaul bahan A hingga rata..pastikan ketulan-ketulan kecil dihapuskan yer..
-Dalam bekas yang lain,pukul telur hingga kembang..pastu masukkan bersama dengan bahan A tadi..gaul,gaul dan gaul..
-Masukkan susu dan campurkan dalam bahan-bahan di atas..
-Bila semua da settle,masukkan minyak masak,gaul hingga sebati..lepas tu,masukkan air panas..
-Kalau korang nak buat cup cakes,masukkan ke dalam acuan cup cakes yang comel tu..kalau korang nak buat kek,masukkan ke dalam mould yang korang suka..sumenya atas cita rasa korang masing-masing..
-Bakar pada suhu 170 darjah celcius..da siap ~


 # Ni first time buat dengan keluarga SANTUN yang lain


# Lepas decorate comel-comel,kitorang jual kek ni kat bazar..sedap !


TOPPING KEK COKLAT MAOUSSE

BAHAN-BAHAN :
250g coklat masakan
300g whiping cream
50g mentega

CARA-CARA : 

1. Didihkan whiping cream

2. Tuang ke dalam coklat masakan yang di kiubkan bersama mentega. Kacau menggunakan whisk hingga cream dan coklat bersatu dan berkilat.

3. Biarkan sejuk sebelum di tuang ke atas kek.


                              
I
I
 I 
V






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday 23 July 2013

♥ DUIT LAMA ♥

Views
  ASSALAMUALAIKUM

Masa kecik-kecik dulu,aku ternampak arwah abah aku letak sesuatu dalam kotak harta karunnya..dalam hati, " wah,mesti duit abah banyk ni.." hehehe..dan semalam aku ternampak lar kotak tuh duduk comel lottey dalam bilik aku..mungkin mak aku kut letak dalam bilik..ok,abaikan..aku pun try lar buka kotak tuh,nak tahu ada apa dalamnya..mana tahu ada emas tongkol ke,hahaha.. # berangan je lebih aku nih

#  kotak harta karun ajaib arwah abah

dengan semangat berkobar-kobar,buka punya buka rupa-rupanya dalam tu ada duit lama..sama ada dalam negara mahupun luar negara..oh,ini rupanya hobi arwah abah aku..simpan duit lama,hohohoho

kebanyakannya aku tak pernah tengok apatoh lagi nak sentuh..aku pun tak lahir dan tak wujud lagi masa duit tuh ada..


# nampak tak berlakunya kecarikan di situ dek kerana dimakan oleh anai-anai..mujur sempat diselamatkan oleh abah,kalu tak da lama innalillah duit ni..hahaha..

duit ni digunakan dalam sekitar tahun 1959..tapi yang peliknya sebab apa ada british borneo ?? bukan ke kita dah capai merdeka masa tahun 1957..


# aku tak tahu tahun bila guna duit ni..tapi yang pasti gabenor muda masa tu,hehehe





# TUNKU ABDUL RAHMAN,25 TAHUN MERDEKA

# TUN ABDUL RAZAK,RANCANGAN MALAYSIA KETIGA


# PERGGHHH ! DUIT SYILING 5 HINGGIT..TERUJA SEKEJAP

semua kat atas duit Malaysia zaman-zaman dahulu kala..meh,kita tengok negara lain pulok deh





 


































P/S : duit ni kena simpan sebab nak tunjuk ke anak cucu nanti,hehehe


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...