ASSALAMUALAIKUM
Sebulan yang lepas,keputusan UPU untuk lepasan matrikulasi,asasi,stpm dan diploma keluar..dan aku sebagai lepasan matrikulasi pun check lar UPU tuh..Alhamdulillah,dengan perasaan nervous masa check tuh,tiba-tiba pap ! Anda telah berjaya dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM PUNCAK ALAM,kos PEMULIHAN CARA KERJA..
Sebenarnya aku minat kos medik sebab cita-cita dulu nak jadi doktor..Bila tahu dapat tawaran kos tuh,entah..aku macam takde perasaan..sedih pun tidak,gembira pun tidak..Pointer aku masa matrik dulu 3.66 je..memang takde harapan lar nak amek medik,dalam mimpi jela..Memang aku mintak kos tuh tapi pilihan yang ke-6..Mujur lar aku tak dapat kos lelong ~
Lepas dapat tahu result tu,aku pun beritahu mak..Mak pulak gembira sebab dari dulu lagi mak harap aku sambung belajar dalam bidang tu..Mak kata kalu kerja Pemulihan Cara Kerja ni ikut office hour..Kalu kerja Medik tuh kena standby on call sokmo..Aku rasa mungkin Mak nak aku jaga adik bongsu lepas dia takde nanti..Adik bongsu aku sakit sendi,so 2 or 3 bulan sekali dia ada temu janji fisioterapi dan cara kerja..Oppss ! Lupa nak bagitahu..Sebenarnya masa aku lepasan SPM dulu,aku dapat tawaran kos tuh jugak..kos yang sama dan tempat pun sama..tapi lepas aku buat sembahyang istikarah , aku pergi matrik dan abaikan diploma tuh..Mungkin ada hikmahnya..Allah dah tetapkan rezeki aku dalam kos tuh..
Bila orang tanya dapat sambung kat mana ? aku pun jawab lar bla bla bla..amende pulok pemulihan cara kerja tuh ? Kerja kat pejabat ke ? Macam pelik je kos tuh..Hahaha !
Okey,meh aku beritahu..Mungkin ramai yang tak tahu pasal kos ni..Jurusan Pemulihan Carakerja ini termasuk dalam fakulti Sains Kesihatan bergandingan dengan Pemulihan Fizikal (fisioterapi), optometri, pengimejan perubatan, teknologi makmal perubatan, keselamatan persekitaran, nutrisi dan diet, kejururawatan, pemulihan pertuturan dan lain-lain.
Okey,meh aku beritahu..Mungkin ramai yang tak tahu pasal kos ni..Jurusan Pemulihan Carakerja ini termasuk dalam fakulti Sains Kesihatan bergandingan dengan Pemulihan Fizikal (fisioterapi), optometri, pengimejan perubatan, teknologi makmal perubatan, keselamatan persekitaran, nutrisi dan diet, kejururawatan, pemulihan pertuturan dan lain-lain.
Ianya merupakan gabungan antara sains dan kesihatan kiranya akan belajar pasal apa-apa yang berkait dengan kesihatan manusia lah ya. Selalunya msyarakat lebih mengenali doktor dan misi, kalau yang pemulihan ni,, fisiolah orang lebih kenal.
Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian (activities of daily living), produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti riadah (leisure).
PROSPEK KERJAYA TERAPI CARAKERJA
Pelatih yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Terapi Carakerja mempunyai pelbagai pilihan kerjaya sama ada dalam sektor perkhidmatan awam mahupun swasta. Antara organisasi yang memerlukan perkhidmatan terapi carakerja adalah seperti berikut:
o Hospital-hospital, klinik-klinik dan pusat kesihatan kerajaan dan swasta.
o Pusat Pemulihan orang kurang upaya.
o Sekolah Pendidikan Khas
o Pusat Pemulihan dalam Komuniti di seluruh Malaysia
o Pusat Rehabilitasi Badan bukan kerajaan
o Penjara
o Amalan Persendirian
o Hospital-hospital, klinik-klinik dan pusat kesihatan kerajaan dan swasta.
o Pusat Pemulihan orang kurang upaya.
o Sekolah Pendidikan Khas
o Pusat Pemulihan dalam Komuniti di seluruh Malaysia
o Pusat Rehabilitasi Badan bukan kerajaan
o Penjara
o Amalan Persendirian
# Bln 9 ini bermulalah kembali sebagai seorang penuntut ilmu..InsyaAllah,4 tahun akan datang bakal menjadi ahli therapist..
28 bunga dan kumbang:
wahhh ... budak pandai ^_^
evadanial.blogspot.com
@Eva DaNiaL xde lar pandai mane pun kak eva danial ^_-
ok.. baru taw cara kerja ni bidang berkaitan kesihatan.. thank bg ilmu ni.. sebab ai ingat kan.. kos pemulihan cara kerja ni more pada engineering punye corse.. silap besar pulak.. ehehe.. btw, love read ur entry
jemput follow http://belogzeera.blogspot.com/
Hi, tahniah sbb mendapat course pemulihan cara kerja. Sy student OT thn akhir dr institut latihan KKM. Sy pasti ko akn enjoy course nie.. Harap2 kta leh exchange pengetahuan sma2.. Good luck ya!
@TerFu Hi..thanks,owh ! Senior ! hehe,bole3 :D
Akak pandai le ;-) maaf kalu taya kit
time akak belajr dlm kos ni akak beljar b.inggers ke campur Bm dengn BI. Harp akak x kisah kongsi pengalamn
@nurul biasa-biasa je dik..depends on lecture..ad je lecture melayu yg ajar dlm malay,cmpur malay and english pun ad jugak..tp kalau lecture yg dari luar negara,diorang akan ajar fully english..
Salam kak. boleh bagitahu tak course ni belajar sbjek apa? Tq.
Salam kak. Boleh tak saya tahu dlm course ni belajar subjek apa? Tq.
@Nurnajah Safwah wasalam..sorry,lmbt reply dik..busy skit semenjak ni,nk dekat final exam dh..hehe,psl bljr sbjek ape utk dip ot akak x sure sbb akak dulu matrik..kalau nk thu sbjek utk degree bole lar akak bgthu sbjek ape..tp for sure anatomy & physiology slh satu sbjeknya,subjek ni lebih krg mcm biologi,bljr tntng diri kita tp lebih mendalam lagi..budak medik dgn sains kesihatan wajib amek sbjek nih..
terima kasih saya dapat course ni juga . Akak still study lagi ke harap boleh jumpa .
@AAYNA sama2 ^_^ .. A'ah, akak masih study lagi..insyaAllah nanti kita jumpe masa pendftran kolej dan orientasi OT nanti, kalau jumpa tegur2 lar yer..
Salam akak. Bole bg course outline tak psl course ni.. nk tgk sbjek bljwr for 4yrs.. kalo ade, email at ctiey_miera@yahoo.com.my.. lg satu, antara, kos ni, opto n fisio mane the best one? Nk letak first choice upu. Still confusing. Hrp mmbntu. Tk.
@Samilawati Mohamad wasalam..rasanya bole smbng..kalu diploma kos lain nk smbng ke degree ot ni 4 tahun..kalu dh diploma dulu ot smbng degree ot 3 thn
bestnye..btw congrats.. sy pon lepasan matrikulasi jgk tp pointer xkuat sngt and x sampai 3.5 pon. so tkot xdpt. and im now dlm dilemma :(
السلام عليكم
saya juga minat medik sbnrnya.. tpi result SPM sgt2 x mgizinkn.. klau math pon x A, lagu mana nk buat mediknya..saya trtarik dgn course ni n saya bru shje mngenali course ni lepas prgi ekspo uitm n dengr simple explanation dri lecturer course pmulihan cre krje tu sndiri, smlm.. bru je kenal ngn 'FSK'.. harap sudi doakn yg trbaik buat saya ya.. شكرا :)
Assalamualaikum, nak tanye dulu anda masuk matrik modul berapa? Sebab saya buntu nak masuk matrik atau dip.pemulihan carakerja. Terima kasih
salam..kak...boleh x share soalan2 umum pasal OT nie..yg mungkin masa interview dia akan tanya..tq akak..^^
Assalammualaikum kak. Kalau saya nak emel akak boleh?
Assalammualaikum kak. Kalau daya nak emel akak boleh?
salam.. kak.. masa matrik akak amik modul brape?
akak...kalau tak keberatan....tolong email saya. saya nak tanya something abt degree. (ifaqila98@gmail.com)
@Rabiatul Rabiatul ohhh, yekeee..Takpe xde rezeki nk sambung medik tapi cuba mohon upu dalam bidang sains kesihatan ke..boleh jugak kerja di hospital, hehehehe..InsyaAllah, akak doakan semoga Allah makbulkan segala impian dan matlamat rabiatul..Good Luck !
@Unknown waalaikumussalam..ni email akak zirahasan@gmail.com..ataupun add fb akak (Hazirah Hasan), boleh tanya dekat fb..btw, dulu akak modul 1
@cry smile boleh add fb akak (Hazirah Hasan)..awak boleh tanya soalan melalui fb, lagi senang
@AFIQAH FIQA modul 1..sekrang ni smbung matrik ke dip pemulihan carakerja ?