SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Sunday 25 March 2012

♥ MY MOOD,PLEASE COME BACK TO ME!! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM




hari ini,Zierah baru ada mood sikit nak menulis di blog nih..sejak2 kebelakangan nih,Zierah rasa macam tak de mood je..rasa macam nak menyendiri saja..rasa kecewa sangat2..asyik termenung situ,termenung sini..entah kenapa jadi macam ini..

# bila lar nak pulih semangat nih??


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday 20 March 2012

♥ KENAPA BERTUKAR WAJAH?? ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

kenapa churp-churp bertukar wajah??kenapa??kenapa??aiisshhh,buat kepalaku pening-pening ayam je..

 
  # ini lar wajah baru churp-churp

biarlah,korang nak kata Zierah ni ketinggalan zaman pasal perubahan di laman web churp-churp nih..Zierah tak heran pun sebab memang Zierah akui da lama tak berupdate blog Zierah nih..ape tah lagi nak buka laman web churp-churp dan nuffnang..Zierah duk asyik berfishbook dengan twitter si burung biru..hehehe~

dan satu lagi,kenapa churp-churp tak de iklan invite new person yang baru nak berjinak-jinak berkasih-sayang dengan churp-churp??waduh3,kena buat aduan rakyat nih..bhahahaha

mesti korang duk terpikir berapa earning yang Zierah dapat erk??kenapa tak tunjuk pun jumlah earning tuh??-->(bagi yang join churp-churp lar,yang tak join buat2 faham suda..hehe)..malu lar,bukan dapat beratus-ratus or beribu-ribu..hanya cukup2 makan saja..Zierah pun baru je berjinak-jinak dengan churp-churp nih..hehe

p/s:kalu korang baik hati,rajin2 lar klik kat iklan atas tuh..ala,yang banyak2 tuh..klik sumenya tau..da klik,bagitau Zierah..nanti Zierah klik yang korang punyer..betul2 tau,tak baik menipu..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI..CEPAT! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM



korang kenal tak siapa kat banner atas tuh??yeay!!betol,itulah abang ben..10 markah untuk anda..haha,sekarang ni,abang ben sedang buat satu segmen..kalu korang nak join jugak ataupun nak tahu tentang segmen ini lebih lanjut,sila lembutkan jari-jemari klik kat banner di atas..hehe

blog Zierah nih lebih kepada blog peribadi..tentang kehidupan Zierah sama ada suka mahupun duka..semuanya Ziersh luahkan dalam blog nih..bagi Zierah,inilah nyawa Zierah..lepas dapat luahkan rasa dalam ini,rasa tenang + puas sangat2..

kenapa Zierah berblog erk??sebab atas sokongan dan dorongan kak ngah Zierah..dialah yang memberi idea ini kepada Zierah supaya berjinak-jinak dalam dunia blog..yang lagi best,dapat kenal ramai blogger yang otai2 dan tak sombong..contohnya macam abang ben,hehe~


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday 14 March 2012

♥ JOM JADI GENG KAMI BLOGGER MALAYSIA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM



tadi masa Zierah syok blogwalking sana,situ,sini kan,Zierah pom terbaca lar kat blog kami blogger Malaysia dan kami bangga..diowang buat satu segmen lar agak2nya..jadi,dengan hati yang berbunga-bunga nih (sejak bila hati ni bunga erk??) Zierah pom rasa2 macam nak join je..korang pom nak join jugak ke??klik kat banner atas tu je tau..

opppssss,terlupa nak bagitahu..Zierah asal dari TERENGGANU..na na na na na,ganu kite..hehe

ok,Zierah nak tag:


# Zierah pom tag sume follower Zierah..jom join sama2..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday 13 March 2012

♥ SEGMEN : TAMBAH FOLLOWER SAMPAI PENING ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

da lama Zierah tak join segmen..nak join lar,hehehe..kalu nak join jugak klik3 kat banner bawah ni je okey..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday 6 March 2012

♥ GENAP 3 TAHUN TANPA KASIH SAYANG SEORANG AYAH ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM


7/3/2009..hari ini 7/3/2012,genap 3 tahun arwah aboh meninggalkan kami sekeluarga..walaupun aboh Zierah tiada lagi di dunia ini,namun Zierah dapat rasakan kehadirannya di rumah Zierah..dapat rasakan kewujudannya di sini walaupun pada hakikatnya beliau sudah tiada..setiap masa,setiap saat,setiap detik Zierah selalu rindukannya..rindu sangat-sangat!! rindu nak tengok mukanya,rindu senyumannya..rindu segala-galanya!

Zierah ingat lagi hari di mana Zierah kehilangan seorang ayah..ingat sampai bila-bila..masa tuh Zierah form 3 dan hari tuh hari sabtu..macam biasa,rutin harian aboh ialah hantar kak long pergi hantar kerja..masa tuh ayah da pencen..pagi tu,Zierah bangun awal sebab ada kelas tambahan,subjek pendidikan islam pada pukul 8.00 pagi dan kebetulan kat sekolah Zierah mengadakan mesyuarat agung PIBG..Aboh Zierah da janji nak pergi ke sekolah..Zierah tunggu kedatangan aboh di sekolah..

dalam pukul 9.12 pagi,hati Zierah rasa debar tiba-tiba..Zierah asyik-asyik tengok jam dinding di kelas..tumpuan dalam kelas hilang..rasa macam ada sesuatu tak kena je..tapi,Zierah tak layan perasaan tuh..Zierah terus belajar..

kelas tambahan abih dalam pukul 10.30..lepas tu,Zierah dan kawan2 sekelas da janji nak hias kelas..kami teruskan..tiba-tiba,datang seorang cikgu lelaki..cikgu tu guru kelas Zierah dan cikgu paling rapat dengan Zierah..dia pun tanya,"ayah mari dop lagi mesyuarat??"..Zierah pun pelik lar,aboh dop mari lagi ke??..Zierah pun jawab,"erm,aboh pergi hantar kak long keje lar tu..nanti aboh mari lar"..

cikgu pun panggil cik pipah dan kawan2 yang lain pergi ke bilik guru..Zierah malas nak layan perbualan mereka sebab syok duk hias kelas..lepas tuh,cik pipah tarik tangan Zierah suruh balik tapi Zierah malas nak balik..kawan-kawan yang lain pun paksa suruh balik..Zierah pun mengalah jela..masa tengah berjalan tuh,tepon cik pipah bunyi..tiba-tiba cik pipah menangis..aikk!!pelik,Zierah pun tanya lar bakpe menangis tapi dia diam je..tapi bila kawan Zierah yang lain tanya dia,dia jawab pulak dan selepas tuh semua kawan-kawan Zierah menangis sambil pegang bahu Zierah..Zierah rasa cemas!!

Zierah paksa diowang jugak suruh cerita apa yang terjadi sebenarnya..tapi diowang kata dekat dumah Zierah nanti diowang akan cerita..Zierah geram lar,Zierah pun kejar pipah depan..Zierah paksa,paksa,paksa dan paksa!! akhirnya dia pun beritahu.."Zierah,aboh mg accident dan ada kat hospital sekarang nih"..terkejut Zierah dan Zierah rasa macam dunia ni gelap..Zierah pun menangis dan terus menangis..

semasa berjalan tuh,ada lar sorang pemuda yang tinggal dekat area sekolah..dia pun tanya kenapa menangis..kawan Zierah pun cerita lar..dia pun tanya,"pak cik yang naik motor honda cup no plat blalala ke yang accident dekat jambatan??pak cik tuh da...sambil dia tunjukkan tangannya di leher..

YA ALLAH!!!ABOH!!!..Zierah meraung sekuat hati di tengah-tengah jalan..Zierah tak kira pandangan orang kat situ tengok Zierah..air mata Zierah jatuh bercucuran sambil mulut Zierah menyebut nama aboh..kawan Zierah peluk Zierah dan tenangkan Zierah..Zierah pun ajak balik..yang penting sekarang nih ialah Zierah nak tengok aboh Zierah..itu je!!

sampai dumah,ramai jiran Zierah ada kat situ..rumah berkunci,Zierah pun tanya salah seorang jiran Zierah mana emak..dia kata emak pergi ke hospital..Zierah pun terduduk sambil menangis..jiran Zierah cuba untuk menenangkan Zierah sambil pegang bahu..lepas itu,Zierah pun tepon kak ngah untuk beritahu hal ni,kak ngah da tahu dan dia on da way nak balik sini..sume kakak Zierah dalam perjalanan nak balik..

Zierah pun tanya jiran sebelah rumah nak pergi hospital ke tak..mungkin diowang kesiankan Zierah,diowang pun setuju nak pergi sana..sepanjang perjalanan tuh,Zierah senyap je dan hanya air mata yang menemani Zierah..

kesian korang terpaksa membaca cerita yang panjang nih..hehe,kalu lar arwah aboh masih hidup,mesti aboh da umur 61 tahun..tapi,nak buat macam mana..da ajalnya,mungkin Allah sayangkannya lebih daripada kami sekeluarga..kami redha dan pasrah,hanya kiriman Al-Fatihah dan doa yang mampu Zierah kirimkan..

sehingga kini,Zierah sangat2 terkilan sebab tak dapat bersalam dengan aboh pada pagi tuh..sampai hari ini,Zierah rasa bersalah sangat2..kalu Zierah dapat tahu pada hari itu Zierah akan kehilangannya,Zierah akan peluknya dan cium tangannya sepuas hati..

# walaupun Zierah kehilangan kasih sayang seorang ayah tapi Zierah masih bersyukur sebab masih lagi dapat merasai kasih sayang emak dan adik-beradik..bagi Zierah,aboh masih ada lagi dalam hidup Zierah..wajahnya dan senyumannya masih segar dalam ingatan..terima kasih aboh sebab menjaga,mendidik dan memberikan kasih sayang kepada Zierah..Zierah tak akan lupakan pengorbanan aboh terhadap keluarga..dan Zierah akan sentiasa merindui aboh sampai bila-bila..sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah aboh Zierah..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin


 # miss you so much!!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Monday 5 March 2012

♥ RONDA-RONDA PUSING SATU KOTA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM


 dalam ENTRY ni,Zierah takut tunggu result SPM kan3??eh walaweh,apasal yang kerut macam tuh??ha,konfem tak baca lagi kan??adoiya,pergi lar baca cepat2!!

bagi menghilangkan rasa takut tuh,Zierah pun ajak my twin (aik masa bile ak ada kembar erk??) pergi jalan2 di bandar..nak hilangkan tension..wakaka!! tapi,bandar buleh tahan sibuknya..yela,sibuk dengan LE TOUR DE LANGKAWI dekat DATARAN SYAHBANDAR..mana tak sibuknya,penuh dengan polis2 duk sekat jalan-jalan..erm,nasib baik tak merempit pergi bandar..kalu tak berapa jam lar kami tersangkut dengan traffic jem..buleh buat jem roti lagi,bhahaha..opsss,terlebih suda~

walaupun muka hangus dimamah oleh si matahari,Zierah tak kira comot ke muka tuh Zierah tetap kuatkan diri ambil gambar bersama dengan kawan..hangus sebab join main netball untuk peringkat DUN nanti..acecece~


 # ni lar cik pipah..kawan dari sekolah rendah lagi..tapi ramai orang kata kami ni kembar..kembar ke??rasanya tak kot..yang sorang lagi pemalu orangnya nak bergambar..

ronda punyer ronda di bandar sampai lupa nak balik..sampai dumah dalam pukul 4..hahaha,tapi puas hati lar sebab dapat beli baju dan selendang..tapi sorang je kawan yang tak puas hati iaitu cik pipah..ahahaha!! sebab ape?? sebab niat di hati nak beli baju sehelai lagi tak tercapai..poket da kering..hak9~

alang-alang pergi jalan hari tuh,kami pun keluar lagi di sebelah petang..tempat destinasinya ialah PANTAI!!! amat sesuai untuk mencari ketenangan..tempat untuk melepaskan kerinduan di hati..

babak yang paling kelakarnya cik pipah ni penakut orangnya nak jejak kaki dalam air..sama dengan kawan sorang lagi,cik mirah..ni confirm tak mandi seumur hidup,hahaha..puah Zierah paksa dia tuh maen air pantai tapi ini jawabnya-->"TAK MBOH,TAKUT!!"..ape kono dengan semek nih..huh!!tapi lepas kena kaunseling oleh cik Zierah,akhirnya dia berani jugak..dengan satu syarat,dia kena pegang Zierah..huh!!ikut mg lar eh pipah weh~

 # tengok!! tengok air pantai pun takut..sampai nak terbalik Zierah dibuatnya..

 # lepas berkali-kali gambar tak menjadi + tukang gambar nih mengamuk sebab bosan duk lari sokmo bila air nak kawan dengan dia,akhirnya dapat jugak cik pipah bergambar sekeping dalam air..give me ten!!!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Saturday 3 March 2012

♥ SPM OH SPM ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

lenguh jari-jemari Zierah nih terjah blog-blog yang sudi jadi follower blog Zierah..thanks so much!! keep in touch tau..

malam ini Zierah nak kongsi perasaan Zierah nih..sekarang nih Zierah rasa takut sangat sebab tak lama lagi result SPM da nak keluar..rasa macam hidup ini tak menentu sahaja duduk mikir berapa A lar aku dapat??..tercapai ke impian aku tuh??dapat ke aku berikan kejayaan SPM nanti kepada mak dan arwah aboh??dapat ke aku tebus kekecewaan aku semasa PMR dalam SPM nih??waduh3,jadi gila jugak nih..kang dop pasal-pasal duduk kat TJ-->Tanjung Rambutan sayang ooiii..bhahahaha!!

hari ini da 3/3/2012..maknanya tinggal 19 hari lagi lar..pejam celik,pejam celik kekgi sampai lar  22/3/2012 nanti..YA ALLAH!! takutnya!!aiisshh,jangan mikir sangat Zierah oiii,kang mimpi pulop kang..tak nak!!!

# YA ALLAH,ENGKAU BERIKANLAH ZIERAH KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUK SPM 2011 PADA 22.03.2012..SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PEMURAH..SETIDAK-TIDAKNYA ENGKAU BERIKANLAH DIA APA YANG DIINGINI DAN MAMPU MEMBUAT KEDUA-DUA IBU BAPANYA TERSENYUM YA ALLAH DAN JANGANLAH ENGKAU BERIKANNY KEGAGALAN..AMIN


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ MISS THAILAND ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM  =,=

hari ni,sampai surat tawaran dari KFC International College kat dumah Zierah ni ha..mak Zierah kasi tahu lepas balik jaga koperasi sekolah..urm,Zierah tak pergi kot..sebabnya tawaran tuh tentang bisnes2 gitu..Zierah tak minat lar maen urusniaga nih..takut bankrup awal2,hahaha..

# JOM BELAJAR BAHASA THAILAND LU KEJAP,HEHE

lupakan pasal tuh Zierah..semalam Zierah baru je sudah upload gambar masa Zierah join SCOUTS JAMBOREE di PAKBANG SCOUT CAMP,LA-NGU,SATUN,THAILAND di Facebook..kawan satu khemah Zierah nak tengok gmbr tuh..gambar kenangan..tak percaya??


# NAMPAK TAK NAMA TUH..YUP,THAT'S MY NAME

serius Zierah rindu sangat2 masa jamboree tuh..rindu dengan kawan2 dari kontinjen malaysia..rindu nak makan masakan kat sana..aktiviti pom best gler..memang tak dapat lupa lar kenangan pergi sana..peerrrggghhh!!!

 # majlis penyerahan bendera malaysia kepada kontinjen malaysia..
ni masa ucapan dari YB DR MOHD PUAD B, ZARKASHI,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia..


# ni sub kem 2girl scout merangkap Zierah duk kat sini,hehe..

 # AKTIVITI NI YANG BEST SEKALI--FLYING FOX terus masuk dalam air..haha~


# ni pulak kayak berkumpulan..kerjasama tu yang penting..kalu tidak tak bergerak lar jawabnya..


 # aktiviti ni yang Zierah kurang suka sikit sebabnya kena tahu banyak ikatan..macam2,ikatan buku sila lar, simpulan mati ler..macam2 lar~


# yang ni pulak aktiviti santai..jalan2 tengok pemandangan di chalet kat sana..


 
# latihan perasmian scouts jamboree..pelik kenapa pegang kayu??ha,ni lar senjata pengakap..wajib tau senjata nih..

 

 # malam kebudayaan..tiap2 malam ada malam kebudayaan..rilekskan minda,hek3~ setiap negara wajid buat persembahan.. 


 





 # berlatih dulu sebelum diuji..


 # posing lu kejap,peaacee!!








 # ni lar member satu khemah dgn Zierah nih..masa ni dekat perlis..


mesti korang sume pelik kan kenapa Zierah boleh pergi sana sedangkan jomboree tu hanya tuk pengakap sahaja..Zierah kan Pandu Puteri..ha,jangan kerut seribu kat dahi mcam tu..hehe..ok,sebenarnya kalu ikutkan sejarah,Pengakap dengan Pandu Puteri ni bersaudara..sebab tu lar Zierah p sana..amacam??korang rasa best tak??hehe


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...