SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Wednesday 28 August 2013

♥ SEMAKIN HARI SEMAKIN TIBA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar semua ? Harap-harap semuanya sihat yer..hurm ! hari ni da 28/9..esok 29/9..kejap je masa..jap-jap,maknanya esok hari terakhir duk dumah..30/9 kena terbang ke selangor dah sebab 1/9 kena daftar kat UiTM PALAM tuh..adoi ~ beratnya hati nak tinggal mok dumah..tak boleh dah main dengan anak sedara yang comel lotte..erm,takpe Zierah..demi berjuang untuk mendapatkan ilmu yang berguna untuk dunia dan akhirat,kena ikhlaskan hati tuh..kang dop berkat pulok ! hahaha

Setakat sini saja lar warkah untuk kali ini..mungkin kita bersua seminggu kemudian sebab mungkin aku busy dengan minggu destinasi siswa/siswi atau pada kata pendeknya MDS tuh..Kalu rajin aku update amende terjadi masa MDS tuh yer..InsyaAllah..

#Harap2 senior yang handle MDS tuh sporting..jangan bekeng sangat deh ~ hehe


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Monday 19 August 2013

♥ PEMULIHAN CARA KERJA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM


Sebulan yang lepas,keputusan UPU untuk lepasan matrikulasi,asasi,stpm dan diploma keluar..dan aku sebagai lepasan matrikulasi pun check lar UPU tuh..Alhamdulillah,dengan perasaan nervous masa check tuh,tiba-tiba pap ! Anda telah berjaya dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM PUNCAK ALAM,kos PEMULIHAN CARA KERJA..

Sebenarnya aku minat kos medik sebab cita-cita dulu nak jadi doktor..Bila tahu dapat tawaran kos tuh,entah..aku macam takde perasaan..sedih pun tidak,gembira pun tidak..Pointer aku masa matrik dulu 3.66 je..memang takde harapan lar nak amek medik,dalam mimpi jela..Memang aku mintak kos tuh tapi pilihan yang ke-6..Mujur lar aku tak dapat kos lelong ~

Lepas dapat tahu result tu,aku pun beritahu mak..Mak pulak gembira sebab dari dulu lagi mak harap aku sambung belajar dalam bidang tu..Mak kata kalu kerja Pemulihan Cara Kerja ni ikut office hour..Kalu kerja Medik tuh kena standby on call sokmo..Aku rasa mungkin Mak nak aku jaga adik bongsu lepas dia takde nanti..Adik bongsu aku sakit sendi,so 2 or 3 bulan sekali dia ada temu janji fisioterapi dan cara kerja..Oppss ! Lupa nak bagitahu..Sebenarnya masa aku lepasan SPM dulu,aku dapat tawaran kos tuh jugak..kos yang sama dan tempat pun sama..tapi lepas aku buat sembahyang istikarah , aku pergi matrik dan abaikan diploma tuh..Mungkin ada hikmahnya..Allah dah tetapkan rezeki aku dalam kos tuh..

Bila orang tanya dapat sambung kat mana ? aku pun jawab lar bla bla bla..amende pulok pemulihan cara kerja tuh ? Kerja kat pejabat ke ? Macam pelik je kos tuh..Hahaha !

Okey,meh aku beritahu..Mungkin ramai yang tak tahu pasal kos ni..Jurusan Pemulihan Carakerja ini termasuk dalam fakulti Sains Kesihatan bergandingan dengan Pemulihan Fizikal (fisioterapi), optometri, pengimejan perubatan, teknologi makmal perubatan, keselamatan persekitaran, nutrisi dan diet, kejururawatan, pemulihan pertuturan dan lain-lain. 

Ianya merupakan gabungan antara sains dan kesihatan kiranya akan belajar pasal apa-apa yang berkait dengan kesihatan manusia lah ya. Selalunya msyarakat lebih mengenali doktor dan misi, kalau yang pemulihan ni,, fisiolah orang lebih kenal. 


Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian (activities of daily living), produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti riadah (leisure).

Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedik, medikal, pediatrik, geriatrik dan psikiatrik. Ahli terapi carakarja perlu kreatif dan inovatif dalam mengadaptasikan setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam kehidupan.

PROSPEK KERJAYA TERAPI CARAKERJA
Pelatih yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Terapi Carakerja mempunyai pelbagai pilihan kerjaya sama ada dalam sektor perkhidmatan awam mahupun swasta. Antara organisasi yang memerlukan perkhidmatan terapi carakerja adalah seperti berikut:
o Hospital-hospital, klinik-klinik dan pusat kesihatan kerajaan dan swasta.
o Pusat Pemulihan orang kurang upaya.
o Sekolah Pendidikan Khas
o Pusat Pemulihan dalam Komuniti di seluruh Malaysia
o Pusat Rehabilitasi Badan bukan kerajaan
o Penjara
o Amalan Persendirian


# Bln 9 ini bermulalah kembali sebagai seorang penuntut ilmu..InsyaAllah,4 tahun akan datang bakal menjadi ahli therapist..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Thursday 8 August 2013

♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah,cukup sebulan kita berpuasa..Harap-harap kita semua dapat lagi berjumpa Ramadhan yang akan datang..Semua duk sibuk dengan persiapan raya kan3 ? sama lar dengan kita..selepas siap semuanya,baru ada masa nak menaip..kesian laptop aku duk terbuka tanpa tuannya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri,minta maaf banyak-banyak dekat semua pembaca blog yang tak seberapa ni kalau ada terasa hati dengan post2 aku yer..ha,tu jela kot..mata da ngantuk,letih,lapar dan seangkatannya..hehe



# tahun yang kelima beraya tanpa aboh..sumpah,mood raya hilang..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...