SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Friday, 26 July 2013

♥ CUP CAKES / KEK COKLAT LEMBAB ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Hari tu,aku join satu program ni..namanya siri seminar peluang-peluang perniagaan dan lawatan sambil belajar anjuran kelab maya sahabat Ar-Rahnu (KELAB MASA) di Pusat Latihan IKS,Sepang Selangor..program ini khas untuk Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN)..Bukannya SOPAN SANTUN yer,aku lastik telinga sape kata gitu..aaiissshhh ~ dan aku sebenarnya salah seorang dari keluarga SANTUN tu,batch 7..bangga dan bersyukur sangat2 dapat jadi salah seorang daripadanya..SANTUN ni sebenarnya under Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM)..

Aku sebulat hati untuk memilih kluster kek dan pastri..macam-macam jenis kek dan roti yang aku belajar..seronok ! lepas balik dari program tu,kebetulan ada serbuk koko dalam almari dapur tu..apalagi,aku pun buat lar cup cakes dan mak,adik dan anak sedara aku yang kecik cakap sedap..kembang hidung kejap,hehe..ok, hari ini aku nak kongsikan dengan korang resepi tu..orang kata ilmu yang kita ada kena kongsi dengan orang lain jugak..yedok ?? ^_^

BAHAN A :
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

BAHAN B :
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan air panas

CARA-CARA :
-Gaul bahan A hingga rata..pastikan ketulan-ketulan kecil dihapuskan yer..
-Dalam bekas yang lain,pukul telur hingga kembang..pastu masukkan bersama dengan bahan A tadi..gaul,gaul dan gaul..
-Masukkan susu dan campurkan dalam bahan-bahan di atas..
-Bila semua da settle,masukkan minyak masak,gaul hingga sebati..lepas tu,masukkan air panas..
-Kalau korang nak buat cup cakes,masukkan ke dalam acuan cup cakes yang comel tu..kalau korang nak buat kek,masukkan ke dalam mould yang korang suka..sumenya atas cita rasa korang masing-masing..
-Bakar pada suhu 170 darjah celcius..da siap ~


 # Ni first time buat dengan keluarga SANTUN yang lain


# Lepas decorate comel-comel,kitorang jual kek ni kat bazar..sedap !


TOPPING KEK COKLAT MAOUSSE

BAHAN-BAHAN :
250g coklat masakan
300g whiping cream
50g mentega

CARA-CARA : 

1. Didihkan whiping cream

2. Tuang ke dalam coklat masakan yang di kiubkan bersama mentega. Kacau menggunakan whisk hingga cream dan coklat bersatu dan berkilat.

3. Biarkan sejuk sebelum di tuang ke atas kek.


                              
I
I
 I 
V






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

0 bunga dan kumbang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...