ASSALAMUALAIKUM
Sebulan yang lepas,keputusan UPU untuk lepasan matrikulasi,asasi,stpm dan diploma keluar..dan aku sebagai lepasan matrikulasi pun check lar UPU tuh..Alhamdulillah,dengan perasaan nervous masa check tuh,tiba-tiba pap ! Anda telah berjaya dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM PUNCAK ALAM,kos PEMULIHAN CARA KERJA..
Sebenarnya aku minat kos medik sebab cita-cita dulu nak jadi doktor..Bila tahu dapat tawaran kos tuh,entah..aku macam takde perasaan..sedih pun tidak,gembira pun tidak..Pointer aku masa matrik dulu 3.66 je..memang takde harapan lar nak amek medik,dalam mimpi jela..Memang aku mintak kos tuh tapi pilihan yang ke-6..Mujur lar aku tak dapat kos lelong ~
Lepas dapat tahu result tu,aku pun beritahu mak..Mak pulak gembira sebab dari dulu lagi mak harap aku sambung belajar dalam bidang tu..Mak kata kalu kerja Pemulihan Cara Kerja ni ikut office hour..Kalu kerja Medik tuh kena standby on call sokmo..Aku rasa mungkin Mak nak aku jaga adik bongsu lepas dia takde nanti..Adik bongsu aku sakit sendi,so 2 or 3 bulan sekali dia ada temu janji fisioterapi dan cara kerja..Oppss ! Lupa nak bagitahu..Sebenarnya masa aku lepasan SPM dulu,aku dapat tawaran kos tuh jugak..kos yang sama dan tempat pun sama..tapi lepas aku buat sembahyang istikarah , aku pergi matrik dan abaikan diploma tuh..Mungkin ada hikmahnya..Allah dah tetapkan rezeki aku dalam kos tuh..
Bila orang tanya dapat sambung kat mana ? aku pun jawab lar bla bla bla..amende pulok pemulihan cara kerja tuh ? Kerja kat pejabat ke ? Macam pelik je kos tuh..Hahaha !
Okey,meh aku beritahu..Mungkin ramai yang tak tahu pasal kos ni..Jurusan Pemulihan Carakerja ini termasuk dalam fakulti Sains Kesihatan bergandingan dengan Pemulihan Fizikal (fisioterapi), optometri, pengimejan perubatan, teknologi makmal perubatan, keselamatan persekitaran, nutrisi dan diet, kejururawatan, pemulihan pertuturan dan lain-lain.
Ianya merupakan gabungan antara sains dan kesihatan kiranya akan belajar pasal apa-apa yang berkait dengan kesihatan manusia lah ya. Selalunya msyarakat lebih mengenali doktor dan misi, kalau yang pemulihan ni,, fisiolah orang lebih kenal.
Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian (activities of daily living), produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti riadah (leisure).
Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedik, medikal, pediatrik, geriatrik dan psikiatrik. Ahli terapi carakarja perlu kreatif dan inovatif dalam mengadaptasikan setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam kehidupan.
PROSPEK KERJAYA TERAPI CARAKERJA
Pelatih yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Terapi Carakerja mempunyai pelbagai pilihan kerjaya sama ada dalam sektor perkhidmatan awam mahupun swasta. Antara organisasi yang memerlukan perkhidmatan terapi carakerja adalah seperti berikut:
o Hospital-hospital, klinik-klinik dan pusat kesihatan kerajaan dan swasta.
o Pusat Pemulihan orang kurang upaya.
o Sekolah Pendidikan Khas
o Pusat Pemulihan dalam Komuniti di seluruh Malaysia
o Pusat Rehabilitasi Badan bukan kerajaan
o Penjara
o Amalan Persendirian
# Bln 9 ini bermulalah kembali sebagai seorang penuntut ilmu..InsyaAllah,4 tahun akan datang bakal menjadi ahli therapist..
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥