ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah,dapatku harungi MDS dengan jayanya.yeahhh ! jangan nak seronok sangat zirah
yer,hehe..kalu kat uitm,minggu orientasi kami panggil Minggu Destini Siswa atau
singkatannya MDS..UiTM PALAM special sikit,MDS kami hanya 4 hari sahaja..start
hari ahad (1/9) baru ni sampai hari rabu (4/9)..kalu kat u lain ada yang 6
hari,7 hari..8 hari pun ada..ikut atas pihak atasan u tu lar kan..suka hati dia
lar nak buat brapa lama pun tapi yang seksanya ialah kami (siswa/siswi)..yedok ??
HARI
PERTAMA :
-Aku
sampai kat UiTM PALAM dalam kol 12 tgh hari sebab aku tolak dari rumah kak teh
dalam kol 10.30 pagi..Sampai-sampai je aku terus daftar kolej dengan member aku
dari Kelantan yang sama kos dengan aku sebab kami pakat nak duduk bilik sama..konon-konon
boleh lar study sama..ceh ! poyo,hahaha..selepas selesai daftar,aku terus
angkat barang-barang naik ke bilik..mujur lar ada kak teh dan kak cik aku
tolong angkat sama,kalu tak pengsan aku nak angkat barang banyak sangat..tu
lar,mari lagi daftar lewat..padan muka boleh rumah kat tingkat atas..kolej aku
macam apartment,ada 4 bilik,1 bilik air tapi ada 2 shower dan 2 tandas..satu
bilik 2 orang,so total 8 orang satu rumah..kira ok lar tuh biar tak seluas dan
sebaik macam kat matrik dulu tapi ada jugak tempat berteduh..
# HOUSEMATE BARU SEM 1..5 ORANG DAK FARMASI,2 DAK OT DAN SORANG DAK BUSINESS..MUKA SUCI MURNI SEBAB PAKAI CAMERA 360
MDS
start pukul 4 ptg,kami semua kena pergi ke RSU ( Ruang Solat Utama ) kat
Angsana..Solat Asar berjemaah pahtu sesi berkenalan dengan Pembantu Mahasiswa (
PM ) dan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )..Makan,Solat Maghrib dan Isya’
berjemaah..Lepas selesai solat,ada taklimat pasal pendaftaran fakulti,borang apa yang patut kena bawak esok..balik bilik
dalam pukul 12..
HARI
KEDUA :
-Kami
kena kumpul depan blok pkul 5.15 pagi..Tunggu budak lain turun,5.30 pagi baru
settle..PM disiplin bagi warning sebab tak tepati masa..Esok kena kumpul pukul
5.00 pagi..Aduh ! Lagi awal..Pergi RSU utk solat subuh berjemaah,berzikir dan nyanyian
Asmaul-Husna..Lepas tu,pergi makan pagi..Kumpul balik pahtu bergerak ke fakulti
untuk pendaftaran fakulti..Fakulti yang ada kat UiTM PALAM ni ada 4-Fakulti Health Science ,Fakulti Pharmacy,Fakulti Art and Design dan Fakulti Business
Management..ok,time ini sumpah letih..Nak pergi fakulti tu kena naik turun
tangga..Tangga ni bukan sebarang tangga okey ! semuanya ada dlm 200 anak tangga,macam kat tangga batu caves tu..turun bole tahan lagi tapi bila naik
tu,sempuk ! habis cabut skru-skru kaki,ketar weh kaki..
#TANGGA NI JUGAK DIKENALI SEBAGAI TANGGA KEJAYAAN..APA PENDAPAT HANGPA SUME ??
Lepas
selesai mendaftar fakulti barulah kami officially became student in UiTM
PALAM..Fuhhh,lega ! Settle sume borang-borang.. Kami naik balik tangga kejayaan
tuh sampai sempuk plus ketar lutut..Sampai kat khemah makan,sumenya terus isi
air dalam perut dahulu sebab pancit..haha ! Solat Zuhur berjemaah..Then,ada
ujian fardhu ain..Ni tanya pasal solat dan bagaimana ambik wudhu sebab diorang
nak kenal pasti budak muslim mana yang lemah dalam bab tersebut,nanti
bole lar nak bimbing dan perbetulkan balik..Bagi aku bagus lar ada program
macam ini,nanti kita bole perbetulkan apa yang kurang dalam solat kita supaya
solat kita sah..Lepas tu,solat Asar berjemaah..lepas selesai,sesi bermain games
dengan abang MPP,abang Hazree..Makan,solat Maghrib dan Isya’ berjemaah..Malam
ni pulak,kami diajarkan oleh abang MPP,abang jimmy lagu UiTM – UiTM
DIHATIKU,WAWASAN SETIA WARGA UiTM dan MINGGU DESTINI SISWA untuk dinyanyikan
masa taklimat esok dan majlis perasmian MDS nanti..Sebelum sesi taklimat dari
HEP,keselamatan dan lain-lain,kena nyanyi lagu tu okey..Al-maklumlah majlis
rasmi..
HARI
KETIGA :
-Seperti
yang disuruh oleh PM disiplin kena kumpul pukul 5.00..Tapi malangnya,ada jugak
budak yang turun lambat dalam 5.05..Terus abang Din dan Kak Diba tahan
diorang..Macam biasa lar,bermulalah sesi marah-marah..blablablablabla and then
abang Din suruh esok kumpul kol 4.30..Oh My God ! Ni giler,lagi awal..erm,redha
jela..orang lain yang lambat semuanya kena..Biasa lar,disiplin kan..Aku faham
perasaan abang dan akak PM tuh sebab aku pun jugak ada pengalaman jadi pembantu
pelajar masa budak matrik KMPh masuk tahun ni..AJK DISIPLIN okey ! orang kata sangat
sesuai dengan aku jawatan tu,kurang asam..Kalu budak turun lambat nanti program
yang seterusnya terbantut lar kan dan nak ajar budak tu biar disiplin sikit
dengan masa..Amboi,macam aku pulak jadi PM sini..ok,macam biasa solat Subuh
berjemaah,berzikir dan nyanyian Asmaul-Husna..Makan pagi,kumpul dan gerak ke
Fakulti Pharmacy,jumpa dan dating dengan tangga tu lagi..Hari ini penuh dengan
taklimat,so memang ngantuk..kalu tidur,abang dan akak PM amek gmbr buat video..jahat
permainan diorang..walaupun ngantuk masih lagi aku tahan tapi takde lar sampai
tersenguk-senguk..Makan,solat Zuhur berjemaah,taklimat,solat Asar berjemaah..Sesi
bermain games dengan abang MPP,makan,solat Maghrib dan Isya’ berjemaah..Lepas
tu sesi bermain games dengan kak sofea,MPP..Kami main karipap,lagu potong
lalang tu..Banyak games yang kami main tapi aku lupa apa ke bende namanya..Ha !
Kami kena cipta satu binatang dengan menggunakan straw dalam berkumpulan yang
besar dalam masa setengah jam..Group aku buat gajah dan group yang satu lagi
buat ziraffah..
# AKU TAK TAHU SPESIES APA GAJAH NI..AKU CUMA TOLONG SAMBUNGKAN STRAW SAHAJA..
# NAMPAK TAK KEGANGGUAN ABANG PM ? SUKA HATI DIA JE NAK HANCURKAN GAJAH KITORANG BUAT..
Disebabkan
kitorang enjoy the games dan sporting,tiba-tiba abang Din baik hati suruh
kumpul esok pukul 5 pagi balik..Terima kasih abang Din ! Lepas tu masuk bilik
tidur..
Last
Day :
-Kumpul
kol 5 pagi,kena pakai baju putih,kain hitam,kasut kulit hitam dan tudung UiTM
untuk siswi..mujur lar zaman sek menengah dulu aku join koir,ada jugak kain
hitam..mujur muat lagi,baju putih aku mintak dengan member sek aku yang masuk
form 6..Aku dulu pakai baju kuning sebab pengawas sek..Mana lar ada baju
putih..untuk siswa kena pakai baju kemeja putih,seluar slack hitam,kasut kulit
hitam dan tali leher UiTM..Pakaian ni sume kena pakai sebab ada majlis penutup
hari tu..Lepas tu,solat Subuh berjemaah,makan dan kumpul balik..Pergi ke
Fakulti Pharmacy untuk majlis perasmian MDS dan amanat Naib Canselor tgk kat screen live kat UiTM Shah Alam..kelas kau jah ! Sekali lagi dating dengan tangga tu
balik,kali ni kurang sikit sempuknya..hahaha ! Selesai dalam tengah hari..Abang
dan akak PM,MPP puas hati dengan nyanyian kitorang masa majlis penutup tu..Siap
kata batch kitorang ni awesome,super,duperb ! Kembang hidung sorang-sorang
# SATU FAKULTI DENGAN AKU,SCIENCE HEALTH..DARI DEPAN : MIRA (OT),FAS (OPTOMETRIS),ABAIKAN (OT) DAN RAIHANA (OT)
# HOUSEMATE BERSAMA DENGAN MPP,ABANG FARIS
Makan,naik
bilik salin pakaian sukan,turun ke RSU utk solat Zuhur berjemaah..Selesai
sume,PM bahagikan group utk program tanam menanam pokok..Turun balik ikut
tangga kejayaan tu buat kali kedua..Sampai je tempat parking kete,ada sesi demo
dulu..Group aku kena buat pembiakan pokok semula..Nampak je senang tapi nak ke
cabut pokok asal dari pasu tu hanya Allah je tahu macam mana perasaan
kami..kerjasama masa ni sangat-sangat penting !
# DARI YANG BESAR MENJADI KECIK..MACAM MANE TU ??
Ada
sesi penyampaian hadiah dan group aku hanya dapat saguhati je..takpe lar,biar
tak menang pun asalkan ilmu dan pengalaman tu penting..Abih gatal tangan aku
sebab main dengan tanah walaupun dah pakai gloves..Naik bilik,mandi,solat Asar
dalam bilik..Turun makan pahtu pergi ke RSU untuk solat Maghrib dan Isya’
berjemaah..Lepas tu bergerak ke Kolej Rafflesia untuk Malam Aspirasi Seni,macam
malam kebudayaan..Sume akak dan abang MPP dari UiTM PALAM,PERDANA DAN SHAH ALAM
datang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut..cewaaahhh ! hahaha..Persembahan
dari abang dan akak PM,persembahan dari pelajar baru pun ada..tayangan video
sepanjang MDS,tangkap gambar ikut fakulti dan tamat riwayat MDS..hohohoho !
# AKAK PM YANG SPORTING !
#
MDS terbaik..akak dan abang MPP dan PM UiTM PALAM awesome ! UiTM DIHATIKU ~
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥