SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Wednesday, 13 November 2013

♥ PUASA HARI ASYURA' ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

PUASA HARI ASYURA'

ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﺎ، ﻗﺎﻟﺖ: ﻛﺎﻧﺖ ﻗﺮﻳﺶ ﺗﺼﻮﻡ ﻋﺎﺷﻮﺭاء ﻓﻲ اﻟﺠﺎﻫﻠﻴﺔ، ﻭﻛﺎﻥ ﺭﺳﻮل اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﺼﻮﻣﻪ، ﻓﻠﻤﺎ ﻫﺎﺟﺮ ﺇﻟﻰ اﻟﻤﺪﻳﻨﺔ، ﺻﺎﻣﻪ ﻭﺃﻣﺮ ﺑﺼﻴﺎﻣﻪ، ﻓﻠﻤﺎ ﻓﺮﺽ ﺷﻬﺮ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻗﺎﻝ: «ﻣﻦ ﺷﺎء ﺻﺎﻣﻪ ﻭﻣﻦ ﺷﺎء ﺗﺮﻛﻪ»
Daripada Aisyah RH berkata: adalah orang quraisy berpuasa hari Asyura' pada zaman Jahiliah dan adalah rasulullah saw berpuasa juga. Dan apabila hijrah ke madinah baginda terus berpuasa dan menyuruh kami berpuasa hari asyura'. Apabila difardukan ramadan, baginda bersabda: barangsiapa ingin puasa asyura atau pun tidak dipersilakan. HR Muslim.

ﻋﻦ ﻣﻌﺎﻭﻳﺔ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺳﻔﻴﺎﻥ ﺳﻤﻌﺖ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ - ﻟﻬﺬا اﻟﻴﻮﻡ - «ﻫﺬا ﻳﻮﻡ ﻋﺎﺷﻮﺭاء، ﻭﻟﻢ ﻳﻜﺘﺐ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﺻﻴﺎﻣﻪ، ﻭﺃﻧﺎ ﺻﺎﺋﻢ، ﻓﻤﻦ ﺃﺣﺐ ﻣﻨﻜﻢ ﺃﻥ ﻳﺼﻮﻡ ﻓﻠﻴﺼﻢ، ﻭﻣﻦ ﺃﺣﺐ ﺃﻥ ﻳﻔﻄﺮ ﻓﻠﻴﻔﻄﺮ»
Daripada muawiyah bin sufyan RH aku mendengar rasulullah saw bersabda pada hari ini (hari asyura): hari ini adalah hari asyura, Allah tidak mewajibkan puasa pada hari ini tetapi aku berpuasa pada hari ini. barangsiapa ingin puasa asyura, puasalah. Barangsiapa yg tidak berhasrat utk puasa dipersilakan. HR Muslim.

عن ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ، قاﻝ: ﺣﻴﻦ ﺻﺎﻡ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻮﻡ ﻋﺎﺷﻮﺭاء ﻭﺃﻣﺮ ﺑﺼﻴﺎﻣﻪ ﻗﺎﻟﻮا: ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺇﻧﻪ ﻳﻮﻡ ﺗﻌﻈﻤﻪ اﻟﻴﻬﻮﺩ ﻭاﻟﻨﺼﺎﺭﻯ ﻓﻘﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: «ﻓﺈﺫا ﻛﺎﻥ اﻟﻌﺎﻡ اﻟﻤﻘﺒﻞ ﺇﻥ ﺷﺎء اﻟﻠﻪ ﺻﻤﻨﺎ اﻟﻴﻮﻡ اﻟﺘﺎﺳﻊ» ﻗﺎﻝ: ﻓﻠﻢ ﻳﺄﺕ اﻟﻌﺎﻡ اﻟﻤﻘﺒﻞ، ﺣﺘﻰ ﺗﻮﻓﻲ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ.
Daripada ibnu Abbas RH berkata: tatkala rasulullah saw berpuasa dan menyuruh kami berpuasa hari asyura' lalu baginda diberitahu bahawa hari asyura adalah hari yang diagungkan oleh yahudi & kristian. Baginda bersabda: jika datang tahun depan kita akan puasa pada 9 (& 10) muharam. Belum sampai tahun depan rasulullah saw pun wafat. HR Muslim

ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻗَﺘَﺎﺩَﺓَ، ﺃَﻥَّ اﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ اﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ: «ﺻِﻴَﺎﻡُ ﻳَﻮْﻡِ ﻋَﺎﺷُﻮﺭَاءَ، ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺣْﺘَﺴِﺐُ ﻋَﻠَﻰ اﻟﻠَّﻪِ ﺃَﻥْ ﻳُﻜَﻔِّﺮَ اﻟﺴَّﻨَﺔَ اﻟَّﺘِﻲ ﻗَﺒْﻠَﻪُ»
Daripada Abi qatadah RH sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: puasa hari asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya. HR Termizi.

Berdasarkan hadis2 yg sahih di atas menunjukkan kpd kita bahawa puasa asyura pada awal islam ianya diwajibkan sehinggalah difardukan ramadan... selepas itu ianya menjadi suatu amalan sunat yg diamalkan oleh nabi dan diberi pilihan kpd sahabat utk diamalkan atau tidak. Ada pun fadilatnya bagi yg berpuasa akan dihapuskan dosa2nya setahun sebelumnya dan ianya amalan yg tidak pernah ditinggalkn oleh nabi saw sehingga baginda wafat. Hasrat baginda ingin berpuasa pada 9 & 10 muharam utk mukholafah (tidak menyerupai) yahudi & kristian. Wallahu a'lam..

Selamat berpuasa hari Asyura' pada Rabu & Khamis, 13 & 14 Nov ini. semoga dihapuskan sgl dosa2 kita setahun yg lepas.

SUMBER


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ BENDA YANG PALING SUSAH NAK JAGA --> HATI ORANG ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Susah kan nak jaga hati orang ? kalau buat macam ni takut orang tu terasa hati dengan kita, kalu buat macam ni takut dia marah..Kadang-kadang aku terfikir , "pernah ke orang tu pikir nak jaga hati kita macam mana kita jaga hati dia,tak nak dia marah dan terasa hati dengan tindakan kita"..Tu lar dilema yang aku hadapi dalam hidup ni..Mungkin aku ni terlalu sangat kot menjaga hati orang kadang-kadang diri sendiri yang sakit hati..Tapi kalu kita pikirkan hati kita je takut hubungan kita dengan orang tu renggang..Lepas tu gaduh dan gaduh..Tu lagi buat hati kita sakit bahkan jiwa pun sakit,hehe..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...