SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Thursday, 27 February 2014

♥ PUDING TRIFLE @ PUDING TRIPLE ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA

Kali ini, I nak share dengan U alls resepi puding trifle @ puding triple *gedik* (gaya mintak pelempang)..Sebab apa puding ni nama triple ? Sebabnya ada 3 lapisan.First time aku buat puding trifle masa sem break baru-baru ni..Lepas tengok kawan aku buat time reunion aritu tergerak lar hati nak try jugak buat kat rumah..Puding ni senang saja,penjam mata siap..cewahhh ! ni semua bohoonnngg ! kih3

Bahan-Bahan:
- 1 buku kek pandan / kek gulung / swiss roll yang kecik2 tu / kek kesukaan anda
- 1 tin susu cair
- 1 tin besar buah campur
- 4 sudu besar tepung kastard
- 4 sudu besar gula
- 1 kotak jelly ( jenama nona atau ikut lar jenama apa pun,tak kisah )

Cara-Cara:
1) Asingkan buah campur atau koktail dan airnya..jangan buang air koktail tu sebab nak guna nanti.
2) Potong kek pandan/kek gulung dan seangkatan dengannya tu dalam 1cm macam tu.Lepas tu,susun kek tersebut dalam bekas dengan cantik..pastikan jangan ada lubang yang mengintai okey,hehe

3) Air koktail tadi tu campurkan sekali dengan tepung kastard,susu cair dan gula.Kacau seketika biar sebati sampai tiada tepung kastard yang berketul-ketul  ..

4) Tuang  ke dalamnya periuk dan masak atas api sederhana.Kacau sampai pekat dan sebati.
5) Lepas itu,tuang ke atas lapisan kek tadi.
6) Biar sejuk sedikit kastard tadi. Bila dah agak sejuk dan kastard mula mengeras,bolehlah letak lapisan jelly pulak..(untuk bancuhan jelly,baca cara-caranya kat belakang kotak jelly tu)

7) Lastly,letak koktail sebagai  hiasan atas lapisan jelly tu..Simpan dalam peti,sedap kalau makan sejuk-sejuk..perghhhh ! hehe

# MAAF,NI BUKAN PUDING AKU BUAT,AKU CURI KAT MR GOGGLE IMAGES TAPI AKU NAK TUNJUK MACAM NI LAR GAYANYA PUDING TRIPLE TU.HEHE..KALU NAK TENGOK PUDING BUATANKU BOLEH TENGOK KAT INSTAGRAM I OKEY ^_-


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

0 bunga dan kumbang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...