SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Saturday 7 September 2013

♥ MINGGU DESTINI SISWA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah,dapatku harungi MDS dengan jayanya.yeahhh ! jangan nak seronok sangat zirah yer,hehe..kalu kat uitm,minggu orientasi kami panggil Minggu Destini Siswa atau singkatannya MDS..UiTM PALAM special sikit,MDS kami hanya 4 hari sahaja..start hari ahad (1/9) baru ni sampai hari rabu (4/9)..kalu kat u lain ada yang 6 hari,7 hari..8 hari pun ada..ikut atas pihak atasan u tu lar kan..suka hati dia lar nak buat brapa lama pun tapi yang seksanya ialah kami (siswa/siswi)..yedok ??

HARI PERTAMA :



-Aku sampai kat UiTM PALAM dalam kol 12 tgh hari sebab aku tolak dari rumah kak teh dalam kol 10.30 pagi..Sampai-sampai je aku terus daftar kolej dengan member aku dari Kelantan yang sama kos dengan aku sebab kami pakat nak duduk bilik sama..konon-konon boleh lar study sama..ceh ! poyo,hahaha..selepas selesai daftar,aku terus angkat barang-barang naik ke bilik..mujur lar ada kak teh dan kak cik aku tolong angkat sama,kalu tak pengsan aku nak angkat barang banyak sangat..tu lar,mari lagi daftar lewat..padan muka boleh rumah kat tingkat atas..kolej aku macam apartment,ada 4 bilik,1 bilik air tapi ada 2 shower dan 2 tandas..satu bilik 2 orang,so total 8 orang satu rumah..kira ok lar tuh biar tak seluas dan sebaik macam kat matrik dulu tapi ada jugak tempat berteduh..

# HOUSEMATE BARU SEM 1..5 ORANG DAK FARMASI,2 DAK OT DAN SORANG DAK BUSINESS..MUKA SUCI MURNI SEBAB PAKAI CAMERA 360

MDS start pukul 4 ptg,kami semua kena pergi ke RSU ( Ruang Solat Utama ) kat Angsana..Solat Asar berjemaah pahtu sesi berkenalan dengan Pembantu Mahasiswa ( PM ) dan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )..Makan,Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah..Lepas selesai solat,ada taklimat pasal pendaftaran fakulti,borang apa yang patut kena bawak esok..balik bilik dalam pukul 12..

HARI KEDUA :
-Kami kena kumpul depan blok pkul 5.15 pagi..Tunggu budak lain turun,5.30 pagi baru settle..PM disiplin bagi warning sebab tak tepati masa..Esok kena kumpul pukul 5.00 pagi..Aduh ! Lagi awal..Pergi RSU utk solat subuh berjemaah,berzikir dan nyanyian Asmaul-Husna..Lepas tu,pergi makan pagi..Kumpul balik pahtu bergerak ke fakulti untuk pendaftaran fakulti..Fakulti yang ada kat UiTM PALAM ni ada 4-Fakulti Health Science ,Fakulti Pharmacy,Fakulti Art and Design dan Fakulti Business Management..ok,time ini sumpah letih..Nak pergi fakulti tu kena naik turun tangga..Tangga ni bukan sebarang tangga okey ! semuanya ada dlm 200 anak tangga,macam kat tangga batu caves tu..turun bole tahan lagi tapi bila naik tu,sempuk ! habis cabut skru-skru kaki,ketar weh kaki..

#TANGGA NI JUGAK DIKENALI SEBAGAI TANGGA KEJAYAAN..APA PENDAPAT HANGPA SUME ?? 

Lepas selesai mendaftar fakulti barulah kami officially became student in UiTM PALAM..Fuhhh,lega ! Settle sume borang-borang.. Kami naik balik tangga kejayaan tuh sampai sempuk plus ketar lutut..Sampai kat khemah makan,sumenya terus isi air dalam perut dahulu sebab pancit..haha ! Solat Zuhur berjemaah..Then,ada ujian fardhu ain..Ni tanya pasal solat dan bagaimana ambik wudhu sebab diorang nak kenal pasti budak muslim mana yang lemah dalam bab tersebut,nanti bole lar nak bimbing dan perbetulkan balik..Bagi aku bagus lar ada program macam ini,nanti kita bole perbetulkan apa yang kurang dalam solat kita supaya solat kita sah..Lepas tu,solat Asar berjemaah..lepas selesai,sesi bermain games dengan abang MPP,abang Hazree..Makan,solat Maghrib dan Isya’ berjemaah..Malam ni pulak,kami diajarkan oleh abang MPP,abang jimmy lagu UiTM – UiTM DIHATIKU,WAWASAN SETIA WARGA UiTM dan MINGGU DESTINI SISWA untuk dinyanyikan masa taklimat esok dan majlis perasmian MDS nanti..Sebelum sesi taklimat dari HEP,keselamatan dan lain-lain,kena nyanyi lagu tu okey..Al-maklumlah majlis rasmi..

HARI KETIGA :
-Seperti yang disuruh oleh PM disiplin kena kumpul pukul 5.00..Tapi malangnya,ada jugak budak yang turun lambat dalam 5.05..Terus abang Din dan Kak Diba tahan diorang..Macam biasa lar,bermulalah sesi marah-marah..blablablablabla and then abang Din suruh esok kumpul kol 4.30..Oh My God ! Ni giler,lagi awal..erm,redha jela..orang lain yang lambat semuanya kena..Biasa lar,disiplin kan..Aku faham perasaan abang dan akak PM tuh sebab aku pun jugak ada pengalaman jadi pembantu pelajar masa budak matrik KMPh masuk tahun ni..AJK DISIPLIN okey ! orang kata sangat sesuai dengan aku jawatan tu,kurang asam..Kalu budak turun lambat nanti program yang seterusnya terbantut lar kan dan nak ajar budak tu biar disiplin sikit dengan masa..Amboi,macam aku pulak jadi PM sini..ok,macam biasa solat Subuh berjemaah,berzikir dan nyanyian Asmaul-Husna..Makan pagi,kumpul dan gerak ke Fakulti Pharmacy,jumpa dan dating dengan tangga tu lagi..Hari ini penuh dengan taklimat,so memang ngantuk..kalu tidur,abang dan akak PM amek gmbr buat video..jahat permainan diorang..walaupun ngantuk masih lagi aku tahan tapi takde lar sampai tersenguk-senguk..Makan,solat Zuhur berjemaah,taklimat,solat Asar berjemaah..Sesi bermain games dengan abang MPP,makan,solat Maghrib dan Isya’ berjemaah..Lepas tu sesi bermain games dengan kak sofea,MPP..Kami main karipap,lagu potong lalang tu..Banyak games yang kami main tapi aku lupa apa ke bende namanya..Ha ! Kami kena cipta satu binatang dengan menggunakan straw dalam berkumpulan yang besar dalam masa setengah jam..Group aku buat gajah dan group yang satu lagi buat ziraffah..

# AKU TAK TAHU SPESIES APA GAJAH NI..AKU CUMA TOLONG SAMBUNGKAN STRAW SAHAJA..

 # NAMPAK TAK KEGANGGUAN ABANG PM ? SUKA HATI DIA JE NAK HANCURKAN GAJAH KITORANG BUAT..

Disebabkan kitorang enjoy the games dan sporting,tiba-tiba abang Din baik hati suruh kumpul esok pukul 5 pagi balik..Terima kasih abang Din ! Lepas tu masuk bilik tidur..

Last Day :
-Kumpul kol 5 pagi,kena pakai baju putih,kain hitam,kasut kulit hitam dan tudung UiTM untuk siswi..mujur lar zaman sek menengah dulu aku join koir,ada jugak kain hitam..mujur muat lagi,baju putih aku mintak dengan member sek aku yang masuk form 6..Aku dulu pakai baju kuning sebab pengawas sek..Mana lar ada baju putih..untuk siswa kena pakai baju kemeja putih,seluar slack hitam,kasut kulit hitam dan tali leher UiTM..Pakaian ni sume kena pakai sebab ada majlis penutup hari tu..Lepas tu,solat Subuh berjemaah,makan dan kumpul balik..Pergi ke Fakulti Pharmacy untuk majlis perasmian MDS dan amanat Naib Canselor tgk kat screen live kat UiTM Shah Alam..kelas kau jah ! Sekali lagi dating dengan tangga tu balik,kali ni kurang sikit sempuknya..hahaha ! Selesai dalam tengah hari..Abang dan akak PM,MPP puas hati dengan nyanyian kitorang masa majlis penutup tu..Siap kata batch kitorang ni awesome,super,duperb ! Kembang hidung sorang-sorang

 # SATU FAKULTI DENGAN AKU,SCIENCE HEALTH..DARI DEPAN : MIRA (OT),FAS (OPTOMETRIS),ABAIKAN (OT) DAN RAIHANA (OT)

# HOUSEMATE BERSAMA DENGAN MPP,ABANG FARIS

Makan,naik bilik salin pakaian sukan,turun ke RSU utk solat Zuhur berjemaah..Selesai sume,PM bahagikan group utk program tanam menanam pokok..Turun balik ikut tangga kejayaan tu buat kali kedua..Sampai je tempat parking kete,ada sesi demo dulu..Group aku kena buat pembiakan pokok semula..Nampak je senang tapi nak ke cabut pokok asal dari pasu tu hanya Allah je tahu macam mana perasaan kami..kerjasama masa ni sangat-sangat penting !

# DARI YANG BESAR MENJADI KECIK..MACAM MANE TU ??

Ada sesi penyampaian hadiah dan group aku hanya dapat saguhati je..takpe lar,biar tak menang pun asalkan ilmu dan pengalaman tu penting..Abih gatal tangan aku sebab main dengan tanah walaupun dah pakai gloves..Naik bilik,mandi,solat Asar dalam bilik..Turun makan pahtu pergi ke RSU untuk solat Maghrib dan Isya’ berjemaah..Lepas tu bergerak ke Kolej Rafflesia untuk Malam Aspirasi Seni,macam malam kebudayaan..Sume akak dan abang MPP dari UiTM PALAM,PERDANA DAN SHAH ALAM datang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut..cewaaahhh ! hahaha..Persembahan dari abang dan akak PM,persembahan dari pelajar baru pun ada..tayangan video sepanjang MDS,tangkap gambar ikut fakulti dan tamat riwayat MDS..hohohoho !

# AKAK PM YANG SPORTING !


# MDS terbaik..akak dan abang MPP dan PM UiTM PALAM awesome ! UiTM DIHATIKU ~


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

9 bunga dan kumbang:

Alya Natasha said...

bestnya dapat sambung kat palam. dulu sy asasi palam. skrg sambung degree kt shah alam. memang tersangat2 rindu dengan apartment palam... -.-'
all the best in ur life ya :)

Luqman Zakaria said...

selamat belajar :P hehe.

salam dari arepnakbebel.com

Z said...

@Alya Natasha owh..PALAM sangat2 ok..you too,gud luck ! :)

Z said...

@luqman zakaria tq ! :)

Unknown said...

Nak tnye..Bagi yg bertudung labuh, ada cara lain ke nak pakai tudung uitm tu kak? Tq..

Z said...

@Fakhriah Abu Bakar ada je..awk pakai je tudung labuh awk biasa pakai tu and then tdung uitm tu awak buat mcm selempang kat leher awk..kalu awk perasan gmbr akak bersama dgn mpp tu, ad sorang housemate akak yg x pakai tdung uitm tp pakai tdung biasa and selempang kat leher dia je..mcm tu

TheSilent// ® said...

Bg yg bertudung labuh, mcm akak kata selempang kat leher kann, Tp xkena marah ke apa ka kalau tak pakai tudung uitm tuu? Hehee

Z said...

@TheSilent// ® insyaAllah xde..

Unknown said...

Saya akan sambung belajar untuk kos senibina di palam. Katanya fakulti untuk senibina tu fakulti baru. Tak sabar rasanya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...