SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Friday, 22 August 2014

♥ KEK RED VELVET YANG SEDAP DAN GEBU ♥

Views

   
    Siapa tak pernah makan atau tengok kek red velvet/ cupcakes red velvet ke ? Haaa, konfem tipu 200% ! hahaha..Ok, harini aku nak share resepi kek red velvet..Senang sikit lepas ni kalu aku mengidam nak makan kek ni ke boleh je refer kat blog aku tgk resepinya..Aku pernah try buat dan alhamdulillah boleh dikira berjaya dan memang sedap dan gebu pun kek red velvet nih..Tak rugi kalu korang try..ni aku copy and paste dari myresepi.com (kalu tak silap lar)


BAHAN-BAHAN :

BAHAN A - SATUKAN DALAM SATU BEKAS DAN KETEPIKAN

  • 240 ml susu cair / susu sejat 
  • 2 sudu teh cuka
  • 4 sudu teh pewarna merah
BAHAN B - AYAK SEMUA TEPUNG
  • 250 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
BAHAN C
  • 150 gm mentega (lembutkan)
  • 280 gm gula castor ( aku letak 250 gm, kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman..hahaha )
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telr gred B
BAHAN D
  • 2 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA :
  1. Panaskan oven lebih kurang 15 minit pada suhu 160C.
  2. Pukul mentega, gula castor dan esen vanilla hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
  4. Masukkan Bahan A dan Bahan B secara berselang-seli. Pukul hingga sebati semua bahan.
  5. Dalam bekas lain, masukkan Bahan D dan tunggu bunyi berdesing hilang (dalam 1 saat) dan masukkan Bahan D ni ke dalam adunan tadi dan pukul hingga sebati.
  6. Masukkan adunan tadi dalam loyang kesukaan korang yang telah dileser dengan mentega.




  7. Bakar dalam suhu 160C. Guna api atas bawah dalam 50 minit atau sehingga kek masak. ( nak tahu kek kita masak ke tak, amek lidi sate tuh cucuk ke dalam kek tu..Kalau ada terlekat kat lidi sate tuh maknanya kek belum masak..Kalau takde pape yang terlekat kat lidi sate kita tu maknanya kita dah masak..Yeayyy !


Untuk krimnya, boleh buat adunan krim cheese meleleh dan parutkan cheddar cheese di atasnya okey.

KRIM MELELEH -  2 BAHAN DI BAWAH NI PUTAR SEHINGGA KEMBANG DAN LICIN
  • 250 gm cream cheese
  • 1 tun susu pekat 

  • keju cheddar (untuk hiasan)
CARA-CARA :
  1. Kek yang telah masak tadi sejukkan dahulu kemudian di belah bahagian tengahnya dengan berhati-hati.
  2. Tuangkan separuh krim di bahagian tengah dan lapikkan dengan sebahagian kek lagi.
  3. Tuangkan sehingga habis semua krim.
  4. Keju cheddar : parutkan di atas krim tadi..Lagi banyak lagi mantap !


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Friday, 15 August 2014

♥ PANCAKES MUDAH ♥

Views
 
    Lama tak share resepi dengan korang..Haritu rasa macam nak makan pancakes, lepas tu godek punya godek dalam en goggle terjumpa lar satu resepi pancakes yang sangat mudah dan sedap..hehe, aku rasa korang pun boleh buat jugak..kacang je nih

Okey, let's us do it !

BAHAN-BAHAN :
  • Tepung Gandum 1 cawan
  • Baking Powder 1 sudu kecik
  • Telur 1 biji
  • Gula 2 sudu
  • Susu Segar 1 cawan (zirah guna susu debu lps tuh bancuh buat mcm susu minum tu)
CARA-CARA :
  1. Asingkan kuning telur dan putih telur.
  2. Pukul putih telur sampai kembang. Guna garfu pun bole utk pukul putih telur tu.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan baking powder. Gaulkan biar sebati.
  4. Masukkan kuning telur, gula dan susu dalam bekas lain. Kacau sebati, lepas tu masukkan ke dalam bekas tepung gandum dan baking powder tu tadi. Jangan lupa tapis adunan ni sebab takut ada ketul-ketul nanti. Dan kacau.
  5. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi dengan cara kaup balik. Okey dah siap tepung pancakes kita !
  6. Korang senduklah tepung tadi lepas tu tuang ke dalam kuali non stick tanpa minyak tau. Nak kurangkan pengambilan makanan berminyak, hikhikhik. Aku guna kuali yang kecik comel tu, goreng telur dalam tu pun boleh. Senang kan.
  7. Bila nampak macam gelembung-gelembung buih atas pancakes tu boleh la terbalikkan pancakes tu.
  8. Lepas rasa dah masak, angkat lerrr. JANGAN SAMPAI HANGUS PULAK KORANG. Korang boleh la makan bersama dengan ais-krim ke, susu pekat ke, madu ke atau apa-apa ikut kegemaran korang.


# Ini lar rupa pancakes aku buat dimakan bersama dengan susu pekat. Sedap bak hang, anak sedara aku cakap ini lempeng nyior (kelapa). hahaha


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday, 13 August 2014

♥ CONGRATULATION AND WELCOME TO UITM PUNCAK ALAM ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

    Salam. Sekarang nih tengah hot dengan keputusan UPU, penuh di timeline facebook aku post tentang tawaran Universiti dan kos yang bakal dipelajari..  Tahniah diucapkan kepada yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.
Kepada yang tidak mendapat sebarang tawaran, jangan merasa sedih dan kecewa, kerana mungkin Allah dah aturkan yang sebaiknya dan jangan lupa untuk buat rayuan.
tahniah dan syabas sekali lagi.

    Kpd yg dapat UiTm Shah Alam/ Puncak Alam / Puncak Perdana boleh join group ni okey. Group ni dibuat kalau ada masalah tentang pendaftaran ke, borang2 yang kena isi ke, nak cari kawan yang sama kos pun boleh.. Memang tak rugi kalu join adik-adik..*KLIK LINK BAWAH NIH


    Sebelum tu, ada tak yang dapat sambung Uitm Puncak Alam ? Welcome to Uitm Puncak Palam..Kalau ada, jumpa di pendaftaran okey..InsyaAllah, ada muka nih jaga pendaftaran..Kalu kenal, tegur-tegur lar deh..hikhikhik

    Ada yang dapat tawaran Bachelor Of Occupational Therapy tak ? Hello junior *lambai-lambai sikit*..Welcome to our OT's Family ! Nanti kita jumpa masa orientasi antara batch korang dgn batch aku..Jaga-jaga, hakak disiplin nih sentiasa mengawasi tingkah laku korang nanti, hahaha..Good Luck guys in OT world !

 KEEP CALM AND LOVE OCCUPATIONAL THERAPY 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Friday, 8 August 2014

♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM 

   Apa khabar semua ? Sihat ke ? Alhamdulillah, harini dapat jugak nak menaip dekat blog tersayang..eh eh eh, tersayang ape ke bendanya lama giler idok post new entry..Maaf ibuk bapak, haritu netbook I punah jahanam..Al-maklum lar netbook 1Malaysia..tak dapat I nak bukak blog apatah nak buat assignment..Tergaru-garu kepala fikir jalan penyelesaian macam mana nak siapkan assignment bertengkek-tengkek tu..Nak ke tak nak terpaksa buat muka tebal nak pinjam laptop roommate / housemate sementara tunggu beli laptop baru..Rasa macam segan pulak nak cakap, "nak pinjam laptop mung boleh tak sebab nak buat assignment..laptop aku rosak lar" sebab takut diorang nak guna ke hape ke..Last-last terpaksa bagitahu Kak Ngah mintak tolong carikan laptop baru satu,senang nak buat kerja..Kena korek tabung cari duit nak beli laptop baru + kngah derma duit sedikit buat tampung..hehehe, arigato Kak Ngah..Saranghae  

   Dah hilang reda marah ke belum ? Hehehe, tak baik marah-marah di bulan Syawal nih..Meh kita bermaaf-maafan yer..Ok, Saya pemilik blog Zierah Hasan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin sekiranya ada menguris hati pembaca sekalian sepanjang membaca blog nih dari hujung rambut hingga hujung kaki..Doakan saya berjaya di dunia & akhirat, dipermudahkan segala urusan, dirahmati olehNya yer..Belum terlambat lagi kan ? hehe









♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...