Lama tak share resepi dengan korang..Haritu rasa macam nak makan pancakes, lepas tu godek punya godek dalam en goggle terjumpa lar satu resepi pancakes yang sangat mudah dan sedap..hehe, aku rasa korang pun boleh buat jugak..kacang je nih
Okey, let's us do it !
BAHAN-BAHAN :
- Tepung Gandum 1 cawan
- Baking Powder 1 sudu kecik
- Telur 1 biji
- Gula 2 sudu
- Susu Segar 1 cawan (zirah guna susu debu lps tuh bancuh buat mcm susu minum tu)
CARA-CARA :
- Asingkan kuning telur dan putih telur.
- Pukul putih telur sampai kembang. Guna garfu pun bole utk pukul putih telur tu.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan baking powder. Gaulkan biar sebati.
- Masukkan kuning telur, gula dan susu dalam bekas lain. Kacau sebati, lepas tu masukkan ke dalam bekas tepung gandum dan baking powder tu tadi. Jangan lupa tapis adunan ni sebab takut ada ketul-ketul nanti. Dan kacau.
- Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi dengan cara kaup balik. Okey dah siap tepung pancakes kita !
- Korang senduklah tepung tadi lepas tu tuang ke dalam kuali non stick tanpa minyak tau. Nak kurangkan pengambilan makanan berminyak, hikhikhik. Aku guna kuali yang kecik comel tu, goreng telur dalam tu pun boleh. Senang kan.
- Bila nampak macam gelembung-gelembung buih atas pancakes tu boleh la terbalikkan pancakes tu.
- Lepas rasa dah masak, angkat lerrr. JANGAN SAMPAI HANGUS PULAK KORANG. Korang boleh la makan bersama dengan ais-krim ke, susu pekat ke, madu ke atau apa-apa ikut kegemaran korang.
# Ini lar rupa pancakes aku buat dimakan bersama dengan susu pekat. Sedap bak hang, anak sedara aku cakap ini lempeng nyior (kelapa). hahaha
0 bunga dan kumbang: