SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Friday 22 August 2014

♥ KEK RED VELVET YANG SEDAP DAN GEBU ♥

Views

   
    Siapa tak pernah makan atau tengok kek red velvet/ cupcakes red velvet ke ? Haaa, konfem tipu 200% ! hahaha..Ok, harini aku nak share resepi kek red velvet..Senang sikit lepas ni kalu aku mengidam nak makan kek ni ke boleh je refer kat blog aku tgk resepinya..Aku pernah try buat dan alhamdulillah boleh dikira berjaya dan memang sedap dan gebu pun kek red velvet nih..Tak rugi kalu korang try..ni aku copy and paste dari myresepi.com (kalu tak silap lar)


BAHAN-BAHAN :

BAHAN A - SATUKAN DALAM SATU BEKAS DAN KETEPIKAN

  • 240 ml susu cair / susu sejat 
  • 2 sudu teh cuka
  • 4 sudu teh pewarna merah
BAHAN B - AYAK SEMUA TEPUNG
  • 250 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
BAHAN C
  • 150 gm mentega (lembutkan)
  • 280 gm gula castor ( aku letak 250 gm, kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman..hahaha )
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telr gred B
BAHAN D
  • 2 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA :
  1. Panaskan oven lebih kurang 15 minit pada suhu 160C.
  2. Pukul mentega, gula castor dan esen vanilla hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
  4. Masukkan Bahan A dan Bahan B secara berselang-seli. Pukul hingga sebati semua bahan.
  5. Dalam bekas lain, masukkan Bahan D dan tunggu bunyi berdesing hilang (dalam 1 saat) dan masukkan Bahan D ni ke dalam adunan tadi dan pukul hingga sebati.
  6. Masukkan adunan tadi dalam loyang kesukaan korang yang telah dileser dengan mentega.




  7. Bakar dalam suhu 160C. Guna api atas bawah dalam 50 minit atau sehingga kek masak. ( nak tahu kek kita masak ke tak, amek lidi sate tuh cucuk ke dalam kek tu..Kalau ada terlekat kat lidi sate tuh maknanya kek belum masak..Kalau takde pape yang terlekat kat lidi sate kita tu maknanya kita dah masak..Yeayyy !


Untuk krimnya, boleh buat adunan krim cheese meleleh dan parutkan cheddar cheese di atasnya okey.

KRIM MELELEH -  2 BAHAN DI BAWAH NI PUTAR SEHINGGA KEMBANG DAN LICIN
  • 250 gm cream cheese
  • 1 tun susu pekat 

  • keju cheddar (untuk hiasan)
CARA-CARA :
  1. Kek yang telah masak tadi sejukkan dahulu kemudian di belah bahagian tengahnya dengan berhati-hati.
  2. Tuangkan separuh krim di bahagian tengah dan lapikkan dengan sebahagian kek lagi.
  3. Tuangkan sehingga habis semua krim.
  4. Keju cheddar : parutkan di atas krim tadi..Lagi banyak lagi mantap !


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

0 bunga dan kumbang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...