SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Tuesday 6 March 2012

♥ GENAP 3 TAHUN TANPA KASIH SAYANG SEORANG AYAH ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM


7/3/2009..hari ini 7/3/2012,genap 3 tahun arwah aboh meninggalkan kami sekeluarga..walaupun aboh Zierah tiada lagi di dunia ini,namun Zierah dapat rasakan kehadirannya di rumah Zierah..dapat rasakan kewujudannya di sini walaupun pada hakikatnya beliau sudah tiada..setiap masa,setiap saat,setiap detik Zierah selalu rindukannya..rindu sangat-sangat!! rindu nak tengok mukanya,rindu senyumannya..rindu segala-galanya!

Zierah ingat lagi hari di mana Zierah kehilangan seorang ayah..ingat sampai bila-bila..masa tuh Zierah form 3 dan hari tuh hari sabtu..macam biasa,rutin harian aboh ialah hantar kak long pergi hantar kerja..masa tuh ayah da pencen..pagi tu,Zierah bangun awal sebab ada kelas tambahan,subjek pendidikan islam pada pukul 8.00 pagi dan kebetulan kat sekolah Zierah mengadakan mesyuarat agung PIBG..Aboh Zierah da janji nak pergi ke sekolah..Zierah tunggu kedatangan aboh di sekolah..

dalam pukul 9.12 pagi,hati Zierah rasa debar tiba-tiba..Zierah asyik-asyik tengok jam dinding di kelas..tumpuan dalam kelas hilang..rasa macam ada sesuatu tak kena je..tapi,Zierah tak layan perasaan tuh..Zierah terus belajar..

kelas tambahan abih dalam pukul 10.30..lepas tu,Zierah dan kawan2 sekelas da janji nak hias kelas..kami teruskan..tiba-tiba,datang seorang cikgu lelaki..cikgu tu guru kelas Zierah dan cikgu paling rapat dengan Zierah..dia pun tanya,"ayah mari dop lagi mesyuarat??"..Zierah pun pelik lar,aboh dop mari lagi ke??..Zierah pun jawab,"erm,aboh pergi hantar kak long keje lar tu..nanti aboh mari lar"..

cikgu pun panggil cik pipah dan kawan2 yang lain pergi ke bilik guru..Zierah malas nak layan perbualan mereka sebab syok duk hias kelas..lepas tuh,cik pipah tarik tangan Zierah suruh balik tapi Zierah malas nak balik..kawan-kawan yang lain pun paksa suruh balik..Zierah pun mengalah jela..masa tengah berjalan tuh,tepon cik pipah bunyi..tiba-tiba cik pipah menangis..aikk!!pelik,Zierah pun tanya lar bakpe menangis tapi dia diam je..tapi bila kawan Zierah yang lain tanya dia,dia jawab pulak dan selepas tuh semua kawan-kawan Zierah menangis sambil pegang bahu Zierah..Zierah rasa cemas!!

Zierah paksa diowang jugak suruh cerita apa yang terjadi sebenarnya..tapi diowang kata dekat dumah Zierah nanti diowang akan cerita..Zierah geram lar,Zierah pun kejar pipah depan..Zierah paksa,paksa,paksa dan paksa!! akhirnya dia pun beritahu.."Zierah,aboh mg accident dan ada kat hospital sekarang nih"..terkejut Zierah dan Zierah rasa macam dunia ni gelap..Zierah pun menangis dan terus menangis..

semasa berjalan tuh,ada lar sorang pemuda yang tinggal dekat area sekolah..dia pun tanya kenapa menangis..kawan Zierah pun cerita lar..dia pun tanya,"pak cik yang naik motor honda cup no plat blalala ke yang accident dekat jambatan??pak cik tuh da...sambil dia tunjukkan tangannya di leher..

YA ALLAH!!!ABOH!!!..Zierah meraung sekuat hati di tengah-tengah jalan..Zierah tak kira pandangan orang kat situ tengok Zierah..air mata Zierah jatuh bercucuran sambil mulut Zierah menyebut nama aboh..kawan Zierah peluk Zierah dan tenangkan Zierah..Zierah pun ajak balik..yang penting sekarang nih ialah Zierah nak tengok aboh Zierah..itu je!!

sampai dumah,ramai jiran Zierah ada kat situ..rumah berkunci,Zierah pun tanya salah seorang jiran Zierah mana emak..dia kata emak pergi ke hospital..Zierah pun terduduk sambil menangis..jiran Zierah cuba untuk menenangkan Zierah sambil pegang bahu..lepas itu,Zierah pun tepon kak ngah untuk beritahu hal ni,kak ngah da tahu dan dia on da way nak balik sini..sume kakak Zierah dalam perjalanan nak balik..

Zierah pun tanya jiran sebelah rumah nak pergi hospital ke tak..mungkin diowang kesiankan Zierah,diowang pun setuju nak pergi sana..sepanjang perjalanan tuh,Zierah senyap je dan hanya air mata yang menemani Zierah..

kesian korang terpaksa membaca cerita yang panjang nih..hehe,kalu lar arwah aboh masih hidup,mesti aboh da umur 61 tahun..tapi,nak buat macam mana..da ajalnya,mungkin Allah sayangkannya lebih daripada kami sekeluarga..kami redha dan pasrah,hanya kiriman Al-Fatihah dan doa yang mampu Zierah kirimkan..

sehingga kini,Zierah sangat2 terkilan sebab tak dapat bersalam dengan aboh pada pagi tuh..sampai hari ini,Zierah rasa bersalah sangat2..kalu Zierah dapat tahu pada hari itu Zierah akan kehilangannya,Zierah akan peluknya dan cium tangannya sepuas hati..

# walaupun Zierah kehilangan kasih sayang seorang ayah tapi Zierah masih bersyukur sebab masih lagi dapat merasai kasih sayang emak dan adik-beradik..bagi Zierah,aboh masih ada lagi dalam hidup Zierah..wajahnya dan senyumannya masih segar dalam ingatan..terima kasih aboh sebab menjaga,mendidik dan memberikan kasih sayang kepada Zierah..Zierah tak akan lupakan pengorbanan aboh terhadap keluarga..dan Zierah akan sentiasa merindui aboh sampai bila-bila..sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah aboh Zierah..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin


 # miss you so much!!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

10 bunga dan kumbang:

nuriyliamalek said...

alala ziera.tacing.menagis bace.
doa jelah bekalan utk abah ziera oke :)

belajar elok elok oke
jage diri :')

Wafa Awla said...

takziah ye ...JANGAN SEDIH ! wafa yakin semoga aboh awak dikalangan orang yang beriman ...amin

TAK MAU SEDIH ! WAFA TAK SUKA KAWAN BLOGGER WAGA SEDIH !

Z said...

@saya ok,insyaAllah..thanks akak :)

Z said...

@... Wafa Awla ... amin..ok :)..cuma rindu je kat arwah aboh..

Anonymous said...

al-fatihah tuk arwah..semoga arwah tenang di sana.

eh stadium gong badak tu..dekat dgn rmh akak..mesti zierah org tganu ek..hehe

Z said...

@~AmyLiana86~ amin :) ..yup,stadium gong badak..iye ke??Zierah org ganu,duk kat sbrg takir..mesti akak knl..

nadiatul said...

zierah, serious nangis bace entry ni :')

Qhaseh Sethia said...

Al-Fatihah ..

sebak aku bace yunk .. aku tau mu kuat ..sabo deh .. moge arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman :D

Z said...

@nadiatul :)

Z said...

@Qhaseh Sethia terima kaih yunk :D..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...