SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Sunday, 15 January 2012

♥ TIPS KUKU CANTIK BERSERI ♥

Views


SENYUM SOKMO LAR ^_*
 


Siapa tak nak kuku cantik lagi sihat berseri kan.nak??TENYEH KAT SINI..hehe Kuku yang cantik melambangkan personaliti yang sihat dan bersih. Bukan si pengotor yang asyik menikmati makanan dihujung jari. Eh, haa tak potong kuku ye... Kita ni sebagai penduduk bumi plus umat Islam lagi, kena lah jaga aspek kebersihan ye. 


Jom jaga kebersihan kuku!


1. Sebelum memotong kuku, rendamkan kuku anda dalam larutan garam dan perahan limau nipis. Kalau boleh dalam larutan air suam-suam panas. Biar benda-benda asing dan kulit mati hilang begitu saje. Setelah itu, selesai! Boleh potong kuku dengan happy :)


2. Kilatkan kuku anda dengan ubat gigi Colgate. Nak guna ubat gigi RM dua ringgit pon boleh, tapi tanggung sendiri risiko kuku tercabut. Gosokkan je pada kuku dan bilas. Taraa. Tapi jangan buat selalu ye.


3. Kalau tak nak guna colgate pon takpe. Guna je Vaseline. 


4. Kalau boleh potong kuku korang tu ikut shape yang sebenar. Janganlah potong herot-berot, senget-benget dan comot-comot. Kasi kemaslah sikit. Lepastu guna pengikis yang selesa untuk bentukkan lagi kuku tu.


5. Tak payahlah guna pengilat kuku. Bukan budaya kita. :)




6. Potong kuku sekurang-kurangnya seminggu sekali. Lagi kerap lagi bagus. Kalau boleh potong kuku mengikut sunnah Rasullullah lah. Kan elok macam tu. Benda baik kan..



Mula titik beratkan mengenai kebersihan kuku dari sekarang jika korang ambil remeh sebelum ni. Kuku bersih perspektif pertama orang pada kita. Kalau penampilan bersih atas bawah lagi bagus. Jom mulakan dengan kuku! Kalau kuku panjang dan kotor, kuman masuk dalam perut acane? Mahunya dibuat buasir sepanjang malam. Hehe.



Ps :: Kuku bentuk gelas cantik! (macam Zierah, aummm!) hahaha.
 




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

0 bunga dan kumbang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...