SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Sunday 30 June 2013

♥ PART 3 ♥

Views
                  ASSALAMUALAIKUM

Ni lar classmate tutorial aku masa kat KMPh dulu..Kami terdiri daripada 22 orang,5 org kumbang dan 17 orang bunga..haha,sumenya comel dan ciut-miut belaka..hehehehe..kami dari kelas 1M1S06..1 tu dari kuliah 1,M1 maksudnya modul 1,S tu sains dan 06 tu kelas kami..aku rasanya nyer lar,hehehe..


#KELAS KAMI UNIK..ADA BUDAK MELAYU,INDIA DAN CINA..1 MALAYSIA ~


Yang kat bawah ini merupakan gadis-gadis jelitawan kelas aku..Kami rapat antara satu sama lain tau..Dah macam satu family..Jatuh,bangun sama-sama..Kadang-kadang kalu ada satu topik yang aku tak paham tu,aku akan naik atas tanya budak cina sampai dapat..budak cina dan india kan pandai,so kita kena lar rajin-rajin tanya kalu tak paham..diorang ok je,tak kedekut ilmu pun..serius ! 



Ni waktu lab..Bergambar je sakan tapi buat experiment hancur..hahaha ( aku lar tuh )


Masa sem 1,kuliah aku amek subject kokurikulum..kira ok lar sebab bole balik awal sikit,hehe..kadang-kadang kelas batal..Yang ni aku paling suka ! takde lar balik pukul 5..Bole rehat sikit..Untuk sem 2 pulak,kami belajar subject kemahiran dinamika..Subject ni sumpah aku paling tak suka sebab bagi aku remeh..sebab apa ? Sebab tudung dgn baju kena matching..Aku ni jenis ikut suka hati je nak pakai tudung warna apa..Kadang-kadang tak matching pun dgn baju..Aaahhh,aku peduli hapo..dan kami kena handle satu majlis..Yang ni memerlukan kerjasama yang amat sangat..Kami sepakat nak buat majlis konvokesyen KMPh kali ke-9 dan aku merupakan orang yang merasmikan majlis konvokesyen tu..Dapat pangkat dr lagi tau..Dr lolok je..


# YANG NI MASA REHEARSAL


# YANG NI PULAK MAJLIS SEBENAR..




Memandangkan kami hanya belajar kat situ setahun je,kitorang pakat nak buat jamuan perpisahan yang santai..seronok ! Makan sampai buncit perut,kalu tak buncit tak bole balik bilik..haha ~ Dan kami buat games tukar-tukar hadiah..Dalam kelas aku ada sorang budak copy nama aku tapi tukar H dengan N..Aku Hazirah dan dia Nazirah ( yang pakai tudung kelabu )..Dia kembar aku tapi mak ayah je lain..Darah kami pun sama tau..So,hadiah kami tertukar..sepatutnya dak laki bagi hadiah kat nazirah dan aku pula dapat hadiah dari dak perempuan ( bestfriend ) tu..pahtu keadaan kembali terkawal..Aku dapat t-shirt..terima kasih mek ti sebab bagi t-shirt..

Gambar kat bawah ni amek masa last day belajar sebelum study week..Yang lecture laki tu lecture kuliah kimia sem 2..sem 1 perempuan..yang lain sumenya lecture tutorial aku.Aku paling rapat dengan lecture fizik ( baju biru dan baju merah ) sebab dia sporting gila..nak gosip dengan dia xde masalah..cg norul huda siap bagi tip-tip mengenai alam pernikahan..haha ! untuk persediaan awal..Lecture yang pakai tudung ala-ala kuning tu lecture kimia..Seronok giler belajar dengan cg ni..Aku faham lar apa yang dia ajar tu..Yang gambar kat bawah sekali ( pakai tudung biru ) lecture english kitorang merangkap mentor kami..cg ni baik giler ! Kalu kami letih,otak dah tepu,masa cg ni lar kami mintak excuse nak rehat..dia crita pasal family dia,pengalaman jumpa hantu,macam-macam lagi lar..Kami panggil lecture ni cg sebab terbiasa kat sekolah panggil cg..hehe


                                     

DANNN


3 orang ni paling aku rapat..dari kiri mek na,mek yoh,me roh ( aku ) dan mek ti..jangan tanya sebab apa aku panggil mek..sebab zaman dulu-dulu,orang tua panggil anak perempuan dengan panggilan mek..special sikit..Kami berempat selalu bersama,duk kat lecture hall sama-sama..pergi mini mart sama-sama,makan sama-sama,gosip sama-sama..Rindu giler tahap gabang dengan mek-mek ni..rindu nak gelak sama-sama,rindu nak kenakan diorang ni..mek-mek sekalian,kahwin nanti jangan lupa jemput mek roh deh..ok bye ~


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

0 bunga dan kumbang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...