SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Friday, 26 July 2013

♥ CUP CAKES / KEK COKLAT LEMBAB ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

Hari tu,aku join satu program ni..namanya siri seminar peluang-peluang perniagaan dan lawatan sambil belajar anjuran kelab maya sahabat Ar-Rahnu (KELAB MASA) di Pusat Latihan IKS,Sepang Selangor..program ini khas untuk Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN)..Bukannya SOPAN SANTUN yer,aku lastik telinga sape kata gitu..aaiissshhh ~ dan aku sebenarnya salah seorang dari keluarga SANTUN tu,batch 7..bangga dan bersyukur sangat2 dapat jadi salah seorang daripadanya..SANTUN ni sebenarnya under Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM)..

Aku sebulat hati untuk memilih kluster kek dan pastri..macam-macam jenis kek dan roti yang aku belajar..seronok ! lepas balik dari program tu,kebetulan ada serbuk koko dalam almari dapur tu..apalagi,aku pun buat lar cup cakes dan mak,adik dan anak sedara aku yang kecik cakap sedap..kembang hidung kejap,hehe..ok, hari ini aku nak kongsikan dengan korang resepi tu..orang kata ilmu yang kita ada kena kongsi dengan orang lain jugak..yedok ?? ^_^

BAHAN A :
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

BAHAN B :
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan air panas

CARA-CARA :
-Gaul bahan A hingga rata..pastikan ketulan-ketulan kecil dihapuskan yer..
-Dalam bekas yang lain,pukul telur hingga kembang..pastu masukkan bersama dengan bahan A tadi..gaul,gaul dan gaul..
-Masukkan susu dan campurkan dalam bahan-bahan di atas..
-Bila semua da settle,masukkan minyak masak,gaul hingga sebati..lepas tu,masukkan air panas..
-Kalau korang nak buat cup cakes,masukkan ke dalam acuan cup cakes yang comel tu..kalau korang nak buat kek,masukkan ke dalam mould yang korang suka..sumenya atas cita rasa korang masing-masing..
-Bakar pada suhu 170 darjah celcius..da siap ~


 # Ni first time buat dengan keluarga SANTUN yang lain


# Lepas decorate comel-comel,kitorang jual kek ni kat bazar..sedap !


TOPPING KEK COKLAT MAOUSSE

BAHAN-BAHAN :
250g coklat masakan
300g whiping cream
50g mentega

CARA-CARA : 

1. Didihkan whiping cream

2. Tuang ke dalam coklat masakan yang di kiubkan bersama mentega. Kacau menggunakan whisk hingga cream dan coklat bersatu dan berkilat.

3. Biarkan sejuk sebelum di tuang ke atas kek.


                              
I
I
 I 
V






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday, 23 July 2013

♥ DUIT LAMA ♥

Views
  ASSALAMUALAIKUM

Masa kecik-kecik dulu,aku ternampak arwah abah aku letak sesuatu dalam kotak harta karunnya..dalam hati, " wah,mesti duit abah banyk ni.." hehehe..dan semalam aku ternampak lar kotak tuh duduk comel lottey dalam bilik aku..mungkin mak aku kut letak dalam bilik..ok,abaikan..aku pun try lar buka kotak tuh,nak tahu ada apa dalamnya..mana tahu ada emas tongkol ke,hahaha.. # berangan je lebih aku nih

#  kotak harta karun ajaib arwah abah

dengan semangat berkobar-kobar,buka punya buka rupa-rupanya dalam tu ada duit lama..sama ada dalam negara mahupun luar negara..oh,ini rupanya hobi arwah abah aku..simpan duit lama,hohohoho

kebanyakannya aku tak pernah tengok apatoh lagi nak sentuh..aku pun tak lahir dan tak wujud lagi masa duit tuh ada..


# nampak tak berlakunya kecarikan di situ dek kerana dimakan oleh anai-anai..mujur sempat diselamatkan oleh abah,kalu tak da lama innalillah duit ni..hahaha..

duit ni digunakan dalam sekitar tahun 1959..tapi yang peliknya sebab apa ada british borneo ?? bukan ke kita dah capai merdeka masa tahun 1957..


# aku tak tahu tahun bila guna duit ni..tapi yang pasti gabenor muda masa tu,hehehe





# TUNKU ABDUL RAHMAN,25 TAHUN MERDEKA

# TUN ABDUL RAZAK,RANCANGAN MALAYSIA KETIGA


# PERGGHHH ! DUIT SYILING 5 HINGGIT..TERUJA SEKEJAP

semua kat atas duit Malaysia zaman-zaman dahulu kala..meh,kita tengok negara lain pulok deh





 


































P/S : duit ni kena simpan sebab nak tunjuk ke anak cucu nanti,hehehe


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday, 10 July 2013

♥ PUDING CARAMEL TANPA TELUR ♥

Views
                        ASSALAMUALAIKUM


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.. “Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), kerana telah membawa kami memasuki bulan Ramadhan”..

Arini aku nak kongsikan resepi puding karamel tanpa telur..ha,senang je dan bole buat buke puasa..kan ? semalam aku dah buat puding caramel ni dibantu oleh adik bongsu aku..tolong kacau jela,hehe..petang ni,masa buka puasa boleh lar rasa..

ok,untuk...

BAHAN-BAHAN :
For CARAMEL : -2 senduk gula
  -1/4 cawan air

For PUDING : -1 tin susu cair
-1/2 tin susu pekat manis
-3 sudu besar tepung jagung
-2 sudu besar tepung kastad
-1 sudu kecil esen vanilla
-1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
-3 1/2 cawan air

CARA-CARANYA:
For CARAMEL :
  1. Gunakan pan,masak gula pasir dengan api perlahan
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit..lepas tu,kacau rata dan tutup api
  3. Tuangkan caramel sauce tadi ke dalam bekas mould puding yang anda sukai
For PUDING :
  1. Ambil mangkuk,masukkan tepung jagung dan tepung kastad..kemudian tambahkan sedikit air dan kacau sampai kalut..haha,tapis ketulan-ketulan degil agar puding pujaan anda cantik
  2. Ambil periuk,masukkan bancuhan tadi beserta dengan serbuk agar-agar instant dan air..masak menggunakan api yang perlahan sehingga mendidih
  3. Apabila sudah mendidih,masukkan susu cair,susu pekat manis dan esen vanilla..kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
  4. Tuangkan puding tadi ke dalam bekas mould yang berisi cramel sauce tadi
  5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan ke dalam fridge

Sesenang ABC kan ? ha,apa lagi..try lar buat.. :)


# ni yang aku buat semalam..yg potong sikit tuh aku rasmi dulu,hehe


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Monday, 1 July 2013

♥ HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY MOM ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

    Ha,nampak tak title kat atas nuh ? ala,yang ni --> HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY MOM..semalam,30/6 merupakan hari jadi mak aku..so,aku berpakat dengan Kak Cik untuk membuat surprise kat mak aku tuh..jadi pada waktu petang,kami memulakan misi mencari kek dan ayam KFC bersama-sama dengan adik lelaki dan 2 orang anak sedara aku yang menyibuk nak ikut..biarkan mereka menjadi bodyguard kami arini,hehehe..


# MAT DANISH DAN MAT DANIEL NAK BER 'ICE BLOG' JUGAK..



    Selepas selesai membeli-belah,masa untuk balik pulak..yahuuu,tak sabar rasanya nak buat surprise kat my mom..sebelum tu,aku call Kak Long dan Abang De supaya siap-sedia nak sambut hari jadi mak ni..ok,semua da sedia..sampai je di rumah,aku pun senyap-senyap intai mak tengah buat apa..nasib baik mak ada dalam bilik air tengah amik air sembahyang..ok,line clear..tapi nak dipendekkan cerita anak sedare aku yang sorang ni tiba-tiba duduk depan bilik air tuh sambil nyanyi, “Happy Birthday nenek”..lepas mak aku selesai amik air sembahyang,dia pun berjalan menuju rumah tamu rumah..katanya, “ingat mak ni budak-budak nak buat surprise..tahu dah eh”..adoi,abih kantoi semua plan aku dengan Kak Cik..Mat Daniel nii,nak kena di Cik Yong nih *buat muke bekeng..hahaha


# KAMI SAYANG MAK KAMI..ANDA BAGAIMANA ?





# notakaki : Selamat Hari Jadi mak yang ke-57..Semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan berada dalam perlindunganNya..Amin..siapa birthday semalam jugak,happy birthday !


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...