ASSALAMUALAIKUM
27 OKTOBER 2013
-Tarikh ini merupakan HARI PEMULIHAN CARA KERJA SEDUNIA..Jadi,Persatuan Pemulihan Cara Kerja UiTM Puncak Alam mengadakan event di Taman Tasik Permaisuri,Cheras..Jadi,sebagai student kos OT,kami patut pergi sebab melalui event ni kami boleh perkenalkan lagi apa itu Pemulihan Cara Kerja atau dalam bahasa omputihnya Occupational Therapy ( OT )..Event ni lebih kepada kanak-kanak,memberikan pendedahan kepada ibu bapa di luar sana tentang apa masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka..Sebagai contoh lambat dalam pelajaran,susah nak fokus dalam sesuatu perkara dan banyak lagi lar..Ada pertandingan mewarna,booth2 kaunseling,jualan,akiviti cop bentuk2 atas kertas dan sebagainya..Aku ditugaskan untuk mencari dan mengajak orang-orang awam sertai event kami..Bila aku perkenalkan nama,u mana,kos apa dan beritahu event apa yang sedang kami buat,mostly tak tahu apa itu OT ? Ermmm,memang aku agak dah..Aishhh,sedih pulak rasanya..tapi takpe..berkat kesabaran yang tinggi,aku beritahu jugak apa itu OT..apa tugas kami untuk membantu masyarakat..siapa lagi yang nak explain kat masyarakat di luar sana tentang kewujudan OT kalu bukan kami..
# Persiapan tempat
# Games hanya untuk kanak-kanak sahaja..orang dewasa hanya duduk dan tengok sahaja,hehehe
# Nampak je simple tapi budak yang slow learning keliru dan salah masukkan dalam gambar ni..
Ada sorang budak tu,dari segi fizikalnya nampak normal tapi sebenarnya dia ada masalah lain..Bila mak dia suruhnya try buat games kat atas,dia tak nak sebab katanya tak tahu..Rupa-rupanya mak budak tu bagitahu kat aku yang anaknya ada masalah slow learning..Aku dengan kawan aku pun cuba pujuk budak tu, "adik,mari duduk sini cuba buat ni..kalu ada masuk,ada hadiahnya tau..Jangan takut,akak-akak kat sini bantu adik buat ni..Mak adik pun ada kat sini ni,tolong adik jugak"..Alhamdulillah,adik tu lembut hati jugak akhirnya nak buat..Mula-mula tu,dia keliru mana satu mata mana satu mulut..Aku suruh dia tengok muka maknya tengok mata macam mana,mulut,hidung,telinga dan leher..Walaupun ada yang dia salah masukkan tapi at least dia mencuba..Takpe dik,nanti adik jumpa therapist OT yer :)
# Therapist OT kena kreatif dan inovasi..haha,Therapist jugak ibarat pokok..We focus in the effort to enable people to live in satisfying and meaningful lives by providing help for them to actively participate in the occupations they want to do,need to do and expected to do
# SEBAHAGIAN DARI BUDAK KELAS
Walaupun letih,seharian suntuk dari pukul 5.45 pagi bangun sebab kena berkumpul 6.30 pagi sehinggalah pukul 8 malam sampai kolej,aku rasa seronok dan puas hati sebab dapat membantu memberi pendedahan tentang kewujudan OT di Malaysia ni kat masyarakat di luar sana..
# Walaupun letih tapi hati tetap seronok !
# Terima kasih kerana sudi baca blog Zirah :)