SELAMAT DATANG KE ZON MEMBACA

Wednesday, 21 November 2012

♥ TIADA TITLENYA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM  ^__^

Ehem,ehem,ehem !! testing jari-jari dulu..alhamdulillah,dapat lagi bergerak..hehe..Fuuuhhh !! Lama giler Zierah tak update blog ni..bukan malas ataupun tiada ilham nak update blog ni tapi disebabkan kekangan masa dan kejelesan internet macam nyawa-nyawa ikan je..

Sekarang ini,Zierah sambung belajar di Kolej Matrikulasi Pahang..Untuk pengetahuan tuan-tuan,puan-puan,cik-cik,atuk nenek dan sebagainya,Kolej Matrikulasi Pahang merupakan matrikulasi PERTAMA + paling hebat di antara matrik-matrik lain ( promote sikit tapi ni kenyataan tau ! )..Memang sesuai lar matrik ni paling hot pun sebab lecture-lecturenya yang rajin,mesra dan juga sangat sporting giler..Bukan senang nak cari lecture yang sekepala dengan student tau..Jadi,kepada adik-adik sekalian kalu ada cita-cita nak sambung di matrik jangan lupa mohon ke Matrikulasi Pahang tau ! Hehehe..

Next,nanti Zierah update pasal kehidupan Zierah di matrik..okey ? cantikkkk..bye3x


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Friday, 5 October 2012

♥ DI SEBALIK LIKU-LIKU KEHIDUPAN INI ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM 



Kerana aku di sapa ujian.  Aku belajar mengenal kehidupan.  Bahawasanya hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia.  Tetapi di corak hampa dan air mata.  Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.
Ketika kehendakku tidak bisa di genggam.  Aku belajar menjadi insan matang.  Mensyukuri segala yang ditakdirkan.  Bukan merungut mencipta sesalan.Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku.  Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.


Ku sedari aku bukanlah sempurna.  Aku belajar menjadi diri aku apa adanya.  Tidakku cemburu menatap kelebihannya dia.  Kerana ku yakini bahawa.  Allah itu menjadikan kita tidak sama.  Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.
Kegagalan semalam telah menghancurkan impian.  Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan.  Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan.  Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.
Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang,  Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang.  Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.


Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihatiku.  Namun kerana kehilangan itu aku belajar sesuatu.  Bahawa setiap yang datang akan berlalu.  Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu.  Lalu ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku.  Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu.
Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha.  Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap peristiwa.
Terima kasih, Ya Allah.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Sunday, 13 May 2012

♥ MATRIKULASI vs UiTM ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM


1 minggu,2 minggu,3 minggu ... erm,sudah sebulan Zierah tak membelai blog Zierah nih..waduuuhhh ! sorry ya ~Zierah rasa macam MALAS nak membebel kat blog Zierah nih sebabnya asyik duk pening nak pergi sambung belajar kat mana nih..
sama ada :

MATRIKULASI PAHANG @ UiTM- DIP PEMULIHAN CARA KERJA

aaiiishhh, rasa macam nak kekoh(makan) orang pom ada,nak marah pom ada apatah lagi nak tempik kuat2 ! kuarga Zierah syorkan Zierah pergi UiTM tuh TAPI cikgu-cikgu kat sekolah syorkan pergi matrik..hadoi ! yang mana satu nih ? pening weh ~

Asal2,Zierah nak pergi UiTM tuh sebab dalam kepala hotak pikir : ala Zierah,matrik tuh susah lar..ko mampu ke nak belajar rush2 nih ? bole ke nk dapatkan pointer 3.5 ke atas ? nanti tak pasal2 dapat kos lelong..bila Zierah pergi tanya pendapat cikgu kaunselor,dia cakap : Zierah bolehnya ! pergi matrik lar..Uitm tuh dpt diploma je,nanti bila dapat kerja payah nak sambung belajar..kalu matrik nih,lepas setahun boleh dapatkan ijazah..asalkan belajar bersungguh-sungguh dari awal ! jangan main dan bercinta-cintun.. ha ! mati kutu aku 10 saat ~ hehe

okey,bila kepala hotak serabut, Zierah pun buat sembahyang istikarah.. hati rasa tenang sikit.. Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk kat Zierah..malam2 mimpi dan hati Zierah macam nak pergi matrik je..jadi, Zierah pun buat keputusan nak sambung belajar di matrik.. mana ada belajar tuh senang ? semuanya susah belake, itu atas usaha kita belake kalu nak berjaya.. 

InsyaAllah mok,kita bole berjaya asalkan mok doakan kita berjaya di dunia dan akhirat serta selalu berada di sisi kita bagi semangat dan kekuatan kepada kita..

# ada harapan lar nak capai cita-cita nih,InsyaAllah !


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday, 3 April 2012

♥ NAK TEPON NI!! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM



nak jugak tepon ni,nak jugak!! waa!! ahahaha,macam budak kecik pulak Zierah ni..hehehe,Zierah minat giler nak pakai iPHONE 5 nih..reka bentuk ye pun cantik ape..perrgghh,memang nak jugak iPHONE 5 nih

CIRI-CIRI MENARIK iPHONE 5:
  1. storan yang lebih besar..biasanya model iPhone sebelum ini diperkenalkan dengan storan 8/16/32 gb storan dalaman,namun untuk iPhone 5 ianya akan dilengkapkan dengan storan 32gb dan 64gb..
  2. tiada lagi masalah isyarat kerana Apple telah menambahbaik ciri-ciri penerimaan yang sebelum ini bermasalah pada model iPhone 4..
  3. dilengkapi dengan ciri-ciri Face Recognition untuk fungsi pengecaman muka jika gajet anda dicuri..
  4. ianya semakin nipis dari model sedia ada..
  5. iPhone 5 mempunyai bateri yang agak lama sehingga 14jam masa berbual..wow!!
  6. cip yang lebih power dengan A5 Dual Core..
  7. skrinnya yang tahan lasak dan tahan calar..
sekarang ni,Zierah pakai tepon jenis sony ericsson model k530i..tepon ni pun Kak Long Zierah yang bagi..yang macam gambar kat bawah ni:

# urrm,mampu ke nak beli tepon iPhone 5 tu??


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Sunday, 25 March 2012

♥ MY MOOD,PLEASE COME BACK TO ME!! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM




hari ini,Zierah baru ada mood sikit nak menulis di blog nih..sejak2 kebelakangan nih,Zierah rasa macam tak de mood je..rasa macam nak menyendiri saja..rasa kecewa sangat2..asyik termenung situ,termenung sini..entah kenapa jadi macam ini..

# bila lar nak pulih semangat nih??


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday, 20 March 2012

♥ KENAPA BERTUKAR WAJAH?? ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

kenapa churp-churp bertukar wajah??kenapa??kenapa??aiisshhh,buat kepalaku pening-pening ayam je..

 
  # ini lar wajah baru churp-churp

biarlah,korang nak kata Zierah ni ketinggalan zaman pasal perubahan di laman web churp-churp nih..Zierah tak heran pun sebab memang Zierah akui da lama tak berupdate blog Zierah nih..ape tah lagi nak buka laman web churp-churp dan nuffnang..Zierah duk asyik berfishbook dengan twitter si burung biru..hehehe~

dan satu lagi,kenapa churp-churp tak de iklan invite new person yang baru nak berjinak-jinak berkasih-sayang dengan churp-churp??waduh3,kena buat aduan rakyat nih..bhahahaha

mesti korang duk terpikir berapa earning yang Zierah dapat erk??kenapa tak tunjuk pun jumlah earning tuh??-->(bagi yang join churp-churp lar,yang tak join buat2 faham suda..hehe)..malu lar,bukan dapat beratus-ratus or beribu-ribu..hanya cukup2 makan saja..Zierah pun baru je berjinak-jinak dengan churp-churp nih..hehe

p/s:kalu korang baik hati,rajin2 lar klik kat iklan atas tuh..ala,yang banyak2 tuh..klik sumenya tau..da klik,bagitau Zierah..nanti Zierah klik yang korang punyer..betul2 tau,tak baik menipu..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI..CEPAT! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM



korang kenal tak siapa kat banner atas tuh??yeay!!betol,itulah abang ben..10 markah untuk anda..haha,sekarang ni,abang ben sedang buat satu segmen..kalu korang nak join jugak ataupun nak tahu tentang segmen ini lebih lanjut,sila lembutkan jari-jemari klik kat banner di atas..hehe

blog Zierah nih lebih kepada blog peribadi..tentang kehidupan Zierah sama ada suka mahupun duka..semuanya Ziersh luahkan dalam blog nih..bagi Zierah,inilah nyawa Zierah..lepas dapat luahkan rasa dalam ini,rasa tenang + puas sangat2..

kenapa Zierah berblog erk??sebab atas sokongan dan dorongan kak ngah Zierah..dialah yang memberi idea ini kepada Zierah supaya berjinak-jinak dalam dunia blog..yang lagi best,dapat kenal ramai blogger yang otai2 dan tak sombong..contohnya macam abang ben,hehe~


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday, 14 March 2012

♥ JOM JADI GENG KAMI BLOGGER MALAYSIA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM



tadi masa Zierah syok blogwalking sana,situ,sini kan,Zierah pom terbaca lar kat blog kami blogger Malaysia dan kami bangga..diowang buat satu segmen lar agak2nya..jadi,dengan hati yang berbunga-bunga nih (sejak bila hati ni bunga erk??) Zierah pom rasa2 macam nak join je..korang pom nak join jugak ke??klik kat banner atas tu je tau..

opppssss,terlupa nak bagitahu..Zierah asal dari TERENGGANU..na na na na na,ganu kite..hehe

ok,Zierah nak tag:


# Zierah pom tag sume follower Zierah..jom join sama2..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday, 13 March 2012

♥ SEGMEN : TAMBAH FOLLOWER SAMPAI PENING ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

da lama Zierah tak join segmen..nak join lar,hehehe..kalu nak join jugak klik3 kat banner bawah ni je okey..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday, 6 March 2012

♥ GENAP 3 TAHUN TANPA KASIH SAYANG SEORANG AYAH ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM


7/3/2009..hari ini 7/3/2012,genap 3 tahun arwah aboh meninggalkan kami sekeluarga..walaupun aboh Zierah tiada lagi di dunia ini,namun Zierah dapat rasakan kehadirannya di rumah Zierah..dapat rasakan kewujudannya di sini walaupun pada hakikatnya beliau sudah tiada..setiap masa,setiap saat,setiap detik Zierah selalu rindukannya..rindu sangat-sangat!! rindu nak tengok mukanya,rindu senyumannya..rindu segala-galanya!

Zierah ingat lagi hari di mana Zierah kehilangan seorang ayah..ingat sampai bila-bila..masa tuh Zierah form 3 dan hari tuh hari sabtu..macam biasa,rutin harian aboh ialah hantar kak long pergi hantar kerja..masa tuh ayah da pencen..pagi tu,Zierah bangun awal sebab ada kelas tambahan,subjek pendidikan islam pada pukul 8.00 pagi dan kebetulan kat sekolah Zierah mengadakan mesyuarat agung PIBG..Aboh Zierah da janji nak pergi ke sekolah..Zierah tunggu kedatangan aboh di sekolah..

dalam pukul 9.12 pagi,hati Zierah rasa debar tiba-tiba..Zierah asyik-asyik tengok jam dinding di kelas..tumpuan dalam kelas hilang..rasa macam ada sesuatu tak kena je..tapi,Zierah tak layan perasaan tuh..Zierah terus belajar..

kelas tambahan abih dalam pukul 10.30..lepas tu,Zierah dan kawan2 sekelas da janji nak hias kelas..kami teruskan..tiba-tiba,datang seorang cikgu lelaki..cikgu tu guru kelas Zierah dan cikgu paling rapat dengan Zierah..dia pun tanya,"ayah mari dop lagi mesyuarat??"..Zierah pun pelik lar,aboh dop mari lagi ke??..Zierah pun jawab,"erm,aboh pergi hantar kak long keje lar tu..nanti aboh mari lar"..

cikgu pun panggil cik pipah dan kawan2 yang lain pergi ke bilik guru..Zierah malas nak layan perbualan mereka sebab syok duk hias kelas..lepas tuh,cik pipah tarik tangan Zierah suruh balik tapi Zierah malas nak balik..kawan-kawan yang lain pun paksa suruh balik..Zierah pun mengalah jela..masa tengah berjalan tuh,tepon cik pipah bunyi..tiba-tiba cik pipah menangis..aikk!!pelik,Zierah pun tanya lar bakpe menangis tapi dia diam je..tapi bila kawan Zierah yang lain tanya dia,dia jawab pulak dan selepas tuh semua kawan-kawan Zierah menangis sambil pegang bahu Zierah..Zierah rasa cemas!!

Zierah paksa diowang jugak suruh cerita apa yang terjadi sebenarnya..tapi diowang kata dekat dumah Zierah nanti diowang akan cerita..Zierah geram lar,Zierah pun kejar pipah depan..Zierah paksa,paksa,paksa dan paksa!! akhirnya dia pun beritahu.."Zierah,aboh mg accident dan ada kat hospital sekarang nih"..terkejut Zierah dan Zierah rasa macam dunia ni gelap..Zierah pun menangis dan terus menangis..

semasa berjalan tuh,ada lar sorang pemuda yang tinggal dekat area sekolah..dia pun tanya kenapa menangis..kawan Zierah pun cerita lar..dia pun tanya,"pak cik yang naik motor honda cup no plat blalala ke yang accident dekat jambatan??pak cik tuh da...sambil dia tunjukkan tangannya di leher..

YA ALLAH!!!ABOH!!!..Zierah meraung sekuat hati di tengah-tengah jalan..Zierah tak kira pandangan orang kat situ tengok Zierah..air mata Zierah jatuh bercucuran sambil mulut Zierah menyebut nama aboh..kawan Zierah peluk Zierah dan tenangkan Zierah..Zierah pun ajak balik..yang penting sekarang nih ialah Zierah nak tengok aboh Zierah..itu je!!

sampai dumah,ramai jiran Zierah ada kat situ..rumah berkunci,Zierah pun tanya salah seorang jiran Zierah mana emak..dia kata emak pergi ke hospital..Zierah pun terduduk sambil menangis..jiran Zierah cuba untuk menenangkan Zierah sambil pegang bahu..lepas itu,Zierah pun tepon kak ngah untuk beritahu hal ni,kak ngah da tahu dan dia on da way nak balik sini..sume kakak Zierah dalam perjalanan nak balik..

Zierah pun tanya jiran sebelah rumah nak pergi hospital ke tak..mungkin diowang kesiankan Zierah,diowang pun setuju nak pergi sana..sepanjang perjalanan tuh,Zierah senyap je dan hanya air mata yang menemani Zierah..

kesian korang terpaksa membaca cerita yang panjang nih..hehe,kalu lar arwah aboh masih hidup,mesti aboh da umur 61 tahun..tapi,nak buat macam mana..da ajalnya,mungkin Allah sayangkannya lebih daripada kami sekeluarga..kami redha dan pasrah,hanya kiriman Al-Fatihah dan doa yang mampu Zierah kirimkan..

sehingga kini,Zierah sangat2 terkilan sebab tak dapat bersalam dengan aboh pada pagi tuh..sampai hari ini,Zierah rasa bersalah sangat2..kalu Zierah dapat tahu pada hari itu Zierah akan kehilangannya,Zierah akan peluknya dan cium tangannya sepuas hati..

# walaupun Zierah kehilangan kasih sayang seorang ayah tapi Zierah masih bersyukur sebab masih lagi dapat merasai kasih sayang emak dan adik-beradik..bagi Zierah,aboh masih ada lagi dalam hidup Zierah..wajahnya dan senyumannya masih segar dalam ingatan..terima kasih aboh sebab menjaga,mendidik dan memberikan kasih sayang kepada Zierah..Zierah tak akan lupakan pengorbanan aboh terhadap keluarga..dan Zierah akan sentiasa merindui aboh sampai bila-bila..sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah aboh Zierah..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin


 # miss you so much!!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Monday, 5 March 2012

♥ RONDA-RONDA PUSING SATU KOTA ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM


 dalam ENTRY ni,Zierah takut tunggu result SPM kan3??eh walaweh,apasal yang kerut macam tuh??ha,konfem tak baca lagi kan??adoiya,pergi lar baca cepat2!!

bagi menghilangkan rasa takut tuh,Zierah pun ajak my twin (aik masa bile ak ada kembar erk??) pergi jalan2 di bandar..nak hilangkan tension..wakaka!! tapi,bandar buleh tahan sibuknya..yela,sibuk dengan LE TOUR DE LANGKAWI dekat DATARAN SYAHBANDAR..mana tak sibuknya,penuh dengan polis2 duk sekat jalan-jalan..erm,nasib baik tak merempit pergi bandar..kalu tak berapa jam lar kami tersangkut dengan traffic jem..buleh buat jem roti lagi,bhahaha..opsss,terlebih suda~

walaupun muka hangus dimamah oleh si matahari,Zierah tak kira comot ke muka tuh Zierah tetap kuatkan diri ambil gambar bersama dengan kawan..hangus sebab join main netball untuk peringkat DUN nanti..acecece~


 # ni lar cik pipah..kawan dari sekolah rendah lagi..tapi ramai orang kata kami ni kembar..kembar ke??rasanya tak kot..yang sorang lagi pemalu orangnya nak bergambar..

ronda punyer ronda di bandar sampai lupa nak balik..sampai dumah dalam pukul 4..hahaha,tapi puas hati lar sebab dapat beli baju dan selendang..tapi sorang je kawan yang tak puas hati iaitu cik pipah..ahahaha!! sebab ape?? sebab niat di hati nak beli baju sehelai lagi tak tercapai..poket da kering..hak9~

alang-alang pergi jalan hari tuh,kami pun keluar lagi di sebelah petang..tempat destinasinya ialah PANTAI!!! amat sesuai untuk mencari ketenangan..tempat untuk melepaskan kerinduan di hati..

babak yang paling kelakarnya cik pipah ni penakut orangnya nak jejak kaki dalam air..sama dengan kawan sorang lagi,cik mirah..ni confirm tak mandi seumur hidup,hahaha..puah Zierah paksa dia tuh maen air pantai tapi ini jawabnya-->"TAK MBOH,TAKUT!!"..ape kono dengan semek nih..huh!!tapi lepas kena kaunseling oleh cik Zierah,akhirnya dia berani jugak..dengan satu syarat,dia kena pegang Zierah..huh!!ikut mg lar eh pipah weh~

 # tengok!! tengok air pantai pun takut..sampai nak terbalik Zierah dibuatnya..

 # lepas berkali-kali gambar tak menjadi + tukang gambar nih mengamuk sebab bosan duk lari sokmo bila air nak kawan dengan dia,akhirnya dapat jugak cik pipah bergambar sekeping dalam air..give me ten!!!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Saturday, 3 March 2012

♥ SPM OH SPM ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

lenguh jari-jemari Zierah nih terjah blog-blog yang sudi jadi follower blog Zierah..thanks so much!! keep in touch tau..

malam ini Zierah nak kongsi perasaan Zierah nih..sekarang nih Zierah rasa takut sangat sebab tak lama lagi result SPM da nak keluar..rasa macam hidup ini tak menentu sahaja duduk mikir berapa A lar aku dapat??..tercapai ke impian aku tuh??dapat ke aku berikan kejayaan SPM nanti kepada mak dan arwah aboh??dapat ke aku tebus kekecewaan aku semasa PMR dalam SPM nih??waduh3,jadi gila jugak nih..kang dop pasal-pasal duduk kat TJ-->Tanjung Rambutan sayang ooiii..bhahahaha!!

hari ini da 3/3/2012..maknanya tinggal 19 hari lagi lar..pejam celik,pejam celik kekgi sampai lar  22/3/2012 nanti..YA ALLAH!! takutnya!!aiisshh,jangan mikir sangat Zierah oiii,kang mimpi pulop kang..tak nak!!!

# YA ALLAH,ENGKAU BERIKANLAH ZIERAH KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUK SPM 2011 PADA 22.03.2012..SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PEMURAH..SETIDAK-TIDAKNYA ENGKAU BERIKANLAH DIA APA YANG DIINGINI DAN MAMPU MEMBUAT KEDUA-DUA IBU BAPANYA TERSENYUM YA ALLAH DAN JANGANLAH ENGKAU BERIKANNY KEGAGALAN..AMIN


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ MISS THAILAND ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM  =,=

hari ni,sampai surat tawaran dari KFC International College kat dumah Zierah ni ha..mak Zierah kasi tahu lepas balik jaga koperasi sekolah..urm,Zierah tak pergi kot..sebabnya tawaran tuh tentang bisnes2 gitu..Zierah tak minat lar maen urusniaga nih..takut bankrup awal2,hahaha..

# JOM BELAJAR BAHASA THAILAND LU KEJAP,HEHE

lupakan pasal tuh Zierah..semalam Zierah baru je sudah upload gambar masa Zierah join SCOUTS JAMBOREE di PAKBANG SCOUT CAMP,LA-NGU,SATUN,THAILAND di Facebook..kawan satu khemah Zierah nak tengok gmbr tuh..gambar kenangan..tak percaya??


# NAMPAK TAK NAMA TUH..YUP,THAT'S MY NAME

serius Zierah rindu sangat2 masa jamboree tuh..rindu dengan kawan2 dari kontinjen malaysia..rindu nak makan masakan kat sana..aktiviti pom best gler..memang tak dapat lupa lar kenangan pergi sana..peerrrggghhh!!!

 # majlis penyerahan bendera malaysia kepada kontinjen malaysia..
ni masa ucapan dari YB DR MOHD PUAD B, ZARKASHI,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia..


# ni sub kem 2girl scout merangkap Zierah duk kat sini,hehe..

 # AKTIVITI NI YANG BEST SEKALI--FLYING FOX terus masuk dalam air..haha~


# ni pulak kayak berkumpulan..kerjasama tu yang penting..kalu tidak tak bergerak lar jawabnya..


 # aktiviti ni yang Zierah kurang suka sikit sebabnya kena tahu banyak ikatan..macam2,ikatan buku sila lar, simpulan mati ler..macam2 lar~


# yang ni pulak aktiviti santai..jalan2 tengok pemandangan di chalet kat sana..


 
# latihan perasmian scouts jamboree..pelik kenapa pegang kayu??ha,ni lar senjata pengakap..wajib tau senjata nih..

 

 # malam kebudayaan..tiap2 malam ada malam kebudayaan..rilekskan minda,hek3~ setiap negara wajid buat persembahan.. 


 





 # berlatih dulu sebelum diuji..


 # posing lu kejap,peaacee!!








 # ni lar member satu khemah dgn Zierah nih..masa ni dekat perlis..


mesti korang sume pelik kan kenapa Zierah boleh pergi sana sedangkan jomboree tu hanya tuk pengakap sahaja..Zierah kan Pandu Puteri..ha,jangan kerut seribu kat dahi mcam tu..hehe..ok,sebenarnya kalu ikutkan sejarah,Pengakap dengan Pandu Puteri ni bersaudara..sebab tu lar Zierah p sana..amacam??korang rasa best tak??hehe


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday, 28 February 2012

♥ SEGMEN: JOM BLOGWALKING + FOLLOW ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM





malam ini,Zierah nak join satu segmen ini lar..macam best je,hehe..kalu korang nak join jugak,klik je kat banner atas tuh..senang je kan?? apa lagi,korang join lar jugak..kih9~
boleh eratkan silaurrahim dan dapat kenal blogger yang lain tau..ape lagi,gerakkan tangan anda klik di banner tuh..peace!!

Zierah nak tag semua lar..korang semua mesti join tau.. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Sunday, 26 February 2012

♥ AMBOI,CANTIKNYA BAHASA!!! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

 hari ini Zierah geram+marah=mendidih tahap dewa sekali..kalu disukat dengan termometer boleh pecah termometer tuh..mana taknya suhu lebih daripada 100 darjah celcius..dalam kes Zierah ini,suhunya 200 darjah celcius..200 okey!!huh!! sabar Zierah,sabar..

nak tahu kenapa Zierah marah2 macam singa??ok,ceritanya macam ni..pagi tadi Zierah pergi lar keje kat koperasi sekolah tuh..macam biasa dalam pukul 9.30 pagi sebab budak-budak form1 dan form2 rehat pukul 9.40 pagi..nak dipendekkan cerita,datang seorang budak lelaki ini..nampak macam budak baru,form 2 kot..dalam hati Zierah kata,"ni mesti buat hal kat sekolah lama nih"..katakanlah budak itu namanya KARAK-->ini loghat ganu (maksudnya BURUK) sesuai lar weh dengan perangainya..hahaha!!


si budak karak ini pun berkata dengan suara merdunya,"nak tali leher se!!"--->maksudnya dia nak tali leher satu..macam lar aku ini pekak binti badak..nak tempik-tempik,apa kes!!..dah lar mari lambat lepas itu potong barisan budak-budak lain..kurang asam sungguh!!


Zierah pun tak layan lar kemahuannya tuh..kesian ke budak-budak lain yang beratur lama dulu daripada dia..Zierah layan lar budak-budak lain dulu..tiba-tiba,dia pun menjerit.."lembat sungguh lar!!dari tadi nak tali leher!!..amboi,sopan-santun sungguh dia nih..bahasa pun perrggghhhh!!!cantik molek..


dengan hati membara,Zierah pun ambil tali leher letak depan si karak tuh..lepas itu,dia pun lepar duit RM10 dengan megah+gong badaknya..amboi,kurang ajar betul budak ini..Zierah pun pergi ambil duit bakinya..lepas itu,Zierah pun lepar balik duit bakinya macam mana dia buat tadi..ha,puah hati aku..huahahaha!!! tapi,dia pun kata,"mung dop pandai nak bagi molek??"..wah panggil aku ni mung yer..Zierah pun bidas balik,"doh bakpe mung dop pandai nak bagi molek ke aku??"..kan tubik aku mung tuh..eee,rasa macam nak tubik koperasi tuh pahtu nak tampar rasa kecomelan mukanya..mujur si karak tuh blah dulu..baru umur sejagung,kurang ajar..aku nih lebih tua dari mung..jaga lar sikit bahasa dan kelakuan tuh..tak pun guna lar panggilan saya awak ke..dop glegok  sikit hati eh..


 
# prinsip Zierah senang je..kalu orang cakap molek dengan Zierah,Zierah cakap molek dengan dia..bak kata pepatah ciptaan Zierah-->buat baik berpada-pada,kalu orang buat jahat kita balas lalu..bhahahaha!!!walaupun muka Zierah nih orang kata bekeng tapi hati ini baik tau..acecece~hanya orang yang rapat je dengan Zierah tahu macam mana Zierah..

p/s: siap-sedia lar budak tuh..kalu kurang ajar lagi,lebih dahsyat lagi yang akan menanti anda..hahaha!!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Thursday, 23 February 2012

♥ ..CONTEST BLOG PALING CANTIK !.. ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

hari ini,Zierah nak join satu contest ni..tuan empunya blog tuh @ kak fyza memberikan nama sebagai CONTEST BLOG PALING CANTIK!..rasa macam berminat je nak join..mana lar tahu ada rezeki boleh dapat hadiah dari kak fyza kan3??.. blog Zierah ni pun bukan cantik sangat pun tapi inilah stail Zierah..bagi Zierah,blog ini sudah sempurna di mata Zierah..warna hitam dan putih macam satu kombinasi warna yang meletup walaupun Zierah suka sangat warna biru cerah..tapi warna putih pun Zierah suka jugak,bersih dan suci...

apa??korang pun berminat jugak eh??hek9~da agak dah,hehehe..
ok3,korang klik kat banner di bawah ni je..senang kan??apa lagi,jom kita join ramai2!!~




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Monday, 20 February 2012

♥ DATING?? ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

fuhh,penat gler semalam merempit..Zierah bukan minah rempit okey,ahahaha..semalam Zierah pergi amek lesen kereta kat JPJ dengan cik Pipah a.k.a member..mula2 nak pergi klinik Hiliran jap sebelum pergi ke JPJ tuh sebab kaki Zierah gatal2..kenapa entah jadi macam tu..tapi cik Pipah kata buleh tahan ramai pesakitnya..then,kami pun pergi lar ke JPJ..pergi klinik kemudian..

sampai di JPJ tu,perrgghhh!!!!ramai giler orang..kalu nak pergi ke klinik semula,ramai jugak orang..jadi,kami pun amek no. giliran..buleh2 no. giliran yang ke  2030..cik Pipah buleh no. 2031..aiiissshh,dalam hati berkata " bakpe lar ramai orang mari ari ni??mari lar ari lain ke"..hahaha,masa tuh nak cepat kan..owh,tak ingat masa jumaat dan sabtu kan JPJ tutup..orang mari lar ari ahad nak buat lesen..aiya!!muda2 lagi da lupa,hek9~

lepas da ciap buat lesen tuh,kami pun pergi ke klinik semula..first time pergi klinik Hiliran tu..tak tahu sistem no. giliran ye macam mana..dia bagi kad kecik..kat kad tuh,ada lar kena masuk bilik no. berapa..pahtu no. giliran..Zierah dapat bilik no 15 dan giliran yang ke-50..pastu,pergi lar cari bilik no. 15..tengok macam takde orang pun dalam bilik tu..kalu masuk kang,nanti kena marah pulak..tengok mak cik2 duduk tunggu,kami pun duduk lar..sambil tu,cakap2 kejap dengan mak cik sorang nih..asal2,nak tegur mak cik nih jadi takut sebenarnya..ekpom,mak cik ni jeling 360 darjah..ahahahaha!!! tapi mak cik ni tak lar sombong..peramah jugak lar orangnya..dalam 20 minit,no. Zierah pun dipanggil..lepas siap check oleh doktor,Zierah pun pergi amek ubat..

lokasi mana lepas ni ye??tteeeekkkk!!! salah..Zierah dan Pipah pergi ke Giant lar..Pipah nak tukar no. pin akaun maknya..lepas da selesai,kami pergi ronda2 buat amal kebajikan jap..nak cuci mata kejap..hahaha~
jalan punya jalan,Pipah ni lapar lar pulak..adoi Pipah ni,doh lar ambe bawa duwet sikit je ari ni..lepas ke tak ahu bayar makanan nih,hehe..tapi Pipah baik hati ari tu..dia nak belanja tuh!!hahaha..makan kat KFC!!

sampai dumah,solat asar jap..lepas tu,pergi melawat member sekelas yang accident.. balik2 pun dalam pukul 7.18 gitu lar..semoga cepat sembuh ye!! lain kali merempit tuh,hati2 sikit..

 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Sunday, 19 February 2012

♥ HEBAT MY MOM!! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

petang semalam,mak ajak pergi ke Dataran Permata depan rumah YB Ahmad Razif,Adun Seberang Takir sebab YB anjurkan satu program tuh..tak ngat lar program apa tapi tujuannya nak rapatkan hubungan kekeluargan dan silaturrahim antara masyarakat..kena paksa pergi sebab budak kecik nak ikut jugok..so,kena lar pergi..sibuk sungguh lar cik timah konyek tuh..opss,tertubik loghat ganu pulak..hehe
mak Zierah masuk pertandingan masak..masak tuh kena berasaskan ikan keli..dengan semangat yang berkobar-kobar,jumaat malam,mak da buat senarai bahan dan cara2nya..pertandingan tuh kena ada pasangan..tapi bukan Zierah pasangannya okey..itu hanya untuk kategori wanita okey..Zierah nih kategori remaja..ermm,remaja ke ak nih??hahaha

bukan pertandingan memasak aje,ukiran,hias cupcakes pun ada..hias cupcakes tuh hanya untuk kategori budak2 sahaja..budak2 tadika dan budak2 umur 7 tahun..mak Zierah hanya menang saguhati je..mak Zierah tak kisah pun menang atau tidak...dia join pun sebab suka2 je..
tapi,bagi Zierah,masakan mak memang power gitu..terbaik!!!kih3~


 # ni ha hamper yang mak Zierah dapat..yang rasmi buka hamper tuh adalah Zierah,hahaha






esok ada ceramah Forum Perdana daripada Ustazah Siti Nor Bahiyah Mahamood dan suaminya di Dataran Permata tuh..InsyaAllah,Zierah dan mak pergi..nak tambahkan ilmu



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

♥ SEGMEN: "TAMBAH FOLLOWER SAMPAI PENGSAN" ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM

di pagi hari yang sunyi sepi nih,terasa jiwa ku tenang..ditemani lagu2 di laptop nih..cewaah!! koya + jiwang pulak dah..hahaha,pendahuluan tuh!!hek9~

pagi ni,sdg Zierah blogwalking kan..Zierah pun terbaca satu segmen nih..ala ini ha SEGMEN: "TAMBAH FOLLOWER SAMPAI PENGSAN"..segmen ni daripada akak Leeza..rasa macam nak join rasanya..da lama tak join segmen2 nih..tgk banner pom macam tak sabar2 pulak nak join,hehe


# nak join??klik kat banner ni je

pengsan ke??ahahaa,Zierah pom tak tahu..mungkin lar..Zierah join pun sebab nak tambahkan kenalan dan merapatkan lagi ikatan silaturrahim..kan3??Zierah pun baru je 3 bulan berblogging nih..masih memerlukan tunjuk ajar dari orang yang da lama makan asam garam dalam dunia blogging nih..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Thursday, 16 February 2012

♥ FINALLY,I GET IT ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM 


hari ini Zierah bersyukur sangat2 kepada Yang Maha Berkuasa sebab telah memakbulkan doa Zierah..alhamdulillah,pagi tadi Zierah dah test dengan JPJ dan Zierah dah berjaya LULUS!!! pada pukul 7.30 pagi,dari kem pengakap rempit balik dumah kejap nak salam dengan mak..nak minta kekuatan dengan beliau..
tak tahu nak cakap masa tuh..hanya mampu mengucap syukur saja dalam hati..lepas da lulus,Zierah pom cepat2 tepon kak ngah Zierah nak beritahu berita gembira nih..terima kasih kak ngah dan kak teh sebab sudi jadi sponser wak lesen kereta nih..hahaha 

terima kasih mak sebab doakan Zierah lulus..sanggup buat solat hajat untuk Zierah sebelum pergi hospital sebab adik bongsu ad appoinment dengan doktor pakar..sayang mak sangat2!!!
dan lepas nih tak payah da lar pergi PSM tuh..huurraaayyy!!hehe..
hari ahad ni Zierah kena pergi ke JPJ nak amek lesen kereta tuh..ada sape2 nak ikut Zierah??jom!!hehehe


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday, 14 February 2012

♥ ENTRY TODAY ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM~


haccuumm!! ops,sori..terbersin kat sini pulak..Zierah baru je abih hantar adik pergi sekolah.. adik yang laki tuh nak pergi kem pengawas selama 3 hari bermula hari ini,selasa sehingga hari khamis nih..lepas hantar yang tu,hantar yang sorang lagi..pagi2 nih sejuk lar sikit,tu lar Zierah terbersin..Zierah tak boleh sejuk2 sangat sebab mudah terbersin..

aik,rasa pelik pulak pagi2 bute hari ni Zierah duk naip..biasanya duk selimut atas katil sambil mengelamun a.k.a koya..hahaha..sebenarnya Zierah kena pergi jugak kem pengawas tuh..jadi urusetia,cikgu mintak tolong..best jugak nih,nak intai2 apa khabar adik2 pengawas sekolah nih..bila cikgu da ajak,nak jawab apa lagi..jawab YES lar,hihi..tapi Zierah tidur semalaman jela sebab hari khamis da nak test dengan JPJ..amik hati cikgu jela..al-maklumlah bekas anak murid kesayangan cikgu2 kan,hahaha..terperasan lar pulak,tak pe sekali-sekala..tak pe kot..

mujur lar kem tuh diadakan kat Kem Pengakap Telaga Batin..dekat lar dengan dumah,boleh pergi sendiri..tapi Zierah bukan pergi sorang..ada 2 orang member lagi yang ikut jugak,Cik Pipah dan Cik Ct..ni pun tak kemas lagi barang2..kalu tahu di Cik Pipah,aiya berdesing telinga nih nanti..ceramah free,hehe..sori ye Cik Pipah,terumpat mg,hehe..ala,Cik Pipah..ilek lar,nanti packing lar barang2 tuh..peacee (!)

# tolong doakan Zierah lulus test memandu tuh ye korang..thanks >,<


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Monday, 13 February 2012

♥ GET READY!!! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM BLOGGER !

aduh,mak!!!sakit tangan doe nih..tu lar,pasal apa tak warming up badan dulu sebelum maen  badminton tuh..kang da sakit..padam muka!!

esok nak buat apa erk??owh,baru teringat..esok kena p PSM lar,belajar memandu..ari Khamis da nak test dengan JPJ..ni test yang ke-2..hope dapat lar lulus kali ni..AMIN.

tapi,sempat ke dalam 3 hari nih belajar??erm..insyaAllah,sempat kot..lepas ni nak suruh cikgu Zierah ajar naek kereta viva pulak..takut lar lepas ni leh kereta viva sekali lagi lepas tuh kandas pulop macam yang lepas..aaiiissshhh,tak nak lar!!tapi,kereta kancil tak dilupakan jugak..so,Zierah kena bahagikan masa dating dengan kereta viva dan kancil..baru adil,hahaha~

so,Zierah..you must get ready from now!! CHAIYOK3!!~


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Sunday, 5 February 2012

♥ OH MY BLOG!! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM 

apa khabar korang sume??rindu kat Zierah tak??eleh,tak nak ngaku lar tu..takpe2,Zierah pom rindu korang sume tau..hehe..da lama Zierah tak update blog ni..rindu giler nak tekan keyboard nih..laptop Zierah ni,kak cik Zierah nak pinjam..dia melarikan laptop ni ke KL..nak sewa sebentar,tu yang Zierah menyepikan diri tuh..haha~

korang ingat tak post yang sebelum ni??ala yang ni-->POST NI?? ..Zierah nak kasi tahu nih..sebenarnya Zierah TAK LULUS tau..uuuwwwaaaaa!!! sedih gler..patah rasanya hati ni..macam putus cinta pulop..hehe,sampai banjir rumah Zierah lepas balik dari psm..hehe,tipu je..peaacee!! Zierah tak lulus kat bahagian jalan raya..masa test tuh,Zierah boleh kereta viva..dop pernah hayat lagi bawa kereta viva..yela,masa belajar pom bawa kareta kancil je..tiba2 boleh kereta viva..piye dop debor op??

korang nak tahu??lepas Zierah balik psm tuh,Zierah pom tidur lar sekejap..letih sebab menangis banyak2..tiba2,mimpi lar pasal kegagalan tu lagi..adoi3!!bakpe lar mari lagi..Zierah pom kejut dari tidur..pahtu pergi ke bilik air nak basuh muka..sempat lagi nak tilik muka nih..nak tengok tahap mana lebam mata eh..tiba2..mak!!!!ada jerawat!!!strategik pulok jerawat tu duduk..kat bawah mata ye duduk nyusuk sorang2..tu lar tension tak lulus kereta sampai tumbuh jerawat..hahaha,lawak3..
masa tu,Zierah rasa nak buka je blog ni cepat2..nak luahkan kekecewaan hati nih..tapi,apakan daya..laptop tak ada..so,pendam jela dalam hati nih..berkat doa dan nasihat mok dan kak ngah,lama2 hati tenang..da tak kecewa..

viva,oh viva..sebab kau lar,ambe mapuh 3 kali bawa kau..tu lar sebabnya jadi TAK LULUS tuh!! doh lar cik abg jpj tuh leh tahan muka bekengnya..koho lar ambe jadi debor,hadoi3..tapi dakpe lar,bukan rezeki Zierah lar tu..kena berusaha lagi!!teruskan usaha anda untuk jadi pemandu yang berwibawa..hahaha!!cik abang hensem jpj,nanti kita dating pulak neh..haha,walau macam mana pun,ambe akan pastikan lesen kereta berada dalam genggaman ambe..insyaAllah..



♥ SALAM MAULIDUR RASUL : : 12 RABIUL AWAL 1433


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Saturday, 28 January 2012

♥ ESOK!!! ♥

Views
ASSALAMUALAIKUM =,=
SENYUM SOKMO


# cute??hehehe
  

hohohoho!!Zierah nak habaq kat korang ni..nak tahu??bukan pasal bear atas tuh lar..pasal lain..ok2,duduk leklok ye..duduk sila okey..nak duduk sipuh pom takpe..huahahahaha..pasang telinga betol2 tau..lepas ni Zierah malas nak ulang semula citer tuh..korang kena baca mula2 lar jawabnya,hek9~..aiisshhh,loyar buruk sungguh cik Zierah ni,hehehe

sebenarnya begini..esok kan ari ahad..29/1/2012 kan??ha,esok Zierah kena test dengan JPJ lar..Zierah amek lesen kereta..lesen motor Zierah dah amek..Zierah amek tahun lepas..debor siot weh!!tak tahu nak gambarkan perasaan nih..macam mana lar esok yer??lulus ke tak nih??ayoyoyo~ dah lar kena test pukul 8 pagi..pahtu boleh turn yang ke-12 pulop..awal giler tuh..kejam molek..

korang Zierah nak mintak tolong ckit..tolong doakan Zierah lulus ujian tuh esok neh >,<..bile dah lulus karang,leh lar kita pergi jalan2,hehehe..


# YA ALLAH,ENGKAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU ESOK..AMIN


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Tuesday, 24 January 2012

♥ 2 PERKARA YANG SELALU MEMBUATKAN KITA TAK BERSYUKUR ♥

Views


PERTAMA : KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.
Katakanlah anda telah memiliki sebuah  rumah, kenderaan,  pekerjaan tetap, dan pasangan yang cantik .
Tetapi  anda  masih merasa kurang.  Fikiran anda dipenuhi pelbagai target dan keinginan.
Anda begitu obses dengan rumah yang besar dan  indah,  kereta mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang.
Kita ingin ini dan itu. Bila tak  berjaya mendapatkannya kita terus memikirkannya.
Tapi  anehnya,  walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati  kesenangan sesaat.
Kita tetap juga tidak puas, kita ingin  yang lebih lagi.
Jadi, betapa banyaknya harta  yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA”  dalam  erti yang sebenarnya
.
Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang  ”kaya”.
Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang  memiliki banyak perkara, tetapi orang yang dapat  menikmati segala perkara yang mereka miliki.
Kita boleh memiliki keinginan,  tetapi kita perlu menyedari bahawa inilah punca perasaan  tidak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini  dengan  berfokuskan pada apa yang sudah kita miliki.
Cubalah  lihat keadaan di sekeliling anda, fikirkan yang miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan  nikmatnya  hidup.
Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat yang baik , pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda.  Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.
Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah  dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah  orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa  syukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang datuk yang  mengeluh keranaa tidak dapat membeli selipar, padahal  seliparnya sudah lama rosak. Suatu petang dia melihat  seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi tetap ceria.  Saat itu juga si datuk itu berhenti mengeluh dan mulai  bersyukur.
.


Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah. . .


KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.
Kita merasa orang lain lebih  beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang  yang  lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih  percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .
Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau  dari rumput di pekarangan rumah  sendiri.
Ada cerita  menarik  mengenai dua orang penghuni hospital sakit jiwa.  Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil  menyebut, ‘‘Lulu, Lulu.” Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah  yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lulu.”
Pengunjung  meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus  memukul kepalanya di tembok dan berteriak,  ”Lulu,  Lulu”. ”Orang ini juga punya masalah dengan  Lulu? ” tanyanya kehairanan. Doktor kemudian  menjawab,  ”Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lulu.”
Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati  apa yang kita miliki.  Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang  tertinggi.
Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan  cerita mengenai seorang ibu yang sedang terapung di  laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia.  Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab, ”Saya  mempunyai dua anak lelaki.  Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di  tanah seberang. Kalau berhasil selamat, saya sangat  bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua  saya.  Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya juga akan  berbahagia kerana saya akan berjumpa  dengan anak  pertama saya di syurga.”

kredit: akuislam.com



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Saturday, 21 January 2012

♥ HAKIKAT CINTA SEORANG PENCINTA ♥

Views



Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan.  Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa.  Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan. 
Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya.  Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya.  Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya.  Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.
Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya.  Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya.  Berkahwinlah keranaNya,  mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya.  Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah.  Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia.  Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata. 
“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,
Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,
Namun tanpa baja..tanpa dijaga,
Akar yang kukuh juga bisa rapuh,
Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,
Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,
Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,
Manakan buah hendak masak memerah”
Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak.  Buahnya meranum namun rasanya pahit.  Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.
Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari
Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa.  Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu.  Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya.  Sungguh rapuh. 
Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok  tiada suara.  Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu.  Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti. 
Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai.  Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta.  Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara. 
Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia.  Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya.  Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya.  Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim.  Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.
“ Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi ) 


Saudaraku tersayang,
Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya.Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa.  Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir.  Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.


Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Amin.

kredit: akuislam.com


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Zierah Hasan ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...